al-Siha : May 2018 (Issue 2) | Page 31

MEI, 2018 | al-Siha 31 EKSLUSIF dihadirinya, seorang pegawai JAKIM telah membentangkan isu beberapa rawatan yang dianggap syirik. Antara kes yang dibentangkan adalah bedah batin. Hasil siasatan yang dilakukan terhadap pengamal perubatan bedah batin di sebuah negeri di negara ini mendapati pengamal perubatan tradisional tersebut telah menggunakan jin bagi tujuan merawat. Jelas beliau, perbuatan ini adalah salah satu dari kaedah rawatan syirik, yang menggunakan khadam jin sebagai perantara. Amat menyedihkan, pengamal perubatan tradisional berkenaan berselindung atas nama ustaz dan membaca bacaan zikir dan juga mentera yang tidak lekang di mulut. Tambah Dr. Suhazeli pengamal perubatan sebegini biasanya akan meyakinkan bahawa rawatan pembedahan batin ini berupaya menggantikan pembedahan moden bagi penyakit kronik seperti masalah jantung, kanser, batu karang, (Kiri) Ustaz Rahim sedang melakukan rawatan menukar jantung berusia 18 tahun kepada pesakit berusia 70 tahun. (Kanan) Pesakit diminta supaya tidak bergerak agar rawatan berjalan lancar. Dr. Suhazeli Abdullah, Pakar Perunding Perubatan Keluarga. strok dan lain-lain penyakit. Selain itu, mereka juga dikatakan berupaya meyakinkan orang ramai bahawa kaedah pembedahan ini tidak menyakitkan, tanpa ubat, malah pembedahan hidup yang dilakukan tiada ubat bius serta penahan kesakitan dan tempoh masa untuk sembuh adalah sekelip mata. Tiada bekas luka dan pesakit tidak terkesima setelah melihat ‘hasil’ pembedahan. Batu karang yang dikeluarkan memang sahih dan boleh dibawa balik. EREKA seolah-olah diberi mukjizat untuk menjalankan pembedahan batin, atau mereka tergolong dalam golongan orang yang menerima keistemewaan (karamah, maunah atau kasyaf). Pesakit secara psikologinya berasa segar bugar kerana puas hati hasil pembedahan. Kemudian bahan hasil bedah itu dibawa kepada doktor hospital dan doktor pakar juga terkejut. Hakikatnya status kesihatan pesakit semakin merosot kerana batu karang masih terbungkam di dalam ginjal atau pundi kencing. Tiada bukti dalam Al-Quran dan Hadis yang membolehkan menjadi dalil kepada amalan pembedahan batin ini mengikut syariat Islam. Ulama juga menetapkan bahawa amalan seumpama ini adalah HARAM dilakukan kerana pengamal mungkin menggunakan ilmu hitam, silap mata, perantaraan jin atau syaitan atau sihir semasa merawat. Pesakit juga ditipu dengan M Ini cara Ustaz Rahim memasang mesin ‘hospital dunia’. janji manis keberkesanan rawatan ini di samping bayaran yang tidak munasabah. Walaupun mereka tidak menetapkan kos, tetapi kebanyakan pesakit akan meletakkan duit dalam tabung dengan jumlah yang banyak, kerana terkesima dengan kebolehan perawat. Amalan berkenaan bukannya mukjizat, karamah, maunah kasyaf atau seumpamanya. Sebagaimana yang diketahui, Mukjizat adalah suatu perkara yang luar biasa yang dikurniakan oleh A