NOVEMBER, 2018 | al-Siha
ISU KANSER
Menghargai peranan
penjaga pesakit kanser
K
AJI selidik secara dalam
talian pada tahun 2017,
mendapati seramai 3,516
penjaga yang tidak dibayar
berusia antara 18 hingga 75
tahun di Australia, Perancis, Jerman, Itali,
Sepanyol, United Kingdom dan Amerika
Syarikat.
Ketua Pegawai Kawalan Kanser
Amerika (ACS), Dr Richard C. Wender ber-
kata, melalui kaji selidik yang dijalankan
oleh International Carer Survey Findings
menunjukkan 47 peratus penjaga men-
galami kemurungan.
“Hampir tiga dari 10 penjaga berasa
tidak dihargai oleh sesiapa pun terma-
suk keluarga mereka, 55 peratus berasa
derita fi zikal, manakala 30 peratus lagi
mendedahkan peranan sebagai penjaga
mempengaruhi masalah kewangan
mereka,” katanya dalam forum khas
tajaan Merck yang bertajuk ‘Mobilizing
Oncology Carers Globally: Unique Chal-
lenges Facing Women’ di Kanser Kongres
Dunia 2018.
Tambah beliau, selain menjaga, mem-
berikan sokongan emosi, pengurusan
tekanan, mereka juga mempunyai tang-
gungjawab bersama untuk membuat
keputusan perubatan.
“Mereka juga menyediakan sokon-
gan lain dari seperti memasak dan
pengangkutan sehingga mengabaikan
ada sesetengah daripada mereka meng-
Kajian penjaga
pesakit kanser
di Malaysia
(Dari kiri) Richard Wender, M.D, Persatuan Kanser Amerika , Pengurus Besar Merck
Biopharma Taiwan, BoonHuey Ee, Ricardo Blum, Ahli lembaga FEMAMA dan UICC,
Dr Maira Caleffi , dan Presiden Persatuan Onkologi Malaysia, Dr Matin Mellor
Abdullah.
abaikan kesihatan sendiri,” ujarnya.
Layari cancer.org/caregiverguide
untuk mendapatkan maklumat yang
lebih terperinci mengenai panduan yang
mungkin diperlukan oleh setiap penjaga.
Sementara itu, Pengarah Perubatan
MERCK Brazil, Dr Ricardo Blum,
berkongsi inisiatif yang telah dijalankan
di Brazil, satu program ‘memeluk pen-
jaga’ (Embracing Carers) dalam usaha
untuk membantu memenuhi keperluan penjaga yang tidak dibayar di peringkat
global dan negara.
Antara inisiatif yang dijalankan
adalah dengan menjalinkan kerjasama
dengan kerajaan, organisasi kesihatan
awam, perundangan, selain turut
meningkatkan kesedaran melalui
perbincangan global dalam menyebar-
kan pengetahuan tentang kepentingan
penjaga dan apa yang dilalui mereka
melalui media.
PRESIDEN Persatuan Onkologi
Malaysia, Dr Matin Mellor Abdullah
menjelaskan bahawa bidang penjagaan
pesakit adalah sangat penting.
“Kita perlu membincangkan perkara
ini dengan lebih meluas, terutama
tentang siapa yang sepatutnya men-
jalankan inisiatif seperti ini. Tambah
beliau, kaji selidik mengenai perkara ini
juga belum pernah di lakukan setakat lagi di Malaysia.
“Kaji selidik mungkin boleh
dilakukan dengan kerjasama pusat
Penyelidikan Kanser Malaysia,” katanya.
“Kami boleh mensasarkan Persatuan
Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM)
dan Hospis Malaysia untuk melakukan
tinjauan tersebut kerana mereka dapat
mengenal pasti penjaga melalui pesakit
mereka,” ujarnya.
Rawatan kanser
di Malaysia
Puteri Dina Mired dari Jordan.
S
EMPENA bulan kesedaran kanser
payudara dan survivor kanser,
Permaisuri dan Wanita Pertama
dari seluruh dunia telah dijemput untuk
menghadiri Anugerah Brain Fashing
Extravaganza pertama yang dianjurkan
oleh Persatuan Kanser Kebangsaan
Malaysia (NCSM) di Manderin Oriental
Kuala Lumpur.
Menurut Presiden NCSM, Vise Clare
Ratnasingham, rawatan kanser di Malay-
sia sangat mahal. Meskipun hospital
awam menawarkan secara percuma atau
bersubsidi, namun pesakit masih perlu
membayar kos perjalanan, penginapan
dan berkemungkinan terpaksa menang-
gung kehilangan pekerjaan pada masa
itu.
