al-Siha : May 2018 (Issue 2) | Page 23

MEI, 2018 | al-Siha 23 DIARI LELAKI OLEH PUTRA MOKHTER FAKTA AH! Penulisan ini bukan metafora untuk menghalang kegiatan senaman anda di gym. Malah, bersenam adalah aktiviti yang amat digalakkan untuk memastikan tubuh sihat dan cergas. Namun, tidak ramai yang sedar bahawa senaman di gym seperti mengangkat besi memberi kesan kepada saiz zakar. Memiliki saiz zakar yang kecil dari normal bukanlah isu biasa bagi kaum lelaki. Bukan hanya mengganggu psikologi, malah emosi sehingga menyebabkan seseorang itu mati pucuk. Menurut Dr. Mohd Ismail Mohd Tambi, Pakar Urologi dari Damai Service Hospital, kebanyakkan lelaki yang mengangkat berat dan bersenam di gym akan kurang keyakinan diri untuk melakukan hubungan kelamin kerana saiz zakar mereka kelihatan kecil. Tambahan pula apabila pasangan mula mempersoalkan tentang saiz zakar, sudah pasti mereka akan berasa panik dan tidak mampu melakukan hubungan kelamin yang berkualiti. “Bagi kaum lelaki yang kerap ke gym, mereka harus faham tentang situasi ini. Usah anggap perkara ini sesuatu yang negatif. Mereka sering kali beranggapan bahawa ini adalah penyebab kepada Erectile Dysfunction (ED). Sebenarnya, apabila mengangkat berat, penumbuhan otot akan bertambah dan menyebabkan zakar kelihatan kecil. Dalam maksud lain, zakar seolah-olah masuk kedalam dan hanya kelihatan kawasan kepalanya sahaja. Ini sebenarnya perkara normal bagi mereka yang selalu mengangkat berat, melakukan senaman secara berhalangan dan sebagainya. Tetapi jika mereka mengalami ereksi, zakarnya mengembang dan mengeras seperti biasa dalam saiz yang normal ketika ereksi dan masih mampu melakukan hubungan kelamin seperti biasa”. Namun, berlainan pula bagi mereka yang mengambil steroid. Individu yang mengambil steroid bertujuan membentuk otot lebih mantap, tegap dan besar, perlu mendapatkan nasihat doktor kerana ia mungkin memudaratkan. Mereka perlu memastikan apa yang diambil • Bagi lelaki Asia, saiz normal zakar dalam keadaan biasa adalah 6 cm hingga 9 cm. • Dalam keadaan ereksi pula, saiz zakar adalah 10 cm hingga 14 cm. • “Bulbocavernosus Massage” adalah saranan rawatan yang boleh mengembalikan saiz normal zakar. • Pembedahan “Phallo Plasty” pula adalah rawatan pembedahan yang dilakukan untuk memanjangkan lagi zakar dalam ukuran 1 hingga 1 setengah cm sahaja. • Ahli bina badan berisiko tinggi untuk mendapat Hernia (Angin Pasang). N Badan ‘sado’ tapi zakar kecil • Memiliki saiz zakar yang kecil bukan hanya mengganggu psikologi, malah emosi sehingga menyebabkan seseorang itu mati pucuk • Tidak ramai yang sedar bahawa senaman di gym seperti mengangkat besi memberi kesan kepada saiz zakar simptom. Oleh itu, rawatan lebih memfokuskan kepada punca simptom tersebut. Meskipun begitu, rawatan ubat-ubatan seperti Imipramine dipercayai boleh meninggikan ‘muscle tone’ di kawasan ‘bladder neck’ dengan harapan pintu pundi kencing akan tertutup ketika pancutan air mani berlaku. Namun, ubat seperti Imipramine yang kebiasaanya digunakan untuk merawat kemurungan, boleh menyebabkan masalah ereksi, oleh itu fungsi alat kelamin mungkin terjejas. Ubat seperti Pseudoephedrine pula boleh menyebabkan aliran air kencing lebih perlahan. Ada ubat lain yang juga boleh menaikkan tekanan darah, jadi tidak Dr. Mohd Ismail Mohd Tambi, Pakar Urologi, Damai Service Hospital. sesuai untuk yang menghidap penyakit Hipertensi. “Saya percaya ramai yang mengalami simptom ini tetapi kebanyakannya tidak sedar bahawa ianya adalah ER. Mereka lebih selesa menyatakan ia adalah kerana kurang atau tiada pancutan air mani ketika sampai ke tahap orgasma ketika aktiviti seksual, sedangkan ia adalah ER. Dari usia awal 20-an, seharusnya kita sudah mula peka tentang kesihatan diri untuk mengelakkan diri dari menjadi gemuk setelah berkahwin atau memasuki usia 30-an. Amalkan pemakanan yang sihat, gaya hidup yang aktif dan menjauhkan diri dari merokok atau pengambilan dadah. Jika kita dapat mengawal serta mengelak dari penyakit diabetes, hipertensi, kolestrol dan jantung koronari, sudah pasti fungsi alat kelamin dan kualiti air mani akan terjaga”. – PUTRA MOKHTER sebagai makanan kesihatan itu tidak mengandungi steroid atau hormon adrogen seperti androsteindion dan DHEA. Seperkara lagi yang ramai tidak tahu, pengambilan steroid juga antara punca saiz zakar mengecil dan mengecut. Ini adalah kerana, ia menganggu saraf di bahagian zakar dan sekali gus merencatkan penghasilan air mani. “Androsteindion boleh berubah kepada hormon estrogen dalam badan dan ini menyebabkan buah dada lelaki menjadi lebih besar dan zakar mengecil selain kurang mantap. Suntikan steroid ini jika diambil secara berlanjutan pula boleh menyebabkan sperma menjadi kurang aktif. Apabila sperma kurang dan merosot, secara tidak langsung menyebabkan buah zakar juga akan mengecut. Jika keadaan ini dibiarkan dalam tempoh yang lama, maka ia boleh menjadi kekal. “Ramai pesakit yang datang kepada saya tidak sedar bahawa zakarnya menjadi kecil dan kecut kerana pengambilan steroid yang berlebihan. Kebanyakkan mereka tidak berjaya untuk mendapatkan anak kerana air mani mereka