29
MEI, 2018 | al-Siha
PERSONALITI
"Menjaga kecantikan secara tidak
langsung merangkumi penjagaan
kesihatan. Sudah tentu kesihatan
adalah yang paling penting. Jika
kita peka dengan kesihatan
tubuh, ia akan membuatkan kita
tampil lebih yakin dan bertenaga
di hadapan orang ramai."
Boleh kami tahu, apakah cara yang
Zulin lakukan untuk menurunkan
berat badan?
Pertamanya, saya mengawal
pemakanan saya dengan mengurangkan
pengambilan gula dan makanan
berminyak. Disamping itu juga, saya
mengikuti kelas muay thai untuk
hasil yang lebih efektif. Selain itu,
saya melakukan senaman cardio.
Yang memfokuskan kepada bahagian
tubuh tertentu seperti perut dan
lengan. Berenang juga antara aktiviti
kesukaan saya yang membantu untuk
menguruskan badan. Aktiviti renang
memang sudah menjadi perkara biasa
bagi saya sejak dari kecil. Daripada dulu
saya sukakan aktiviti air.
Kelas Muay
Thai untuk
kuruskan badan
– Zulin Aziz
P
ERKEMBANGAN Zulin hari ini?
Alhamdulillah sekarang Zulin
sedang sibuk mempromosikan
single terbaru, Keliru. Selain itu seperti
biasa saya masih memberi fokus karier
di konti radio dan masih aktif dengan
pengembaraan.
Apa yang memberi motivasi kepada
Zulin untuk menurunkan berat
badan?
Apabila saya ada masalah bila nak
berfesyen. Jadi ia menyebabkan saya
stress untuk mencari baju. Kadang-kala,
saya nampak lebih tua dari umur.
Mungkin ada pengalaman pahit ketika
dalam proses Zulin menguruskan
badan. Boleh kongsikan?
Badan lebam, terseliuh dan hampir
berputus asa pada peringkat awalnya.
Lama –kelamaan, saya dah biasa dengan
semua itu. Pelan diet saya juga tidak
memudaratkan tubuh. Kalau betul cara
dietnya, insyaAllah tidak ada masalah.
Oleh itu, sangat wajib untuk meminta
nasihat pakar sebelum mengamalkan
pelan diet anda.
Adakah Zulin mengamalkan
supplement ataupun lebih suka cara
semula jadi?
Tidak ada supplement yang menjadikan
saya kurus melainkan faktor pemakanan
yang saya kawal. Malah, pil-pil kurus
ini sebenarnya memudaratkan tubuh
saya. Pernah dahulu, saya mengamalkan
pengambilan supplement, namun bila
berhenti, berat badan saya naik dua kali
ganda.
Perasaan Zulin bila harini Zulin
berjaya menurunkan berat badan?
Puas! Untuk mendapat bentuk badan
yang kurus memang susah. Namun,
segala usaha yang saya buat berbaloi bila
saya tidak lagi buntu untuk membeli
pakaian yang saya inginkan.
Adakah Zulin mempunyai target
bentuk badan yang ingin dicapai suatu
hari nanti?
Saya mahu turun 15 kg lagi. Sekarang
masih berisi namun sudah turun 10 kg
adalah satu pencapaian luar biasa yang
pernah saya buat.
Pemakanan yang Zulin amalkan
untuk menjaga berat badan? Ada
berpantang ke?
Tiada nasi dan gula! Waktu pagi saya
selalu makan epal hijau, kekacang dan
mineral. Untuk waktu tengah hari pula,
saya lebih sukakan grill salmon ataupun
ayam dan salad. Makan malam saya agak
ringkas seperti sup ayam ataupun buha-
buahan.
Sebagai seorang wanita, apa yang
anda ingin nasihatkan kepada mereka
di luar sana mengenai kepentingan
menjaga tubuh badan?
Menjaga kecantikan secara tidak
langsung merangkumi penjagaan
kesihatan. Sudah tentu kesihatan
adalah yang paling penting. Jika kita
peka dengan kesihatan tubuh, ia akan
membuatkan kita tampil lebih yakin dan
bertenaga di hadapan orang ramai.
Apa pesanan Zulin pada mereka
yang selalu mencaci dan
mendiskriminasikan orang yang
berbadan besar, dan nasihat Zulin
kepada mereka yang malu untuk
pergi ke gym, malu untuk membuat
pembaharuan pada diri?
Mulut orang kita tidak boleh nak tutup.
Jadi usah pedulikan apa kata mereka
asalkan anda selesa dengan tubuh anda.
Apa yang penting, kita ceria, dan berada
dalam keadaan sihat. Tetapi, sekiranya
anda tidak selesa, maka anda perlu
melakukan perubahan. Mungkin pada
awalnya, komen-komen negatif ini akan
berikan sedikit tekanan , kemurungan
atau rasa rendah diri. Jadi, sebelum ia
menjadi lebih teruk, anda perlu rajin
dan berusaha untuk berubah! Jika
malas, anda masih ditempat yang sama.
Pemakanan adalah aspek paling penting.
Jika tidak jaga faktor pemakanan...
jangan bermimpi untuk kurus walaupun
berjogging setiap hari.