al-Siha | MEI, 2018
22
DIARI LELAKI
‘Hematospermia’
tanda tidak normal
• Air mani berdarah
(Hematospermia)
bukan sejenis penyakit
tetapi simptom kanser
prostat
• Lelaki 30 tahun
ke atas berisiko
mengalami
Hemastospermia,
lelaki 50 tahun
mengalami gejala ini
berulang kali tanpa
sebarang sebab
• Hypertensi boleh
menyebabkan air mani
berdarah
• Hematospermia
dikaitkan dengan
batu karang di dalam
kalenjar prostat.
Namun ia tidak
serius kerana boleh
dikeluarkan semasa
kencing
OLEH PUTRA MOKHTER
EMATOSPERMIA
adalah istilah
perubatan kepada
air mani berdarah.
Pesakit akan mengalami ejakulasi
semen berwarna kemerahan
kerana bercampur darah, tanpa
sebarang simptom atau tanda
lain seperti sakit dan kencing
berdarah.
H
PUNCA UTAMA
‘HEMATOSPERMIA’
Menurut Pakar Urologi, Sunway
Medical Center, Dr. Badrulhisham
Bahadzor, punca sebenar gejala
ini masih lagi tidak diketahui,
walaupun selepas berbagai
ujian dilakukan, seperti ujian
darah, air kencing dan imbasan
imej diagnostik. Kebanyakan
kes diklasifikasikan sebagai
‘idiopathic’, bermaksud sebab
yang tidak diketahui.
“Gejala ini juga sebenarnya
boleh berpunca dari penyakit
lain yang menyebabkan air
mani berdarah. Contohnya,
jangkitan kuman kepada prostat,
keradangan prostat dan kanser
prostat. Namun kemungkinannya
hanyalah kurang dari 5%
sekiranya ujian yang dilakukan
didapati normal”.
MANDUL?
Tambah beliau, gejala
ini tidak menyebabkan
kemandulan namun jika ia
berpunca dari fungsi prostat,
ada kemungkinannya akan
merencatkan kesuburan
seseorang. Meskipun begitu,
Hematospermia ini hanyalah
bersifat sementara. Setiap
individu mempunyai tempoh
yang berbeza-beza untuk pulih
dari gejala ini. Ada yang hilang
dan kembali semula selepas
beberapa bulan atau tahun.
ONANI DAN HUBUNGAN
SEKS PUNCA UTAMA?
Menurut Dr. Badrul, aktiviti
onani bukanlah punca gejala
ini, melainkan aktiviti onani
“Saya dah
pancut
tetapi…”
M
itu dilakukan terlalu ‘kasar’
sehingga menyebabkan luka
di bahagian zakar atau saluran
kencing. Mengenai hubungan
seks, hubungan yang normal
tidak akan mengakibatkan
air mani berdarah. Namun,
apabila hubungan seks
dilakukan secara agresif
dan kasar, berkemungkinan
akan menyebabkan air mani
berdarah, tetapi ia jarang berlaku.
Kebiasaannya, ada tanda lain
seperti kencing bercampur darah
kerana telah berlaku trauma
kepada zakar atau saluran
kencing.
Dr. Badrulhisham
Bahadzor, Pakar
Urologi, Sunway
Medical Center.
RAWATAN
Rawatan yang dilakukan adalah
berdasarkan punca berlakunya air
mani berdarah. Sekiranya tiada
punca jelas, maka tiada rawatan
yang perlu dijalankan.
“Jika bukan disebabkan
penyakit lain seperti kanser
prostat dan sebagainya,
pemerhatian akan dilakukan
untuk memantau dan mengesan
sekiranya ada simptom
atau tanda-tanda lain yang
berkemungkinan akan muncul.
ENGIKUT istilah perubatan,
Ejakulasi Retrograd (ER) ini
boleh dianggap sebagai satu
simptom, dan bukanlah sebagai satu
jenis penyakit. Oleh kerana itu, statistik
tepat kepada simptom ER itu sendiri
tidak wujud di Malaysia atau di negara
lain. Walau bagaimanapun, statistik ER
sebagai simptom penyakit tertentu itu
masih ada.
Menurut Dr Badrulhisham Bahadzor,
Pakar Urologi, Sunway Medical Center,
Ejakulasi Retrograd berlaku apabila
pancutan air mani menghala ke arah
yang berlawanan, iaitu ke dalam
pundi kencing, ketika sampai ke tahap
orgasma. Pesakit akan mengalami
ketiadaan air mani yang biasanya
Bagi mereka yang mengalami
jangkitan prostat biasanya akan
diberi antibiotik.
Selain itu, ujian Trans Rectal
Ultrasound Guided Biopsy of
Prostate yang dilakukan untuk
mengimbas imej kalenjar
prostat akan menyebabkan air
mani dan air kencing berdarah
selama 3 hingga 7 hari dan
situasi ini tidak dikira sebagai
komplikasi”.
terpancut keluar, atau pun jumlahnya
berkurangan, atau pun pancutan itu
agak lemah.
“Untuk pengetahuan, ER
menyebabkan kemandulan kerana
tanpa pancutan air mani, tiada sperma
yang dapat keluar untuk masuk ke faraj
dan berenang ke telur di dalam rahim.
Dalam keadaan yang normal, otot di
bahag