al-Siha : November 2018 | Page 22

22 al-Siha | NOVEMBER, 2018 DIARI LELAKI Jaga-jaga penyakit kelamin! • Penyakit kelamin atau Sexual Transmitted Disease (STD) disebarkan melalui hubungan seks oleh pasangan yang telah dijangkiti kuman chlamydia, sifilis dan gonorrhoea • Penyakit kelamin berjangkit semasa melakukan hubungan seks melalui faraj, dubur atau oral (mulut). D OLEH PUTRA MOKHTER [email protected] IANGGARKAN kes penyakit kelamin semakin bertambah dari setahun ke seta- hun di Malaysia, terutamanya di kalangan remaja yang berusia antara 16 hingga 24 tahun. Pakar Urologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Goh Eng Hong berkata, mengikut maklumat yang diperoleh dari Kement- erian Kesihatan Malaysia (KKM), kes yang melibatkan STD ini meningkat setiap tahun dengan bilangan pesakit 111,916 orang dari tahun 1986 hingga 2016. Jelasnya, pendedahan awal kepada seks dan melakukan aktiviti seks bebas pada usia yang muda punca kepada penyakit ini. SIMPTOM STD Menurut Dr. Goh, mereka yang mendapati terdapat perubahan pada alat sulit seperti keluar cecair yang lain dari kebiasaan hendaklah melakukan pemeriksaan segera. “Gatal pada bahagian zakar atau faraj, bengkak, keluar lendir ataupun cecair, alat sulit terasa sakit dan kemerahan, tumbuh ruam, jerawat atau sakit ketika membuang air kecil antara gejala yang seringkali dialami oleh pesakit STD. RAWATAN Menurut Dr Goh, bukan semua rawatan boleh menyembuhkan penyakit dengan sepenuhnya. “Penyakit kelamin boleh dirawat dengan antibiotik sementara ubat antiviral boleh digunakan untuk herpes di bahagian kem- aluan. Sebagai contoh, ketuat di bahagian kemaluan selalunya sembuh sendiri tanpa rawatan. Kebanyakan pesakit akan meminta doktor agar membuang ketuat tersebut dan cecair nitrogen akan digunakan untuk membekukan ketuat. Dalam semua kes penyakit kelamin, pasangan seks pesakit juga digalakkan untuk mendapat rawatan, meskipun tidak menunjukkan apa-apa gejala bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain. PENCEGAHAN “STD boleh memberikan kesan buruk dari pelbagai sudut terutamanya dari sudut sosial. Maka, hindarilah seks bebas dan lakukan ujian pemeriksaan kesihatan bagi mereka merancang untuk berkahwin. Kondom tidak memberikan perlindungan dengan sepenuhnya,” katanya. JENIS-JENIS STD Chlamydia — Infeksi chlamydia selalunya tidak memberi apa-apa tanda bagi pesakit wanita, tetapi pesakit mungkin mengalami gejala yang tidak spesifik seperti radang pundi kencing, keluar lendir dari faraj atau sakit dibahagian ari-ari. Lelaki pula selalunya mengadu sakit, bengkak, keluar lendir dari salur kencing dan bengkak salur epididymis (salur dari buah zakar ke batang zakar). Penyakit ini masih boleh berjangkit walaupun gejala hilang selepas beberapa hari. Ketuat di bahagian kemaluan (Genital warts) — Terdapat ketuat yang berwarna putih atau bintik-bintik putih di kawasan faraj dan kemaluan atau di lubang dubur. Tetapi majoriti pesakit tidak mengadu apa-apa gejala. Ini menyukarkan doktor untuk membuat diagnosa yang tepat bagi penyakit tersebut. Herpes di bahagian kemaluan (Genital herpes) — Seperti ketuat, herpes selalunya tidak menunjukkan gejala. Mereka yang menunjukkan tanda-tanda penyakit akan mengadu demam, gatal, ‘panas’ dan beng- kak di bahagian kemaluan. Kadang kala kulit boleh melepuh dan membentuk ulser menyebabkan sakit semasa membuang air kecil. Gonorrhoea — Gonorrhoea ialah jangkitan Sumber: aidsfoundation Dr Goh Eng Hong, Pakar Urologi. MENAKUTKAN… STD menjejaskan isu sosial, ekonomi dan kesihatan. yang melibatkan lelaki dan perempuan. Ia boleh menjangkiti kawasan kemaluan, dubur, usus atau tekak. Lebih kurang 90% pesakit akan mengadu keluaran lendir bernanah dari kemaluan dan sakit semasa membuang air kecil. Sifilis — Gejala awal adalah pesakit akan mengadu terdapat kudis di bahagian zakar atau faraj. Kudis ini mungkin tidak sakit dan akan hilang sendiri walaupun tanpa rawatan. Kemudian, pesakit mungkin mengalami demam, menggigil dan sakit otot. HIV — Pesakit mungkin mengadu demam dan sakit otot beberapa bulan selepas dijangkiti virus HIV ini, tetapi majoriti tidak mempunyai apa-apa simptom. Hanya ujian darah dapat memastikan samada anda dijangkiti HIV atau tidak. Ujian darah tersebut mungkin terpaksa diulang jika didapati negatif. Lama- kelamaan, sistem imuniti pesakit akan berkurangan dan beliau akan sukar melawan penyakit. Selamatkah STD dengan kondom? LEBIH dari 1 juta orang menghidap Sexually-Transmitted Infections (STIs) setiap hari dengan kira-kira 357 juta jangkitan setiap tahun. Penggunaan kondom bukan alternatif terbaik untuk mengelakkan penyakit STD kerana STD boleh berlaku di bahagian tubuh yang lain. Menurut Pakar Urologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Goh Eng Hong, rata-rata masyarakat menganggap bahawa penggunaan kondom boleh mengelakkan dari berlakunya jangkitan kelamin ketika melakukan hubungan seks. “Kondom bukan alternatif terbaik dan pengguna masih berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan penyakit seperti STD. “Di Amerika Syarikat, mereka seringkali mempromosikan penggunaan kondom sebagai alternatif untuk menghalang jangkitan. Namun, kajian menunjukkan peratusan jangkitan masih ada. Konklusinya, penggunaan kondom sebenarnya tidak terlalu efektif dalam mencegah HIV mahupun AIDS. Jelas beliau, kemampuan kondom dalam mencegah penularan virus hanyalah pada tahap 46 hingga 76 peratus sahaja. Meskipun begitu, jalan terbaik untuk mencegah jangkitan ini adalah setia pada pasangan dan jangan berkongsi jarum suntikan. KONDOM BUKAN ALTERNATIVE UTAMA “Jangkitan penyakit kelamin seperti STD boleh dielakkan sekiranya pasangan melakukan pemeriksaan awal GELI… Kondom bukan alternatif terbaik elak STD. dan tidak bertukar-tukar pasangan. Bagi individu yang belum berkahwin pula, kondom bukanlah alternatif utama untuk menghindari jangkitan STD."