28
al-Siha | MEI, 2018
JOM CERGAS!
Senaman CrossFit
untuk penghidap obesiti
• Senaman kardiovaskular dan senaman
kekuatan (strength training) mampu
menghilangkan kulit lebihan dengan efektif
• Melakukan senaman kardiovaskular
berlebihan pula menyebabkan individu
berisiko tinggi mendapat Osteoporosis
OLEH PUTRA MOKHTER
H
ASIL kajian dari
American Council on
Exercise mendapati
kaum wanita
mampu membakar 12 hingga 15
kalori seminit dan kaum lelaki
mampu membakar 15 hingga
18 kalori seminit ketika mereka
melakukan latihan CrossFit,
sedangkan latihan seperti jogging
di treadmill cuma membakar 8
hingga 10 kalori seminit untuk
wanita dan 11 kalori seminit
untuk lelaki.
Pensyarah Kesihatan dan
Kecergasan di Universiti Selangor
(UNISEL), Wan Mohd Hakim
Wan Ismail berkata gabungan
senaman kardiovaskular
dan kekuatan amat sesuai
dilakukan oleh penghidap obesiti
untuk kekal fit dalam proses
menurunkan berat badan.
“Ramai yang fokus dengan
misi untuk membakar kalori
apabila melakukan senaman,
terutamanya penghidap obesiti.
Walhal, mereka sepatutnya
bersenam untuk meningkatkan
metabolisme dengan cara
menambahkan otot-otot di badan.
Sebenarnya, lebih banyak otot
dihasilkan, lebih tinggi tahap
metabolisme dalam tubuh.
Apabila metabolisme tinggi, maka
lebih banyak kalori dan lemak
boleh dibakar”.
SENAMAN KEKUATAN DAN
KARDIOVASKULAR
Senaman kardiovaskular
merangkumi aktiviti yang
dilakukan dalam tempoh yang
lama namun tahap bebanannya
adalah dari tahap rendah ke
sederhana. Sebagai contoh,
jogging, fast walk dan jungle
trekking.
Senaman kekuatan (strength
training) pula adalah seperti
FAKTA
1
Wan Mohd Hakim
Wan Ismail,
Pensyarah
Kesihatan dan
Kecergasan di
Universiti Selangor
(UNISEL).
. Jumlah kalori
yang hanya
dapat diturunkan
pada kadar normal
ialah 500-600 kalori
iaitu bersamaan
dengan sebungkus
nasi lemak
2
. Latihan
fleksibiliti amat
penting untuk
dilakukan kerana
proses regangan
selepas bersukan
membantu untuk
mengelakkan
kecederaan otot
3
squat, mengangkat dumbbell,
melakukan push up, sit up
dan sebagainya yang lazimnya
dilakukan di gimnasium.
Bagi penghidap obesiti,
kedua-dua senaman ini yang
harus dilakukan bagi mendapat
berat badan yang ideal sekaligus
membantu untuk menghilangkan
kulit lebihan supaya membentuk
tubuh badan yang fit dan tegap.
TEMPOH MASA DAN
KEKERAPAN
Bagi mereka yang obesiti, tempoh
masa yang disarankan untuk
melakukan senaman adalah 1
jam 30 minit. Tempoh minimum
pula adalah 30 minit. Tetapi ia
4
. 300ml adalah
. Pastikan
isipadu air yang
memakan nasi
diperlukan sebelum 4 jam sebelum
memulakan
bersenam
senaman
5
. Disarankan untuk
makan makanan yang
mudah dicerna sebelum
bersenam seperti buah-
buahan ataupun cokla