al-Siha : May 2018 (Issue 2) | Page 20

20 al-Siha | MEI, 2018 ANAK OH ANAK! “Jangan usik telinga saya ibu…” • Mengikut kajian yang dibuat oleh National Institute on Deafness and Other Communication Dirsorders (NIDCD), lima daripada enam kanak-kanak mengalami jangkitan telinga (otitis media) apabila mereka berusia 3 tahun OLEH PUTRA MOKHTER Dr. Nazrul Neezam Nordin, Pakar Pediatrik, Sunway Medical Centre Apabila gegendang telinga tidak bercantum, maka jangkitan mudah berlaku di telinga tengah dan dalam, menyebabkan telinga akan selalu bernanah. Ini dipanggil sebagai Chronic Suppurative Otitis Media (CSOM). JANGKITAN pada telinga kanak- kanak selalunya berlaku disebabkan beberapa faktor. Jangkitan boleh melibatkan bahagian telinga luar, tengah dan dalam. Setiap bahagian ini berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan dan menyebabkan kesan yang berbeza-beza mengikut keadaan. hidung, mulut dan tekak melalui Eustachian Tube. Menurut Dr. Narizan, Eustachian Tube bagi kanak-kanak posisinya lebih lurus berbanding orang dewasa dan ini memudahkan telinga tengah mendapat jangkitan sekiranya kanak-kanak itu selesema, demam, batuk dan lain-lain. Tambah beliau, jika rawatan segera diberikan pada kanak-kanak, ia dapat mengelakkan dari gegendang telinga pecah. JANGKITAN TELINGA LUAR JANGKITAN TELINGA DALAM Pakar ENT dari KPJ Ampang Puteri, Dato Dr Narizan menjelaskan, jangkitan di bahagian telinga luar berlaku disebabkan mengorek telinga menggunakan jari ataupun pengorek telinga, memasukkan benda asing seperti alatan permainan dan jangkita juga terjadi disebabkan haiwan serangga masuk ke dalam telinga. Mengenai hal korek telinga kanak- kanak terutamanya bayi, ibubapa seharusnya tidak mempraktiskan penggunaan ‘cotton bud’ ataupun alatan lain untuk membuang tahi telinga kerana khuatir boleh memudaratkan. "Seperkara lagi, jika anak anda mengikuti kelas berenang ataupun aktiviti air, ibu bapa perlu memastikan anak mereka sentiasa memakai alat perlindungan telinga bagi memastikan air tidak masuk ke dalam telinga yang boleh menyebabkan jangkitan di telinga. Kondisi seperti ini diopanggil ‘swimmer’s ear’ di mana telinga bernanah apabila air memasuki telinga.”. Menurut Dr. Narizan, apabila jangkitan merebak ke telinga dalam, ia akan menganggu saraf pendengaran, dan ini menyebabkan pendengaran kanak-kanak kurang dengar. Begitu juga jika nanah merebak ke bahagian organ imbangan, maka kanak- kanak berada dalam keadaan yang tidak seimbang. Paling ditakuti apabila jangkitan nanah itu merebak ke otak dan