Kolagen topeng sementara! Dr Hazzeem Hashim, Doktor Klinik Dermalene Kota Bharu.
|
RAMAI yang menggunakan produk kolagen di Malaysia. Kebanyakkan pengasas produk mendakwa produk mereka mengandungi kolagen( tiada spesifik jenis kolagen) serta bahan-bahan tambahan seperti vitamin C, vitamin E dan sebagainya. Menurut Dr Hazzem Hashim, Doktor Klinik Dermalene Kota Bharu, tiada data klinikal membuktikan kolagen secara makan boleh membantu memberi kulit yang lebih cantik atau anjal. Tambahan, kolagen yang diamalkan, akan terurai dengan asid perut.
“ Kolagen jenis lotion pula, molekulnya terlalu besar untuk menyerap masuk ke dalam lapisan dermis( lapisan kulit dimana kolagen berada).
Setakat ini, tiada bukti klinikal dari segi kolagen dalam bentuk oral atau topikal dapat membantu
|
mencantikkan kulit.
Dari sudut perubatan, kecerahan kulit seseorang bergantung kepada jumlah melanocytes serta melanin individu tersebut.
Melanocyte merupakan sel yang menghasilkan melanin( pigment warna). Kolagen berfungsi sebagai“ gam”, yang memegang & memberi keutuhan
|
struktur kulit, jadi, kolagen lebih kepada keanjalan muka, bukan memberi kesan kepada kecerahan tona kulit individu.
“ Supplement seperti kolagen tertakluk di bawah akta supplement( makanan tambahan). Ia tidak memerlukan syarat seperti ubat( perlu dibuktikan selamat keatas manusia sebelum dipasarkan). Jadi, kesan sampingan bagi mereka yang mengambil kolagen adalah bergantung kepada bahan yang digunakan. Malah supplement secara umum, boleh memberi risiko kesihatan kepada organ seperti hati dan buah pinggang”.
Bagi kaum lelaki, pengambilan produk kolagen yang mengandungi unsur( feminization phenomenon) boleh menaikkan hormon estrogen dan menyebabkan lelaki menjadi lembut.
|