al-Siha : May 2018 (Issue 2) | Page 21

21 MEI, 2018 | al-Siha ANAK OH ANAK! Ekzema tidak berjangkit dan boleh dikawal Aiesyah sebelum. Aiesyah selepas. Nur Syafa Adelia sebelum. Nur Syafa Adelia selepas. Sha Sebelum. Sha selepas. • Berjuta-juta rakyat Malaysia mengalami masalah ekzema. Ada antara mereka yang menderita sepanjang hidup akibat ekzema, walhal penyakit kulit ini boleh dikawal. • Ekzema dapat dikawal melalui dua pendekatan, sama ada dengan penggunaan steroid bagi mengurangkan kesan ekzema atau krim emolien atau pelembap yang baik. OLEH NORZIRA SYARINI P ADA 2015, sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diketuai oleh Prof. Dr Lai Oi Ming dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul memperkenalkan produk bebas steroid untuk rawatan penyakit kulit atau ekzema. Produk tersebut berupaya mengurangkan kegatalan dan pengelupasan, juga krim ultra pelembap berasaskan spektrum penuh vitamin E yang berasaskan ekstrak kelapa sawit bebas steroid, REMDII Sensitive. Menurut Prof. Dr Lai Oi Ming, kandungan bioaktif anti radang nano dalam REMDII Sensitive mampu menembusi lapisan dermis kulit sekaligus merangsang pemulihan kulit dalam masa dua minggu sahaja. PEMULIHAN EKZEMA Ibu bapa mana dapat menanggung perasaan sedih tatkala melihat anak mereka derita ekzema. Ada juga ibu bapa yang tidak dapat mengawal perasaan sehingga membawa kepada masalah kemurungan dan tekanan. Menurut Noraini Mohd Mahir, ibu kepada Aiesyah Sarah, 7 tahun yang mengalami masalah ekzema pada bahagian muka, tangan, tubuh dan kaki, pelbagai rawatan telah dilakukan untuk memulihkan ekzema anaknya, namun semua nyata hampa belaka. “Kalau boleh, biarlah saya sahaja yang menanggung sakit ini. Tak sanggup melihat anak derita menahan sakit lagi terutama saat anak merayu-rayu kesakitan sehingga terpaksa diberi rawatan wet dressing. “Saya sangat sedih dan kecewa, rasa seolah-olah saya seorang yang gagal kerana tidak dapat memberi rawatan terbaik kepada anak sehinggalah saya diperkenalkan dengan REMDII Sensitive tahun lalu. Sejak menggunakan REMDII Sensitive, saya dapati perkembangan anak semakin positif hari demi hari. Sementara itu, Fazita Irma Tajul Urus, ibu kepada Nur Syafa Adelia Syafiq, 10 bulan turut berkongsi pengalaman menggunakan REMDII Sensitive. “Mula guna REMDII ketika anak berusia 7 bulan, tetapi sapu di bahagian muka ketika ekzema tidak berair dan dapat lihat perubahan pada bahagian yang kering dan menggerutu. “Menjaga anak ekzema sememangnya mencabar emosi. Boleh dikatakan tekanan boleh berada di tahap tinggi, terutama apabila jam dua atau tiga pagi anak mula menggaru. “Untuk ibu bapa yang mempunyai anak ekzema, sabar dan jangan putus asa, dapatkan pandangan dan juga rawatan dari doktor pakar sekiranya ekzema teruk. Lain pula cerita ekzema daripada Sha, 32 tahun yang Prof. Dr Lai Oi Ming. Dr Kartini Farah Rahim, Konsultan Dermatologi Avisena Specialist Hospital. bergantung kepada ubat dari klinik swasta ini. “Apabila gatal pada tangan dan kaki, saya diberi krim sapu steroid dan ubat makan pil antihistamin. Sepanjang 12 tahun steroid ini sahaja yang di ambil untuk merawat ekzema. Tetapi penggunaan yang berpanjangan menyebabkan