NOVEMBER, 2018 | al-Siha
ISU: KANSER
13
Elak gula tidurkan sel kanser?
RAMAI pengguna media sosial berkongsi
maklumat tentang bahaya gula kepada
pesakit kanser kerana dikhuatiri boleh
menyebabkan kanser menjadi semakin
parah. Benarkah apa yang diperkatakan
umum? Menurut Prof. Dr. Rohaizak,
pandangan dan nasihat itu hanyalah mitos
semata-mata dan tidak seharusnya ditakuti
oleh pesakit kanser.
“Gula bukan makanan pantang yang
sepatutnya dielakkan oleh pesakit kanser.
Sebaliknya ia perlu dijauhi oleh pesakit
kencing manis, darah tinggi dan pesakit
jantung kerana gula di dalam badan mereka
sudah melepasi paras normal.
1
Kanser saluran atau Ductal
Carcinoma In Situ (DCIS):
Merupakan kanser payudara
yang tidak merebak (noninvasive)
dan berada di sekitar saluran susu.
2
Kanser lobular atau
Lobular Carcinoma In
Situ(LCIS): Sel kanser ber-
mula di kelenjar susu tetapi tidak
melepasi dinding.
3
Kanser saluran merebak
atau Invasive Ductal Car-
cinoma (IDC): Merupakan
kanser payudara yang paling
biasa. Bermula pada saluran susu,
melepasi dinding saluran dan
merebak ke tisu payudara lain.
Kanser lobul merebak
atau Invasive Lobular Car-
cinoma (ILC): Bermula pada
kelenjar susu dan boleh merebak ke
bahagian tubuh yang lain.
TAHAP 1:
Kanser
berukuran dua
sentimeter
atau kurang.
Sel kanser
dalam
kelompok
kecil dan tidak
merebak.
aktifk an sel kanser.
Bengkak di sekitar
payudara, collarbone
dan ketiak.
Langkah-
langkah
rawatan awal
Kulit bertukar menjadi
kemerah-merahan.
Kulit payudara seakan-
akan kulit limau.
• Ada simptom.
Pembentukan seperti
lesung pipit pada
payudara.
• Mendapat pengesahan doktor.
• Jalani mammogram: Jika anda
berumur 40 tahun keatas dan tiada
symptom, rawatan berkala akan bermula
di sini.
Rasa hangat dan gatal.
Puting susu masuk ke
dalam.
Keluar cairan dari
puting selain susu.
Rasa sakit.
• Mendapat pengesahan dari pakar
radiologi.
• X-ray
• Biopsi
• Keputusan sel- benigna (bukan kanser)
atau meligna (kanser)
• Teknologi lain: Ultra sound dan MRI
(Rawatan berbeza bagi setiap peringkat
umur)
Tahap Kanser Payudara
TAHAP 0:
Pembentukan
sel secara tidak
normal, tidak
merebak ke
bahagian tisu
lain dan masih
terkawal.
MITOS… Gula tidak
Kenal pasti payudara melalui
tanda-tanda ini
Jenis-jenis
kanser
payudara
4
“Memang benar sel didalam badan kita
memerlukan gula untuk hidup termasuklah
sel kanser. Namun, ia tidak bermakna pesakit
perlu berpantang gula kerana sel-sel otak
juga memerlukan gula. Jika tidak, bagaimana
badan hendak berfungsi? Begitu juga
mengurangkan pengambilan gula yang mana
tidak mampu memperlahankan pembiakan
kanser,” katanya.
“Harus diingat, pertambahan gula di
dalam badan tidak akan menyebabkan
kanser bertambah parah sebaliknya pesakit
berkemungkinan berisiko untuk mendapat
kencing manis, sakit jantung atau darah
tinggi,” jelasnya
TAHAP 2:
Kanser
berukuran dua
hingga lima
sentimeter.
Merebak
hingga ke
bahagian
ketiak.
TAHAP 3:
Kanser bersaiz
lebih dari lima
sentimeter.
Merebak
hingga ke
kulit dan otot
dibawahnya
serta ketiak.
TAHAP 4:
Kanser
merebak ke
bahagian lain
seperti leher,
paru-paru, hati
dan tulang.
Rawatan Kanser Payudara
SETIAP rawatan adalah berbeza
mengikut keperluan pesakit. Ia
bergantung kepada beberapa faktor
seperti peringkat tumor, subtype
tumor, penanda genomic, umur
pesakit, status menopaus dan
kehadiran mutasi BRCA1 atau BRCA2.
PEMBEDAHAN:
Bagi pesakit kanser payudara
peringkat awal, kaedah pembedahan
lebih disyorkan untuk membuang
tumor. Terdapat dua jenis kaedah iaitu
membuang seluruh payudara dikenali
sebagai mastektomi dan pembedahan
membuang tumor serta tisu sekeliling
dikenali sebagai lumpektomi.
RADIOTERAPI:
Radioterapi pula adalah rawatan
menggunakan terapi radiasi yang
menggunakan gelombang tenaga
tinggi untuk membunuh sel-sel kanser.
KIMOTERAPI:
Kemoterapi merupakan rawatan
menggunakan ubat-ubatan untuk
membunuh sel kanser. Namun, pesakit
perlu berdepan kesan sampingan
seperti loya, keguguran rambut,
menopaus awal, kepanasan dan
keletihan.
HORMON TERAPI:
Menggunakan sejenis ubat
untuk menghalang hormon
seperti ekstrogen daripada
menghasilkan sel kanser. Kesannya,
pesakit akan berasa panas dan faraj
menjadi kering.
TERAPI SASARAN:
Mendorong sistem imun badan
memusnahkan kanser. Ia mensasarkan
kepada sel kanser payudara yang
mempunyai tahap protein yang tinggi
dipanggil HER2.
Faktor Penyebab Kanser Payudara
• Tidak pernah melahirkan anak
atau lambat dapat anak melebihi
usia 30 tahun.
• Perempuan yang ‘datang
bulan’ awal tetapi lambat
menopous.
• Wanita obesiti.
• Perokok.
• Pemabuk.
• Wanita yang menyusukan bayi
dalam tempoh yang singkat.
• Wanita yang pernah menghidap
kanser payudara peringkat awal
sebelum ini.
• Keturunan (First Degree Family
Members).