AGI wanita yang
B pernah menjalani satu pembedahan caesar sebelum ini, ada dua pilihan yang boleh dibuat. Namun, anda dinasihatkan supaya berbincang dengan doktor mengenai perkara ini secara terperinci terlebih dahulu. Bersalin secara Vaginal birth after caesarean( VBAC) ataupun bersalin secara caesar iaitu Elective Repeat Caesarean Section( ERCS) sekali lagi, kedua-dua pilihan ini sebenarnya ada kebaikan dan keburukannya.
Bagi menentukan cara mana yang lebih selamat, doktor perlukan semua maklumat ini.
• Kenapa sebelum ini bersalin secara caesar?
• Adakah anda pernah bersalin secara normal?
• Adakah anda mengalami sebarang komplikasi dalam perbedahan terdahulu?
• Adakah anda mengalami apa-apa masalah semasa berpantang?
• Apakah jenis potongan yang dibuat pada rahim?
• Pendapat ibu untuk kelahiran yang sebelumnya.
• Adakah kandungan sekarang mempunyai sebarang masalah atau komplikasi?
• Berapa bilangan anak yang diinginkan? Risiko buat seorang ibu akan meningkat sekiranya bersalin secara pembedahan, dan sekiranya seseorang berhasrat memiliki anak yang ramai, sebaiknya elakkan pembedahan caesarean.
Doktor perlukan intraoperative notes( apa yang berlaku semasa caesar) untuk membolehkan keputusan bersalin secara normal atau tidak dibuat dengan teliti.
Intraoperative notes ini biasanya diserahkan oleh doktor yang melakukan pembedahan tersebut.
Ibu-ibu akan diberikan kaunseling ini ketika kandungan berusia 34-36 minggu. Tidak terlalu awal, dan tidak terlalu lewat.
Selepas menjalani satu pembedahan caesar, tiga dari empat wanita dengan kehamilan yang tidak bermasalah boleh bersalin secara normal.
Faktor yang meningkatkan kejayaan bersalin secara normal. 1. Pernah melahirkan secara normal, sebelum atau selepas pembedahan caesar.( 9 dari 10 wanita).
2. Sakit bersalin datang secara semulajadi.
3. BMI ibu kurang dari 30.
|
Kelebihan bersalin secara normal selepas satu pembedahan Caesar. 1. Komplikasi dibandingkan dengan caesar sangat kurang.
2. Peratusan kejayaan untuk bersalin normal kehamilan berikutnya tinggi.
3. Pemulihan menjadi cepat, boleh kembali melakukan aktiviti harian dengan mudah.
4. Ditahan wad untuk tempoh sekejap sahaja. 5. Mudah untuk mula menyusukan anak. 6. Risiko pembedahan dapat dielakkan. 7. Bayi kurang risiko masalah pernafasan.
Keburukan bersalin secara normal selepas satu pembedahan caesar. 1. Mungkin terpaksa emergency caesar ketika cuba bersalin normal. Hal ini berlaku kepada 25 dari 100 orang wanita. Pembedahan caesar yang dilakukan secara kecemasan menyebabkan risiko lebih tinggi jika dibandingkan dengan pembedahan yang dirancang.
2. Rahim pecah. Berlaku kepada 1 dari 200 orang wanita. Risiko ini meningkat 2 hingga 3 kali ganda jika induce. Sekiranya terdapat tanda-tanda bahaya yang menandakan rahim berkemungkinan pecah, pembedahan caesarean akan segera dilakukan.
3. Mungkin ada koyakkan bersalin yang teruk pada vagina.
Keadaan tidak dinasihatkan bersalin secara normal selepas pembedahan Caesar.
|
1. Ada dua atau lebih pembedahan caesarean. 2. Rahim pernah pecah semasa kehamilan sebelumnya.
3. Pembedahan caesar sebelum ini melibatkan pemotongan di bahagian atas rahim( classical lscs).
4. Kehamilan sekarang ada masalah, dan tidak sesuai untuk bersalin normal.
Kelebihan bersalin secara ERCS 1. Risiko rahim pecah kecil – 1 dalam 1000 2. Ibu boleh merancang tarikh untuk bersalin. 1 dalam 10 wanita berasa sakit bersalin sebelum tarikh yang dipilih ini.
Keburukkan bersalin secara ERCS
1. Mengambil masa yang lebih lama dari pembedahan caesar yang pernah dibuat sebelum ini. 2. Jangkitan kuman. 3. Senang terkena darah beku di kaki dan pulmonary embolism.
4. Mengambil masa yang agak lama untuk pulih dan memerlukan bantuan untuk bergerak.
5. Sekiranya pernah menjalani dua pembedahan, kehamilan berikutnya memang akan dinasihatkan untuk caesar. Lagi banyak caesar dilakukan, lagi tinggi risiko uri melekat masuk dalam rahim( placenta accreta). Kalau hal ini terjadi, pendarahan terlampau banyak akan berlaku dan rahim mungkin terpaksa dibuang.
6. Risiko bayi terluka akibat terkena pisau pembedahan, 2 dalam 100.
7. Masalah pernafasan pada bayi, selalunya sekejap sahaja. 5 dalam 100 bayi yg lahir secara caesar pada 39 minggu kehamilan akan mengalami masalah pernafasan, jika dibandingkan 2 dalam 100 untuk bayi yang lahir secara normal. Kalau bayi yang lahir secara caesar lebih awal dari 39 minggu, masalah pernafasan bayi lagi kerap berlaku – 6 dalam 100 jika dilahirkan pada 38 minggu.
|
Semoga penjelasan ini sedikit sebanyak membantu anda. Bincang dengan doktor yang mana pilihan terbaik. Doktor tidak boleh membuat keputusan untuk anda. Doktor hanya membantu anda membuat keputusan. Yang perlu buat keputusan itu adalah anda sendiri. |
TAHUKAH ANDA?
1. Kanser serviks atau kanser pangkal rahim merangkumi 12 % dari semua kanser wanita di Malaysia, iaitu kanser ketiga tertinggi selepas kanser payudara dan kolon. Kanser servik boleh dicegah melalui pelalian HPV.
2. Jangkitan HPV penyebab utama kanser serviks. Vaksin HPV merangsang sistem imun badan untuk menghalang jangkitan ini, namun kesan optimum diperoleh oleh wanita yang belum terdedah kepada hubungan seks.
3. Pap smear ialah saringan terbaik dan paling berkesan untuk setiap wanita bagi mencegah diri dari kanser serviks.
Sumber: Hospital UMRA
Simptom gangguan tidur atau( Insomnia):
1. Penat dan mengantuk sepanjang hari.
2. Mempunyai masalah untuk fokus di tempat kerja atau sekolah.
3. Mengalami sakit kepala selepas bangun tidur.
4. Berat badan berlebihan.
Sumber: HospitalUMRA
|