al-Siha : November 2018 | Page 18

18 al-Siha | NOVEMBER, 2018 PENA PAKAR Darah beku ketika haid • Kebersihan dititikberatkan semasa datang haid D ARAH adalah darah. Tidak kira walau dari mana ia datang, semua bahagian badan mahu- pun darah dari dalam rahim (haid). Maka tiada apa yang kotor sangat mengenai darah haid. Sungguhpun darah adalah najis, perbuatan mengorek sampai ke rahim kononnya membersihkan rahim dari darah haid ataupun menggunakan pelbagai produk yang kononnya ‘membersihkan’ rahim adalah tidak berasas dan tidak perlu sama sekali. Apa yang mungkin boleh diper- hatikan, adalah perubahan warna dan kepekatan darah period itu akan berubah sepanjang kitaran haid itu sendiri, disebabkan perubahan hormon yang berubah-ubah ketika kitaran haid. JANGAN GUNA PRODUK BUKAN-BUKAN Rahim bukan tempat yang kotor sebab ada darah haid. Maka tidak perlu bersusah payah bersihkan ruang rahim itu dengan pelbagai kaedah yang bukan-bukan. Darah beku yang keluar bersama darah haid boleh menjadi normal dan proses semulajadi yang berlaku dalam proses haid. Kebanyakkan wanita memang akan jumpa darah beku dalam darah haid mereka sekali dua selagi mana mereka masih didatangi haid. Tidak perlu risau, yang penting kebersihan dititikber- atkan semasa datang haid. Darah beku sebenarnya adalah gumpalan darah yang datang dari dinding rahim apabila dinding rahim luruh dalam setiap kitaran haid. Kalau banyak darah period tu, Lagi banyak gumplan darah beku yang terhasil. Darah beku boleh nampak seperti seketul daging, ada yg berbentuk agar-agar, pelbagai warna dan saiz. PUNCA DARAH BEKU Pada setiap kali kitaran haid, dinding rahim akan luruh dise- babkan perubahan hormon yang berlaku. Ada sejenis bahan antico- agulant yang dihasilkan oleh badan kita sendiri untuk memastikan darah ini berada dalam bentuk bendalir dan keluar sebagai darah haid. Dalam keadaan haid yang banyak, dinding rahim luruh dengan banyak dan bahan anticoagulant tidak mem- punyai masa untuk mengekalkan darah ini berada dalam bentuk ben- dalir, maka darah mula membeku Ada sejenis bahan anticoagulant yang dihasilkan oleh badan kita sendiri untuk memastikan darah ini berada dalam bentuk bendalir dan keluar sebagai darah haid. dan keluar sebagai darah beku. Walaupun darah beku, ianya tetap darah haid. Jika darah beku yang keluar itu adalah amat besar, bermakna haid anda terlalu banyak sehingga boleh menjejaskan kesihatan anda. Jika setiap kali kitaran haid ada masalah ini untuk jangka masa panjang boleh menyebab- kan anda hilang darah sekaligus menyebabkan anemia. Untuk ini, anda perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan. Setakat darah beku yang kecil pada setiap kali kitaran haid, tidaklah menjadi masalah serius dan boleh dipantau sendiri oleh individu itu. Jangan tertipu dan terpedaya dengan cakap-cakap orang yang mendakwa darah beku itu sebena- rnya adalah kekotoran dari dalam rahim kerana ia satu kenyataan yang tidak benar. DR. MUHAMMAD IZZAT ABDUL RAZAK Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan