al-Siha : November 2018 | Page 12

12 al-Siha | NOVEMBER, 2018 ISU: KANSER Sayangi ‘aset’, hargai nyawa! SUKAR DIKESAN… Ibu hamil perlu lebih waspada. Kanser ketika hamil lebih agresif OLEH kerana keadaan payudara wanita hamil juga bengkak menyebabkan ramai terlepas pandang untuk melakukan ujian atau pemeriksaan sendiri payudara masing-masing. Walhal dalam keadaan hamil, sel kanser bertindak lebih agresif dan menyebabkan risiko untuk kritikal sangat tinggi. “Wanita hamil perlu lebih berjaga-jaga kerana keadaan fizikal yang berubah turut menyukarkan proses mengesan ketulan atau tumor. Malah, sel kanser pada pering- kat ini lebih agresif dan bahaya. Jelasnya, hingga ke hari ini tidak dapat dibuktikan mengapa hal itu terjadi. Namun jelasnya, semakin muda individu semakin tinggi tahap agresif sel kanser merebak. Kanser Payudara Metastatik OTAK TULANG PARU-PARU HATI • Untuk membentuk selonggok tisu sel kanser dengan berat satu gram memerlukan satu billion sel kanser • Penyakit kanser payudara amat sukar dikesan dan lambat diketahui D OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL AFTAR Kanser Kebang- saan atau National Cancer Registry 2002 melaporkan lebih daripada 26 000 kes kanser payudara berlaku di Semenanjung Malaysia. Daripada jumlah itu dianggarkan satu dari lapan wanita menghidap penyakit ini. Payudara wanita terdiri daripada sel-sel kelenjar lobul (kilang susu-lobulas), saluran penghantar susu ke puting, lemak dan tisu perantara, saluran darah serta limfa. Berdasarkan laporan myhealth.gov. my, kanser payudara bermula dari sel yang melapisi bahagian saluran (ductal cancer), kelenjar lobul (lobular cancer) dan selebih- nya bermula dari tisu-tisu lain. Apabila sel ini sampai ke bahagian badan yang lain, ketumbuhan boleh terjadi pada bahagian organ tersebut. Ironinya, sel di dalam badan akan tumbuh, berpecah dan mati setiap hari secara terkawal dengan bantuan hormon estrogen. Walau bagaimanapun, sel di payudara boleh tumbuh dan berpecah secara tidak terkawal membentuk satu ketulan (lump) yang kemudiannya akan membentuk ketumbuhan sama ada benigna (bukan kanser) atau maligna (kanser). Hanya 7 peratus dari keturunan H ANYA tujuh peratus sahaja kanser payudara berpunca daripada faktor keturunan. Pakar Perunding Payudara dan Endokrin, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Dr. Rohaizak Muhammad berkata, kebanyakan penghidap kanser payudara datang dari keluarga yang bebas kanser. “Hal ini berikutan gaya hidup individu yang menjadi faktor penye- bab peningkatan kadar risiko kanser payudara. Antaranya, masalah hormon (lambat dapat anak), individu yang haid awal tapi lambat menopous, obesiti, perokok, pengambilan alkohol berlebi- han dan menyusu anak dalam tempoh yang singkat atau tidak menyusukan anak mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit ini,” katanya. “Meskipun peratusan keturunan adalah sangat rendah berbanding 93 peratus berpunca daripada gaya hidup, ini tidak bermakna mereka tidak perlu membuat ujian berkala. Sebaliknya, mendapat pengesanan awal atau melakukan ujian berkala adalah lebih baik,” jelasnya. Tambah beliau, mereka yang memiliki First Degree Family Members seperti emak, adik-beradik dan anak yang didiagnosis kanser payudara sebe- lum berusia 50 tahun memiliki risiko untuk mendapat kanser payudara dan kanser ovari sekiranya tidak dipantau,” jelasnya. PERATUSAN RENDAH ...Mejoriti pesakit kanser datang dari keluarga bebas kanser. Prof. Dr. Rohaizak Muhammad. “Meskipun peratusan keturunan adalah sangat rendah berbanding 93 peratus berpunca daripada gaya hidup, ini tidak bermakna mereka tidak perlu membuat ujian berkala." Menyusu berisiko kanser? Rajah: Kanser payudara tahap 4. KANSER payudara invasif yang merebak ke bahagian lain tubuh juga dikenali seb- agai kanser payudara metastatik. Ia boleh merebak ke hati, paru-paru, tulang dan otak. Sel-sel kanser ini akan membahagi serta tumbuh di luar kawalan seterusnya membentuk tumor baru. Meskipun tumor baru tumbuh di bahagian luar kawasan payudara, namun ia masih dikenali sebagai kanser payudara. RAMAI percaya ibu yang menyusukan bayi tidak berisiko untuk terkena kanser payudara. Walau bagaimanapun, kelompok ini juga sebenarnya tidak terkecuali mendapat penyakit yang paling digeruni wanita ini. Jelas Prof. Dr. Rohaizak, setiap wanita berisiko terkena kanser payudara sekiranya mengabaikan faktor-faktor risiko termasuklah wanita yang menyusukan bayi. Namun ia lebih berisiko sekiranya seseorang itu tidak menyusukan bayinya. “Kanser yang terjadi kepada ibu hamil dan menyusukan bayi juga sukar dikesan. Ini kerana keadaan payudara mereka yang lebih bengkak dari biasa. Oleh itu agak sukar untuk mengesan sama ada bengkak akibat kanser atau bengkak susu. Meskipun begitu, susu yang dihasilkan daripada payudara yang mengalami kanser tidak mendatangkan sebarang masalah kepada bayi kerana sel kanser tidak diperturunkan melalui susu. Malah, khasiat susu juga masih terkawal dan mampu membekalkan sumber yang terbaik buat bayi. Namun begitu, sekiranya ibu yang menghidap kanser payudara mula menjalani rawatan seperti kimoterapi, radioterapi dan mengambil ubat- ubatan akan dinasihatkan untuk berhenti menyusukan bayi kerana kesan ubat-ubatan tersebut akan menjejaskan kuantiti dan kualiti susu ibu. “Jika berasa tidak selesa atau sakit ketika menyusu lebih baik segera berjumpa doktor untuk melakukan ujian. Ini kerana, ramai ibu menyusu dan wanita hamil lewat menyedari perkara itu hingga akhirnya menjadi parah.