NOVEMBER, 2018 | al-Siha
ISU: JANTUNG
15
5 TIPS UNTUK JANTUNG SIHAT!
Mulakan dengan tidur yang
1.
cukup dan kawal stres dengan baik.
Lakukan aktiviti bersiar-siar di
sekitar taman atau kampung bagi
menghirup udara segar. Tidak perlu
bersenam seperti orang lain. Cukup
dengan berjalan dahulu. Untuk yang
baru bermula ‘ less is better ‘ .
Sarapan yang sihat – makan
2.
putih telur setiap pagi, karbohidrat
kompleks yang tinggi serat seperti
roti, mi penuh atau wholegrain, oats
(bukan 3in1), susu rendah lemak
atau susu omega. Tambahkan sebiji
buah setiap pagi (simpan buah lebih
banyak dalam peti sejuk).
Sekiranya mahu minum teh, kopi
atau nescafe, pastikan nipis sahaja
dan tiada susu pekat manis, susu
cair, krimer (lemak tepu). Satu sudu
teh gula tiada masalah.
seperti almonds, cashew dan lain-
lain. Makan dalam jam 10 dan 11 pagi
bersama air masak dua liter sehari.
Buah dan sayur adalah antara yang
terbaik untuk jantung yang sihat.
4.
Makan tengahari ikut konsep
‘suku-suku separuh’. Nasi dua
senduk, kuah dua hingga tiga sudu,
lauk jenis rebus, bakar, singang dan
lain-lain yang kurang lemak.
Banyakkan ikan (sekurang-
kurangnya sehari sekali ), sayur, dan
kurangkan kuah yang bersantan.
Jika masak di rumah, gantikan
santan dengan susu rendah lemak
atau kari tanpa santan. Masak di
rumah juga boleh menggunakan
minyak masak yang lebih sihat
untuk sayur seperti minyak zaitun,
minyak jagung, canola dan fl exseed
oil.
Bekalkan buah dan snek rendah 5. Jika ada jamuan di majlis atau
3.
lemak seperti biskut rendah lemak mesyuarat, kurangkan kuih yang
dan tinggi serat, yogurt rendah
lemak, kekacang yang berlemak baik
dibuat daripada santan atau isi
kelapa atau yang digoreng.
Sakit jantung
pembunuh
nombor satu dunia!
DEMI KESIHATAN... Saat jantung dikeluarkan oleh pakar ketika proses pemindahan
jantung dijalankan.
JANTUNG DI IJN
IJN hanya mempunyai program pemin-
dahan jantung khas untuk pesakit yang
berusia tidak lebih dari 60 tahun
Jelas Dato’ Dr. Azmee, IJN tidak mahu
sebarang komplikasi berlaku kepada
pesakit, kerana risiko terlampau tinggi jika
pesakit berusia melebihi 60 tahun.
“Pesakit yang berusia lebih dari 60 tahun
kebanyakkannya mengalami penyakit
kronik lain seperti buah pinggang dan juga
paru-paru. Jadi, pengambilan ubat-ubatan
selepas pembedahan boleh menyebabkan
kesihatan mereka semakin teruk, berba-
haya dan boleh menyebabkan kegagalan
buah pinggang.
PROSES PEMINDAHAN JANTUNG
Sekurang-kurangnya dua atau tiga minggu
masa yang diambil oleh pesakit untuk pulih
selepas pemindahan jantung dilakukan
dan mereka akan ditahan di wad untuk
mengetahui sama ada ubat-ubatan yang
diberikan bersesuaian atau tidak.
“Ubat ‘immunosuppression’ perlu
diambil setiap hari, sekiranya ditinggalkan
boleh mengakibatkan risiko penolakan
(rejection) dan kita tidak mahu perkara itu
berlaku.
Tambah beliau, pesakit yang melakukan
pemindahan jantung harus melakukan
biopsi dan sedikit kepingan jantung akan
di bawa ke makmal untuk ujian penolakan.