“Kajian menunjukkan kira-kira 45
peratus pesakit kanser mengalami
masalah kewangan setahun selepas
didiagnosis. Sebagai organisasi kanser
tertua di negara ini, kami bertanggung-
jawab meringankan beban pesakit.
Jamuan makan tengahari berte-
makan Merah Jambu ini diadakan
sempena Kongres Kanser Sedunia 2018
yang diadakan selama empat hari dari 1
hingga 4 Oktober di Pusat Konvensyen
Kuala Lumpur.
Dalam majlis ini sebanyak RM10,000
telah disumbangkan kepada persatuan
hasil daripada jualan tempat duduk
korporat yang bernilai RM1,000. Wang itu
akan digunakan untuk membantu pesakit
kurang bernasib baik dalam mendapatkan
rawatan.
Antara Permaisuri yang hadir ke majlis
ini termasuklah Penasihat Brunch Pink,
Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara
Salin Davidson, Permaisuri Johor, Raja
Zarith Sofi ah Sultan Idris Shah, Presiden
Kesatuan Kawalan Kanser Antarabangsa
(UICC), Puteri Dina Mired dari Jordan dan
Puteri Sayyida Mona dari Oman.
Manakala Wanita Pertama pula seperti
Anna Hakobyan dari Armenia dan bekas
Wanita Pertama Timor Leste, Kirsty
Sword Gusmao.
Acara itu turut menampilkan survivor
kanser dan bekas model seperti Maggie
Loo, Sofi ah Rahman, dan Shasha Hamid
di pentas peragaan yang mempamerkan
fesyen terbaru dari beberapa pereka
terkemuka Malaysia seperti Juriah Jamil
dan Variante.
11
Usaha
NCSM
memerangi
kanser
Pengerusi Jawatankuasa
Kongres Kanser Sedunia
(WCC) dan Persatuan Kanser
Kebangsaan Malaysia (NCSM),
Dr. Saunthari Somasundaram
PENGERUSI Jawatankuasa Kongres
Kanser Sedunia (WCC) dan Persatuan
Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr.
Saunthari Somasundaram menjelaskan
bahawa masih banyak usaha yang perlu
dilakukan di Malaysia.
“Persatuan ini telah lama wujud. Dari
membuat kerja-kerja klinikal hingga idea
berkaitan kesan dan perbandingan. Ia bukan
hanya membantu merawat penyakit kanser
malahan membantu meningkatkan keseda-
ran awam.
Menghidap kanser bukan bermaksud
kehidupan menjadi terhad, bukan juga
berakhir dengan kematian. Sebaliknya
mereka boleh sembuh daripada kanser.
“Sungguhpun begitu, untuk selamat
daripada penyakit ini, pesakit perlu menge-
sannya lebih awal. Malangnya kita tidak
mempunyai kemudahan untuk mencapai
matlamat itu. Ramai pesakit ke hospital
ketika mereka sudah di peringkat ketiga
dan keempat.
“Oleh itu, peluang untuk hidup sangat
rendah. Ketika kami menyedarinya pada
tahun 2006, kami melahirkan idea untuk
membina survivorship. “
“Pada masa sama, kami turut menghadiri
kongres antarabangsa di Union for Interna-
tional Cancer Control (UICC). Kongres ini
merupakan pusat untuk pesakit di mana ter-
dapat doktor pakar, penyelidik dan individu
yang mempunyai misi dan visi yang sama. “
“Sebelum ini, kita hanya bekerjasama
dalam kelompok kita sendiri. Di mana, kami
beranggapan kami yang terbaik, hospital
pula mendakwa mereka merawat pesakit
tetapi kami tidak bersama. Kami tidak mem-
pedulikannya. Kini, kami menyedari banyak
usaha perlu dilakukan. Kami tidak boleh
melakukannya sendiri. Sebaliknya perlu
dilakukan bersama. NGO dan kerajaan perlu
berganding bahu kerana kanser melampaui
batas penyakit.”
Cikgu: Perkataan yang berakhir
dengan ‘tion’ dalam bahasa
Inggeris akan ditukar menjadi
‘si’ dalam bahasa Melayu seperti
contoh: Production – Produksi,
Documentation – Dokumentasi.
Siapa boleh beri satu contoh?
Murid: ‘Nation’ jadi ‘Nasi’, cikgu!