10
al-Siha | NOVEMBER, 2018
ISU: KANSER
Inisiatif UICC
menangani kanser
• Kita menghadapi 18.1 juta kes kanser baharu dan
lebih 9.6 juta kematian di seluruh dunia setiap tahun
dengan separuh berlaku di Asia
A
NGKA ini diunjurkan
meningkat dengan pantas
dalam tempoh sepuluh
tahun akan datang dan akan
membawa implikasi serius
kepada negara-negara dengan sumber
yang terhad
Kesatuan Kawalan Kanser Anta-
rabangsa (UICC) melancarkan fasa
seterusnya bagi inisiatif global, Cabaran
Kanser Bandar Raya (City Cancer Chal-
lenge), dengan menjemput bandar
raya di seluruh Asia untuk mengambil
langkah-langkah bagi meningkatkan
capaian kepada perkhidmatan kanser
yang berkualiti.
Berucap di Sidang Pemimpin Kanser
Sedunia di Kuala Lumpur, bakal Presiden
UICC, Yang Amat Mulia Puteri Dina Mired
dari Jordan berkata, ‘perang’ menentang
kanser ini amat penting.
KEMAJUAN PENJAGAAN
KANSER
YAM Puteri Dina berkata, Cabaran Kanser
Bandar Raya telah dimulakan dan men-
capai kemajuan ketara di setiap satu dari
empat Bandar Raya Pembelajaran Penting,
sehingga mencetus perbezaan ketara dalam
penjagaan kanser di peringkat tempatan.
“Usaha bersepadu bandar raya dan
rakan kerjasama kami telah membolehkan
kami memperhalusi metodologi inisiatif,
baik penilaian keperluan mahupun mene-
tapkan keutamaan, perancangan dan
pembiayaan, supaya kita boleh mencapai
kesan ketara dalam perang menentang
kanser dalam skala yang lebih besar.”
Cabaran Kanser Bandar Raya berpo-
tensi untuk menambah baik rawatan
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
kanser kepada lebih 25 juta orang.
BANTUAN TEKNIKAL
Cabaran Kanser Bandar Raya di Cali
(Columbia) telah berganding bahu dengan
Persatuan Patologi Klinikal Amerika
(ASCP) untuk mengadakan siri bengkel
untuk 60 profesional makmal. Manakala,
penilaian keperluan di Asunción
(Paraguay) pula menekankan tahap keti-
dakseragaman yang tinggi dalam sistem
kesihatan tempatan, menyebabkan tahap
penyelarasan yang kurang baik antara
institusi penjagaan kesihatan, kos lebih
tinggi dan ketidakseimbangan rawatan.
UNDANG-UNDANG KANSER
Jawatankuasa Eksekutif Bandar Raya
telah memperkenalkan Undang-
Undang Kanser, iaitu rangka kerja
undang-undang berasaskan hak bagi
warganegara mendapatkan perkhidmatan
kanser komprehensif. Undang-undang
ini, yang meluputi semua perkhidmatan
yang dikhususkan kepada rawatan kanser,
dan kini sedang dinilai oleh suruhanjaya
kesihatan Senat.
Usaha seperti ini juga sedang dilak-
sanakan di Kumasi (Ghana), yang berada
dalam peringkat penilaian, dan Yangon
(Myanmar), dengan Jawatankuasa Ekse-
kutif Bandar Raya sedang giat meneliti
penemuan penilaian untuk menyusun
rancangan aktiviti bandar raya dalam
usaha menentukan tindakan yang perlu
diutamakan.
DAFTAR SEBAGAI ‘BANDAR
RAYA CABARAN’
Berlandaskan kejayaan ini, fasa seterusnya
Bakal Presiden UICC, Yang Amat Mulia
Puteri Dina Mired dari Jordan
Jawatankuasa
Eksekutif Bandar
Raya telah
memperkenalkan
Undang-Undang
Kanser, iaitu
rangka kerja
undang-undang
berasaskan hak
bagi warganegara
mendapatkan
perkhidmatan
kanser
komprehensif.
Cabaran Kanser Bandar Raya akan melu-
askan usaha program dengan memberi
peluang kepada beberapa bandar raya
yang turut bertekad untuk menambah
baik penyelesaian penjagaan kanser
untuk mendaftar sebagai “Bandar Raya
Cabaran”.
