al-Siha : November 2018 | Page 16

16 al-Siha | NOVEMBER, 2018 PENA PAKAR Kanser usus tidak kenal usia • Kanser yang dahulunya di dominasi oleh orang tua turut dihidapi orang muda P ADA penghujung tahun 2015, saya didatangi seorang pesakit berusia 24 tahun yang men- gadu tentang masalah kesihatan yang dihadapinya. Selain mengalami masalah sembelit, najis yang keluar juga kadangkala dilihat bercampur lendir dan darah. Melalui pemeriksaan endoskopi yang di lakukan terhadap pesakit berkenaan, didapati dia didiagnosis mempunyai ketumbuhan. Malah, dari sampel yang di ambil juga menunjukkan perihal yang sama. Dahulu kita seringkali diingatkan bahawa, kanser hanya berlaku pada orang yang lebih berusia sekitar 60an dan ke atas. Namun kini kanser yang dahulunya di dominasi oleh orang tua turut dihidapi orang muda. Lebih menggerunkan, kanser yang menyerang mereka yang lebih muda sebenarnya sangat agresif dan cepat untuk merebak ke bahagian- bahagian yang lain. Di Malaysia, kanser usus berada di ranking kedua setelah kanser peparu untuk lekaki dan payudara untuk wanita. Secara purata 20 dari 100,000 orang adalah pengidap kanser usus. Lelaki lebih mendahu- lui wanita dari sudut jumlah pesakit. Antara faktor yang dikaitkan dengan kanser usus termasuk rokok, kegemukan, makanan di proses yang kurang fiber serta makan terlalu banyak daging merah (Anita Patel 2018 : Role of nutritional risk factors in pathogenesis of cancer) Simptom yang di kaitkan dengan kanser usus: Perubahan corak pembuangan air besar. Sebagai contoh kaluu dahu- lunya setiap hari , kini sudah selang 3 hingga 4 hari. Berlaku dalam satu tempoh yang agak lama 3 hingga 6 bulan. Selain itu, najis adakalanya keras dan cair pada masa yang sama. 1 2 3 4 5 Penurunan berat badan walau- pun tanpa sebarang perubahan pada diet harian. Najis sering kali berlendir seperti hingus atau diikuti dengan darah. Kebanyakannya tidak sakit. Kurang selera makan serta badan lemah. Jika telah merebak ke bahagian lain, pesakit mungkin hadir dengan simptom seperti mata kuning (hati) atau sesak nafas (peparu). Semua yang di atas perlu berlaku dalam kombinasi dan tidak hanya satu faktor. Faktor 1 dan 2 antara yang wajib ada. Jika terdapat tanda-tanda berkenaan ataupun kita punya seja- rah keluarga kanser usus. Perlulah mendapat nasihat dan pemeriksaan pakar untuk tindakan susulan. Pemeriksaan endoskopi adalah antara yang wajib dilakukan. Ramai beranggapan kanser itu perlu ada sakit. Kebanyakan kanser tidak sakit sama sekali sehinggalah di peringkat akhir. Endoskopi dilakukan bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan keadaan usus yang panjangnya lebih kurang 1 meter. Sekiranya di dapati mempunyai ketumbuhan , sampel akan diambil untuk pengesahan. Keputusan pula akan diperoleh dalam dalam masa 5 hingga 7 hari waktu bekerja. Sekiranya sampel menunjukkan pengesahan kanser. Kanser terse- but akan dinilai terlebih dahulu. Imbasan CT scan peparu, perut dan juga pelvis di lakukan untuk memas- tikan sejauh mana kanser itu sudah merebak. Rawatan seterusnya akan melibatkan pembedahan untuk membuang kanser tersebut mengi- kut saluran darah yang terlibat. Bahagian usus serta saluran darah dan kelenjar yang terlibat perlu dibuang kerana itu adalah “talian hayat” kanser usus. Tidak kurang juga yang menafi- MENGGERUNKAN… Pakar bedah melakukan pembedahan endoskopi di bilik pembedahan. Endoskopi tidak menunjukkan tanda kanser? OLEH ASST PROF DR MOHD NURSHARMIZAM BAHARUDIN, PENSYARAH KLINIKAL, PAKAR BEDAH AM BAGI mereka yang mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami kanser atau ketumbuhan usus hendalaklah melakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya 5 hingga 10 tahun sekali. Itu tempoh yang diperlukan untuk kanser itu muncul. Selain pemeriksaan menggunakan endoskopi, pemeriksaan najis juga boleh dilakukan untuk saringan awal, terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga. Lakukan saringan dengan mengenalpasti umur ahli keluarga yang menghidap kanser, dan lakukan saringan semasa umur kita sama dengannya sewaktu didiagnosis sebagai menghidap kanser. Pesakit yang telah melakukan endoskopi akan lebih tenang sekiranya keputusan menunjukkan mereka bebas ketumbuhan atau kanser. kan symptom- simptom ini sehingga pengesahan lewat di lakukan. Pada saat ia sudah di peringkat akhir kebiasaanya pesakit akan men- galami komplikasi seperti: • Perut kembung dan sakit yang teramat sangat. • Tidak boleh membuang air atau pun angin. • Muntah kerap yang keluar seolah- olah warna najis. Apabila sudah di tahap ini, maksudnya ia telah tersumbat. Pem- bedahan secara kecemasan perlu di lakukan untuk merawat saluran yang tersumbat. Ia perlu dilakukan segera kerana apabila usus sudah tersumbat, kuman yang terdapat di dalam usus akan di serap masuk ke dalam sistem salur darah dan boleh mengakibatkan kematian. Kebarangkalian sembuh bagi kanser usus adalah 100% dan sangat tinggi terutama bagi pesakit yang mendapatkan rawatan lebih awal. Oleh itu pengesahan awal sangat mustahak. Jika sekiranya simptom di atas jelas atau pembuangan air sudah diluar kebiasaaan tanpa seba- rang perubahan diet, temui segera dan dapatkan nasihat pakar untuk pemeriksaan lanjut.