“Sekiranya berlaku penolakan, pesakit
akan diberikan steroid lebih tinggi. Biopsi
biasanya dilakukan sebanyak 12 hingga 15
kali dalam setahun dan prosesnya tidak
Keadaan arteri yang tersumbat.
mudah,” katanya.
DARI PERSPEKTIF ISLAM
Dari pandangan Islam, kaedah pemindahan
jantung ini dibenarkan kerana pendermaan
organ diklasifikasikan sebagai bantuan
kepada mereka yang memerlukan, cuma
kebanyakan masyarakat takut untuk
melakukan pembedahan.
Jelas Dato’ Dr. Azmee, pihaknya
mencuba sedaya upaya untuk terus mem-
berikan maklumat sewajarnya kepada
masyarakat tentang kebaikan melakukan
pemindahan jantung.
HIDUP BAHARU
“Ada satu kes melibatkan seorang anggota
polis wanita berusia 30 tahun yang melaku-
kan pemindahan jantung dan kini hidup
normal seperti biasa.
Jelasnya, kaedah pemindahan jantung
boleh memberikan seseorang itu merasai
kehidupan baharu kepada individu yang
memerlukan dan tidak perlu takut untuk
melakukannya.
R
amai dikalangan kita
terpaksa memilih makanan
segera kerana ia lebih mudah
diperoleh meskipun rata-rata dari-
pada kita tahu kandungan makanan
tersebut mengandungi kadar kalori,
lemak, gula serta garam yang tinggi.
Pada peringkat global, gaya hidup
seperti ini mengakibatkan 39% indi-
vidu dewasa dikategorikan sebagai
berlebihan berat badan, manakala
13% lagi dikategorikan sebagai obes.
Keadaan ini boleh meningkat-
kan lagi risiko sakit jantung (CVD),
pembunuh nombor satu dunia yang
telah mengorbankan lebih 17.7 juta
nyawa setiap tahun.
Menurut Pengurus Philips
Malaysia, Muhammad Ali Jaleel,
peningkatan kadar obesiti di Malay-
sia semakin mendadak dan rakyat
perlu dibantu terutama dari segi
penyediaan makanan sihat.
“Kajian mendapati bahawa
hampir separuh daripada orang
dewasa di Malaysia (47.7%) men-
galami lebihan berat badan atau
obes, berbanding hanya satu per
lima (21.1%) pada dua dekad yang
lalu,” katanya.
Jelasnya, pemakanan sihat dan
berkhasiat sebenarnya sangat mem-
bantu individu memperoleh jantung
yang sihat.
“Apabila kita menyediakan
makanan di rumah, kita boleh
mengawal ramuan, kualiti hidan-
gan dan menikmati makanan yang
disediakan dengan cara yang sihat,”
katanya.
KUALITI UDARA
Di samping itu, kualiti udara yang
buruk (akibat pencemaran udara di
dalam dan di luar rumah) juga antara
faktor yang menyumbang kepada
CVD, yang kini hangat dibincangkan
di seluruh dunia.
Hakikatnya ialah satu daripada
lima kematian pramatang penghi-
dap CVD adalah disebabkan oleh
pencemaran udara, iaitu sejumlah
3 juta kematian di seluruh dunia
setiap tahun.
Menurut kajian Global Burden
of Disease, pencemaran udara kini
berada di tangga keempat dalam
senarai punca tahun hayat pelarasan
tunaupaya (disability-adjusted life
years, DALY), mengatasi kedudukan
tembakau.
“Dalam persekitaran pencemaran
udara yang teruk, individu yang
terdedah kepada pencemaran
berkenaan diibaratkan sama seperti
seorang perokok tegar,” tegasnya
dalam satu kenyataan yang dikeluar-
kan oleh Royal Philips sempena Hari
Jantung Sedunia baru-baru ini yang
bertemakan ‘Make your promise:
Keep your promise’ (Buatlah janji
anda: Kotakan janji anda).