14
al-Siha | NOVEMBER, 2018
ISU: JANTUNG
‘HIDUP
BAHARU’
selepas pemindahan
jantung!
OLEH PUTRA MOKHTER
P
[email protected]
STATISTIK
• Tidak lebih dari
10%
penderma
organ jantung di
Malaysia.
• Semua program
pemindahan jantung
dilakukan kepada rakyat
Malaysia sahaja.
• Mengikut kajian,
kebanyakkan penderma
organ jantung di negara Asia
berusia antara 20 hingga 40
tahun
• Kebanyakan penderma
terlibat dalam kemalangan
motosikal
30%
pesakit
•
yang mengalami
kegagalan fungsi jantung
mengalami masalah
kemurungan.
Tanda dan Simptom
Sakit Jantung
• Pesakit yang sudah
menjalani proses
pemindahan jantung,
tidak dibenarkan untuk
mengambil makanan
mentah seperti
sushi kerana boleh
mengakibatkan jangkitan
bakteria dan semua
makanan hendaklah
dimasak terlebih dahulu.
SESAK
NAFAS
• Kos purata bagi
pemindahan jantung
antara
RM50 ribu hingga
RM60 ribu.
TERLALU
RISAU
SAKIT DI
BAHAGIAN
DADA LOYA ATAU
MUNTAH
PELUH
BERLEBIHAN PENING
EMINDAHAN jantung meru-
pakan satu alternatif terbaik
bagi merawat masalah sakit
jantung, namun pemilihan
penderma organ jantung
hendaklah diteliti apalagi jika melibatkan
penderma yang berusia 50 tahun ke atas
kerana peratusan keberkesanannya yang
agak rendah.
Menurut Pengarah Klinikal, Kegagalan
Jantung dan Pemindahan Jantung,
Institut Jantung Negara (IJN), Dato’ Dr.
Azmee Mohd Ghazi (gambar), pihaknya
agak cerewet dalam pemilihan penderma
organ, namun berbeza dengan negara barat
seperti United Kingdom dimana mereka
mempunyai ramai penderma.
“Di barat, meskipun penderma beru-
sia 55 tahun dan mempunyai masalah
50 peratus jantung tersumbat, proses
pemindahan jantung masih boleh
diteruskan,” katanya.
Ta m b a h b e l i a u , p e s a k it
yang telah melakukan pemin-
dahan jantung dikatakan dapat
meneruskan kehidupan
dalam tempoh sekurang-
kurangnya 20 tahun.
KRITERIA
PEMINDAHAN
JANTUNG
Menurut Dato’ Dr.
Azmee,
antara
faktor yang perlu
dititikberatkan
sebelum pemindahan
jantung dilakukan
adalah dengan mengeta-
hui jenis kumpulan darah
pesakit dan juga penyakit
lain yang dihidapi oleh
70 peratus kegagalan jantung
berpunca dari arteri koronari
Mengikut kajian, masyarakat Melayu
mempunyai peratusan yang tinggi
menghidap masalah kegagalan jantung
disebabkan oleh populasi dan gaya
hidup diikuti masyarakat India dan
Cina.
Di Malaysia, kes serangan jantung
atau kegagalan fungsi jantung semakin
meningkat dan menyerang mereka
yang berusia lingkungan 50 hingga 55
tahun. Keadaan ini berbeza dengan
negara Eropah dimana penyakit ini
menyerang mereka yang berusia
lingkungan 60 hingga 65 tahun , iaitu
10 tahun jauh lebih tua dari penghidap
di Malaysia.
“Kajian membuktikan bahawa,
masyarakat Malaysia mengamalkan
gaya hidup yang tidak sihat dan
mereka berisiko tinggi untuk mendapat
penyakit kronik pada usia yang muda,”
katanya.
“Hari ini setiap makanan yang sihat
begitu mahal. Sayur-sayuran dan
makanan rendah lemak semua dijual
dalam kadar kos yang tinggi sehingga
ramai diantara kita yang memilih
makanan segera yang jauh lebih murah
tetapi sebenarnya tidak sihat. Jadi
perkara ini harus diteliti agar kita dapat
mengamalkan makanan sihat.
Tambah beliau, merokok juga antara
faktor utama masalah arteri koronori
yang boleh menyebabkan kegagalan
mereka.
“Ini penting bagi memastikan tiada
sebarang penolakan terhadap tubuh
penerima. Penolakan atau‘rejection’ akan
berlaku sekiranya kumpulan darah tidak
sama dengan tubuh penerima,” jelasnya.
Ujarnya, faktor ketinggian dan berat
badan juga turut memainkan peranan
penting kerana pesakit yang terlalu tinggi
tidak boleh menerima jantung dari pend-
erma yang rendah kerana ciri-ciri jantung
tidak sesuai.
“Begitu juga dengan pesakit yang ber-
saiz kecil, mereka tidak boleh menerima
jantung daripada penderma yang berbadan
besar kerana tidak sesuai dan menyebab-
kan jantung tidak boleh berfungsi dengan
baik.
“Apabila jantung dipindahkan
dari penderma yang bersaiz besar
kepada penerima yang lebih
kecil, ia mengakibatkan berlaku
pergerakan luar biasa (sudden
move) kepada tubuh penerima dan
menyebabkan tubuh tidak dapat
menerima perubahan secara
mendadak.
“B erbeza pula bagi
penderma yang dahulunya
berbadan besar dan berjaya
mengurangkan berat badan
dalam tempoh yang lama,
kemudian mendermakan
jantungnya kepada pesakit
yang kurus atau kecil,
maka proses pemindahan
jantung boleh dilakukan
kerana proses tersebut
bukan secara tiba-tiba atau
mendadak,” jelasnya.
PEMINDAHAN
LVAD peranti baharu
fungsi jantung, malah boleh menye-
babkan pesakit mati secara mengejut.
“Ada satu kes di mana pemain bola
sepak yang berusia 32 tahun mengalami
serangan jantung. Masih muda dan
tidak gemuk. Selepas pemeriksaan
lanjut dilakukan, ternyata rokok adalah
punca, bukan kerana keturunan atau-
pun lain-lain,” jelasnya.
5 FAKTOR MASALAH
ARTERI KORONARI
• Hipertensi
• Dyslipidemia (Kolesterol tinggi)
• Diabetik
• Merokok
• Keturunan
LEFT Ventricular Assist Device (LVAD) adalah satu
teknologi baharu yang boleh membantu merawat
masalah kegagalan jantung.
Menurut Dato’ Dr. Azmee , LVAD antara alternatif
yang boleh dipilih sekiranya pesakit tidak sesuai
untuk melakukan pemindahan jantung, namun kos
peranti ini mencecah RM 800,000 dan tidak ramai
yang mampu dan berpeluang menggunakan peranti
ini. Inovasi ini mampu mengekalkan jantung yang
lama dan berfungsi dengan kaedah mengepam dari
dalam.
“Apabila menggunakan LVAD, pengguna
boleh melakukan apa-apa sahaja tetapi tidak
boleh berenang kerana pesakit dikhuatiri terkena
jangkitan bakteria pada kawasan lubang pada kulit.
Tambah beliau, peranti LVAD ini masih dalam
proses penambahbaikan.