al-Siha : May 2018 (Issue 2) | Page 24

24 al-Siha | MEI, 2018 TENTANG WANITA Ketumbuhan cyst sebesar kepala bayi • Dermoid cyst tidak mengganggu kesuburan • Dermoid cyst mengandungi beberapa tisu seperti kulit, rambut, dan gigi OLEH PUTRA MOKHTER D ERMOID Ovarian Cyst (DOC) bukan ketumbuhan biasa, malah digeruni kaum wanita seluruh dunia kerana ia boleh mengganggu keseluruhan sistem reproduksi. Nor Zakiah Abdul Razak, 46, di diagnos menghidap DOC saat berusia 26 tahun, sebulan sebelum perkahwinannya memang satu peristiwa yang tidak mungkin dilupakan, meskipun sudah 20 tahun berlalu. Menjangkakan ia cuma 'appendix' pada awalnya, namun mengalami sakit yang selalu berulang menyebabkan dia membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Ipoh. “Doktor memberitahu saya mempunyai 'appendix' tetapi tidak teruk, pada masa sama saya disaran untuk dirujuk kepada pakar sakit puan. Selepas ultrasound, doktor mengesahkan cyst bersaiz lapan sentimeter tumbuh di bahagian kanan ovari”. Jelas Zakiah, simptom seperti sakit dibahagian perut sebenarnya sudah dialaminya sejak darjah 5 lagi. Namun, ketika itu, dia masih tidak mengambil berat perkara tersebut, terutama sakit ketika datang bulan dan menganggap itu sebagai sakit normal. “Semasa menuntut di universiti, saya mengalami masalah datang bulan yang tidak teratur. Kadangkala lewat dua hingga ke tiga bulan dan ada satu ketika, ia terlalu banyak”. “Memang mengejutkan kerana cyst pada ovari sebelah kanan itu bersaiz sebesar kepala bayi baru lahir. Namun, lebih memilukan, apabila doktor memberitahu bahawa ovari kiri turut ada ketumbuhan”. Ketumbuhan yang dikeluarkan dari kedua-dua bahagian ovarinya. Zakiah seorang wanita yang cekal dan kuat motivasi diri. “Ovari tidak dibuang, kerana saya masih belum berkahwin. Namun setelah berbincang dengan bakal suami, dia akur demi keselamatan saya dan menerima ketentuan ini”. Hasil pembedahan, sebanyak empat ketumbuhan dikeluarkan termasuk appendix. Keadaan itu mungkin akan merencatkan kehamilan dan Zakiah dinasihatkan agar tidak berputus asa serta terus mencuba, cuma jangan terlalu mengharap. FAKTA MENGENAI OVARIAN CYST 1 . Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) pula adalah jenis cyst yang menganggu kesuburan selain daripada cyst Endometriomas 2 . Hingga kini PCOS dipercayai tidak ada rawatan mahupun pembedahan untuk merawatnya 3 . PCOS terjadi apabila terdapat beberapa cyst yang kecil pada kilang telur ovari, kehadiran haid yang tidak teratur dan kadar kandungan hormon yang tinggi dalam darah 4 . Ovarian cyst yang normal akan membesar dan pecah untuk mengeluarkan ovum ketika ovulasi 5 . Functional cysts dan Cystadenomas adalah antara jenis cyst yang tidak mengganggu kesuburan 6 . Ovarian cyst boleh tumbuh kembali walaupun sudah dibuang secara pembedahan