• Satu kaedah pembedahan secara ghaib
• Pembedahan hidup tanpa bius dan tempoh sembuh adalah sekelip mata
ELAKUKAN
M pembedahan tanpa menggunakan sebarang mesin atau‘ pembedahan batin’, pengamal perubatan traditional atau alternatif seumpama ini bukan lagi perkara baharu dalam kalangan masyarakat. Sebut sahaja nama penyakit, batu karang, semput, buah pinggang, sakit belakang, masalah jantung sekalipun, semua itu dikatakan mampu diubati oleh mereka.
Baru-baru ini penulis berkunjung ke sebuah pusat rawatan‘ perubatan batin’, pusat rawatan Al-Raudhah yang terletak di Taman Sri Aman, Masjid Tanah, Melaka.
Pusat rawatan ini dikatakan telah beroperasi sejak empat tahun lalu dan diasaskan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Rahim.
Tiada sebarang papan tanda dipaparkan, cuma sehelai kertas manila mencatatkan waktu operasi dilekatkan di hadapan rumah kedai usang bercermin gelap itu.
“ Saya tukar jantung pak cik sekarang kepada jantung 17 tahun ya?”.
Ini pertanyaan yang diajukan oleh Ustaz Rahim kepada seorang lelaki berbaju batik merah, berusia lingkungan 70 tahun yang sedang berbaring di atas katil yang disediakan.
“ Tukar la Ustaz, saya memang ada masalah pernafasan dan jantung ", jawab pesakit dengan nada gembira.
Proses rawatan kemudian diteruskan, dan Ustaz Rahim dilihat seolah-olah sedang melakar, menekan-nekan, adakalanya seakan memasang sesuatu pada badan pesakit. Kurang dari tiga minit selepas selesai proses itu pesakit diminta untuk terus berbaring dan dinasihatkan untuk tidak bergerak.
“ Rehat dahulu dan jangan banyak bergerak, sebab mesin tengah beroperasi ". Ustaz Rahim
|
OLEH NORZIRA SYARINI norzira. syarini @ revonmedia. com
kemudiannya beralih kepada pesakit seterusnya, wanita berusia lewat 58 tahun ini dikatakan mengalami masalah gangguan.
“ Ini masalah mambang, mambang tanah, mambang api, semua ada, kena buang cepat ni ".
Proses kali ini hampir sama dengan pesakit tadi, cuma dia dilihat menekan sedalamdalamnya perut pesakit, dan kemudian seolah-olah membawa naik sesuatu dari perut, dan memutar-mutar‘ benda’ tersebut lalu membuangnya kearah pintu.
Proses seperti pemasangan wayar, menekan-nekan sesuatu turut dilakukan dan arahan yang sama diberikan kepada pesakit supaya tidak banyak bergerak kerana dikhuatiri akan mengganggu operasi mesin dan proses rawatan terpaksa dilakukan sekali lagi.
Ditanya mengenai apa yang dilihat semasa proses pembedahan dijalankan, jelasnya peralatan tersebut dikenali sebagai‘ hospital dunia’ dimana ia 10 kali lebih maju dari semua mesin pembedahan yang ada di dunia nyata, dan dikatakan telah berjaya merawat lebih dari 1.25 juta pesakit.
“ Beberapa tahun lalu, saya dipanggil untuk berkumpul bersama 300 orang ustaz serta 7 orang doktor dalam satu pembentangan. Selepas berdiskusi, mereka berpendapat rawatan yang saya lakukan ini boleh diteruskan kerana tiada unsur yang tidak diingini. Meskipun mendapat tentangan, sindiran dari ramai pihak, saya tidak kisah bahkan sudah lima kali saya menjejakkan kaki ke Mekah, begitu juga dengan anakanak saya yang lain, masingmasing satu kali hasil dari perolehan pusat rawatan ini.
Penulis sempat menemuramah beberapa pesakit yang datang dari Johor sematamata untuk mendapatkan rawatan daripada Ustaz Rahim.
Menurut salah seorang pesakit yang mahu dikenali sebagai Kak Nor, 50 tahun, dia mengenali Ustaz Rahim selepas ada kenalannya dari Pahang, datang berubat kerana suspek buah pinggang dan kini dikhabarkan sembuh selepas beberapa
|
“ Beberapa tahun lalu, saya dipanggil untuk berkumpul bersama 300 orang ustaz serta 7 orang doktor dalam satu pembentangan. Selepas berdiskusi, mereka berpendapat rawatan yang saya lakukan ini boleh diteruskan kerana tiada unsur yang tidak diingini."
Perut pesakit ditekan sedalamnya untuk rawatan membuang gangguan.
|
kali rawatan. Ada juga yang mengalami masalah gangguan sembuh dan dinasihatkan untuk banyak berzikir.
Berbeza dengan seorang lagi pesakit dari Perak yang menemui Ustaz untuk masalah ekzema. Proses rawatan tiada beza dengan yang lain, cuma dia dinasihatkan untuk menjaga pemakanan dan tidak boleh berada dalam tekanan dan perlu mengawal emosi.
|
Sementara itu, Pakar Perunding Perubatan Keluarga, Dr. Suhazeli Abdullah ketika dihubungi al-siha mengenai bedah batin berkata, dalam satu seminar fiqh medik yang pernah |