al-Siha : November 2018 | Page 17

NOVEMBER, 2018 | al-Siha PENA PAKAR Kasihnya Ibu • Kisah seorang ibu yang kemurungan selepas kematian anak M AKCIK Limah yang berusia 71 tahun, men- galami kemurungan sejak dua bulan lepas. Beliau mula murung selepas kematian anak sulungnya yang menghidap kanser paru-paru. Badannya sudah susut lebih dari lima kilogram sebab tidak ada selera makan dan semua aktitiviti berkebun juga telah dihentikan dan makcik Limah tidak lagi bersemangat untuk menguruskan dirinya. Makcik Limah tinggal bersama anak keduanya Ali dan menantunya Aisyah serta cucu-cucunya. Ali sangat prihatin terhadap ibunya, sama seperti arwah abangnya Omar. Anak lelaki kedua makcik Limah membawa ibunya ke klinik untuk dapatkan rawatan penyakit kemurungan yang dialaminya. Anak kedua dan juga semua cucu-cucunya sangat sayangkan ibu dan nenek mereka, bahkan berasa serba salah dan sedih atas kemurungan makcik Limah . Makcik Limah masih boleh bertutur, masih mandi solat dan makan . Maka pada pendapat saya beliau masih boleh dinasihatkan dengan perkataan selain dari ubatan. Ini dialog saya bersama makcik Limah. PERBUALAN BERSAMA MAKCIK LIMAH “Makcik, Omar telah kembali ke Rahmatullah tetapi anak menantu dan cucu makcik ini masih ada. Mengapa makcik meratapi yang telah pergi tetapi tidak meraikan anak dan menantu yang masih ada?” Saya bertanya lagi, “Makcik tidak sayangkan Ali, isteri serta cucu makcik?” Saya telah berjaya menarik perhatian Makcik Limah dengan pertanyaan saya . “Saya sayang juga Ali dan isteri serta cucu-cucu ini tetapi ada seperti lubang kosong dalam jiwa saya ini bila Omar meninggal dunia,” jelas makcik Limah. “Lubang kosong tu Makcik isikan dengan anak-anak arwah. Raikan mereka dan layan mereka kerana mereka juga perlukan nenek mereka . Makcik boleh ceritakan kepada mereka tentang ayah mereka Omar dan kenangkan semula segala kenangan manis makcik dengan anak makcik yang sudah meninggal ini. Arwah sudah tiada tetapi kenangan makcik dengan dia masih ada dan anak-anak dia juga masih ada. Begitulah kasih sayang seorang ibu yang menyayangi anak-anaknya dan tidak ada ibu yang mahukan anaknya pergi terlebih dahulu darinya. CERITERA SAMA Makcik Rokiah pula sama ceritanya, murung. Beliau yang berusia 65 tahun ada lima anak perempuan, lima menantu lelaki, seorang anak lelaki dan seorang menantu perempuan . Yang lima anak perempuannya sentiasa melayan ibu mereka dengan cukup baik dan menunaikan segala kehendaknya tetapi yang ditangisi adalah anak lelakinya yang sudah tiga tahun tidak balik kampung walaupun untuk beraya. Sekali lagi saya menegur ibu tua ini demi menyedark- annya betapa tumpuannya telah hilang pertimbangan dimana Allah telah memberikannya lima anak yang prihatin terhadapnya tetapi beliau meratapi seorang anaknya yang tidak pedulikannya seolah-olah kesemua anaknya tidak mempedulikannya. Penyakit murung ada kalanya tidak bersebab tetapi pemikiran yang tidak seimbang dan melayan pemikinan yang tidak seimbang boleh memburukkan keadaan murung maka wajar saya menegurnya begitu. LAYANAN TERHADAP IBU Untuk anak-anak pula, saya kena ingatkan anak-anak supaya jangan putus asa dan melayan ibu mereka dengan baik walaupun boleh dikatakan perbuatan ibu begini boleh menyebabkan anak-anak yang lain berkecil hati apatah lagi semasa membesarkan anak-anak ibu mereka ini akan melebihkan anak lelaki tunggalnya dari kelima-lima anak perempuannya . Dugaan jugalah untuk Makcik Rokiah apabila anak yang disanjung tidak melayannya dengan baik sedangkan anak yang tidak disanjung pula yang lebih prihatin. Begitu juga Makcik Limah, beliau melebihkan anak sulungnya daripada anak keduanya tetapi, anak sulungnya telah meninggal dunia terlebih dahulu. Kita pula bagaimana? Adakah kita melayani ibu-bapa kita sebaik boleh? Menjaga mereka walaupun layanan mereka terhadap kita tidak seimbang dan ada berat sebelah sana sini? Anggaplah setiap situasi sebagai dugaan dari Allah SWT dan yang menang adalah yang berlaku adil walaun tidak dilayan dengan adil. Yang membalas keburukkan dengan kebaikkan . Jangan sekali-kali berhenti dan berbuat baik terhadap ibu-bapa dan juga anak cucu. 17 DATO’ DR.SURIYAKHATUN OSMAN MBBCH, DRM, MFHOM [email protected]