Jelasnya, seruan untuk membuat
permohonan pada 2018 akan memberi
tumpuan kepada penglibatan di Asia.
Sebagai rakan kerjasama penskalaan
utama, Roche akan menyokong per-
tumbuhan inisiatif dengan berkongsi
pengetahuannya dalam sistem perniagaan
dan kepakaran perancangan perniagaan di
samping memberikan sokongan kewan-
gan yang diperlukan.
FAHAMI PRINSIP
Presiden UICC Sanchia Aranda berkata,
usaha memahami bagaimana prinsip
model kerjasama Cabaran Kanser Bandar
Raya boleh dilaksanakan di pelbagai
bandar raya memainkan peranan penting
dalam kejayaannya.
Dengan menyertai inisiatif ini untuk
meningkatkan profil kanser dalam agenda
politik mereka, Bandar Raya Cabaran
boleh memanfaatkan keupayaan pakar-
pakar kanser terkemuka dunia untuk
meningkatkan kualiti rawatan bagi pen-
duduk mereka.
Mereka boleh berbangga untuk
memaparkan usaha mereka sebagai seba-
hagian daripada pergerakan global untuk
memainkan peranan aktif mengurangkan
kematian awal akibat penyakit tidak
berjangkit (NCD) sebanyak satu pertiga
menjelang 2030.
Layari di https://www.uicc.org /
challenge-cities untuk senarai semak
Cabaran Kanser Bandar Raya.
Resolusi kawalan kanser
di peringkat ASEAN
M
"Tanpa menjejaskan
penjagaan kesihatan
dan memandangkan
peningkatan
kecanggihan teknologi
untuk rawatan kanser
di Malaysia, kami akan
memperkukuhkan
liputan kesihatan
universal melalui
pelan insurans B40."
– Dr Dzulkefly Ahmad,
Menteri Kesihatan
Sanchia Aranda, Presiden UICC
ALAYSIA berharap untuk
menerajui usaha dalam menge-
mukakan resolusi mengenai
kanser pada Mesyuarat Menteri-Menteri
Kesihatan ASEAN tahun depan.
Menurut Menteri Kesihatan, Dr
Dzulkefly Ahmad, Malaysia menaja
bersama resolusi mengenai kanser tahun
lepas yang kemudian diterima pakai pada
Perhimpunan Kesihatan Sedunia.
"Berikutan kejayaan membawa isu
mengenai kanser ke dasar global, kami
ingin mengukuhkan komitmen secara
serantau menerusi resolusi kawalan
kanser di peringkat ASEAN,” kata beliau
ketika berucap pada Kongres Kanser
Sedunia 2018.
Jelasnya, cabaran kesihatan bersama
di rantau ini termasuk masalah penyakit
tidak berjangkit (NCD) dan penyakit
berjangkit seperti boleh dicegah melalui
suntikan vaksin.
Dr Dzulkefly berkata, kementerian
komited untuk mengalihkan fokus kanser
dan NCD, kawalan daripada reaktif kepada
pro aktif dan daripada ad-hoc kepada
komprehensif.
Antara tetamu
kenamaan yang hadir,
Duli Yang Maha Mulia
Raja Permaisuri Perak
Tuanku Zara Salim
serta Duli Yang Maha
Mulia Permaisuri
Tuanku Raja Zarith
Sofiah Almarhum
Sultan Idris Iskandar
Al-Mutawakkil Alallahi
Shah Afifurlah.
"Tanpa menjejaskan penjagaan kesi-
hatan dan memandangkan peningkatan
kecanggihan teknologi untuk rawatan
kanser di Malaysia, kami akan mem-
perkukuhkan liputan kesihatan universal
melalui pelan insurans B40," ujarnya.
Kongres empat hari anjuran Kesatuan
untuk Kawalan Kanser Antarabangsa
(UICC), dan pertama kali diadakan di Asia
Tenggara ini menghimpunkan kira-kira
3,000 pakar kawalan kanser dan kesihatan
awam dari 150 negara.
TURUT BERUCAP…Penaung Utama
Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia
(NCSM), Tan Sri Rafidah Aziz.