MEI, 2018 | al-Siha
17
PENA PAKAR
DR. NORSHINAH KAMARUDIN
MBBS (Monash) MRCP (Edinburgh, UK)
Pakar Perubatan Dalaman dan Endokrin
Prince Court Medical Centre
ERAPA ramaikah
pesakit diabetes
Mellitus di
Malaysia?
Pertambahan pesakit di Malaysia,
malahan di seluruh Asia, amat
membimbangkan. Kini (kadar)
prevalence diabetes di Malaysia
ialah 18 %, iaitu 18 orang bagi
setiap 100 orang di Malaysia.
Risiko menghidap diabetes lebih
tinggi sekiranya ada sejarah ahli
keluarga, contoh ibu atau bapa
menghidap diabetes. Manakala,
pemeriksaan glukos pula, kini
sudah semakin mudah dilakukan
samada farmasi atau klinik, dan
keputusan pula boleh diperoleh
dalam tempoh 10 saat sahaja.
Tahap glukos yang normal
ialah 4.0 - 6.0 mmol/L (sebelum
makan); 4.4 - 7.7 mmol/L (2 jam
selepas makan). Pesakit diabetes
juga perlu mensasarkan tahap
glukos seperti di atas, dengan
rawatan ubatan sedia ada.
B
Apa tindakan yang perlu dibuat
sekiranya saya mengidap
Diabetes?
Pastikan anda diperiksa oleh
doktor setiap 2-3 bulan. Doktor
akan mengambil darah untuk
pemeriksaan keseluruhan sistem
organ, HBA1c dan kolesterol
(setiap 3-4 bulan) dan berbincang
dengan anda. Dapatkan alat
glukometer yang membolehkan
anda mendapat maklumat segera
berkaitan tahap glukos di rumah
pada bila-bila masa. Buku rekod
glukos perlu dibawa bersama
ke klinik supaya doktor atau
Diabetes Nurse dapat menasihati
anda dengan tepat.
Periksa dan rekod tahap glukos
anda setiap 2 hari. Pesakit yang
menggunakan insulin perlu
berpandukan pada tahap glukos
tersebut untuk meminda dos
insulin setiap 2 ke 3 hari. Bila
paras glukos menepati sasaran,
iaitu 4.0-6.0 mmol/L (sebelum
makan); 4.4-7.7 mmol/L (2 jam
selepas makan), anda perlu
kekalkan dos yang terkini.
Anda juga perlu buat
temujanji dan berbincang dengan
dietician atau pakar nutrisi,
diabetes Educator nurse, dan
pakar mata.
Mengambil ubatan
dan insulin.
Terdapat pelbagai kategori ubat
yang boleh diambil bersama atau
secara berasingan. Ubat suntikan
termasuk insulin dan kategori
GLP-1 agonist.
Adakah saya perlu memeriksa
tahap glukos (dalam darah) di
rumah?
Pemantauan glukos sendiri di
rumah amat penting untuk
memastikan tahap glukos dalam
darah terkawal sepanjang masa
dan sepanjang tahun.
Alat glukometer pula, kini
sudah mampu dibeli oleh setiap
pesakit. Semua bacaan mesti
dicatat di dalam buku rekod
(diari) dan dibawa ke klinik
untuk rawatan susulan selain
berbincang dengan doktor.
Senario diabetes
Kenapa ada pesakit diabetes
yang mengambil ubat
berlainan?
Pesakit berbeza dari segi
komposisi badan, berat bedan dan
metabolisme. Ini mempengaruhi
jenis ubatan yang diberi.
Doktor anda akan ubahsuai dos
ubat, tukar atau tambah ubat
berpandukan tahap glukos di
rumah. Pesakit diabetes yang
mengalami komplikasi jantung,
hati atau buah pinggang, diberi
kategori ubatan dan dos yang
mungkin berbeza dari pesakit
lain.
Apakah persediaan yang perlu
dititikberat oleh pesakit
sekiranya merancang untuk
melancong?
Insulin yang masih digunakan,
tidak perlu disimpan dalam
peti sejuk selama 4 minggu.
Ini memudahkan perjalanan
seseorang. Insulin yang akan
"Kini kadar (prevalence)
diabetes di Malaysia ialah
18 %, iaitu 18 orang
bagi setiap 100 orang
di Malaysia. Risiko
menghidap diabetes
lebih tinggi sekiranya
ada sejarah ahli keluarga,
contoh ibu atau bapa
menghidap diabetes."
digunakan selepas 4 minggu perlu
di simpan pada suhu 4 darjah
celcius, tetapi tidak boleh di sejuk
beku (freeze) kerana ini akan
merosakkan ubat insulin.
Insulin, jarum dan ubatan pil
juga perlu disimpan di dalam
beg (carry bag) dan bukan dalam
kargo. Makanan ringan dan air
perlu dibawa bersama sepanjang
masa untuk memastikan
hypoglisemia dapat diatasi
dengan segera sekiranya ianya
berlaku dalam perjalanan.
Adakah rakan di tempat kerja
/ sekolah perlu tahu saya
penghidap diabetes? Saya
segan penyakit saya diketahui
umum.
Ya. Rakan-rakan di sekolah, guru
dan rakan-rakan di tempat
kerja wajar dimaklum anda
menghidap diabetes. Diabetes
bukan penyakit berjangkit,
justeru tidak perlu rasa segan-silu
untuk memaklumkan kepada
rakan sejawat. Dalam situasi
hypoglisemia (gula rendah), rakan
perlu segera memberi bantuan
dalam bentuk minuman manis
atau makanan.
Simptom (tanda-tanda)
hypoglisemia ialah rasa pening,
pitam, berpeluh, rasa seram sejuk,
menggigil atau sakit kepala.
Apakah peranan keluarga?
Keluarga perlu memberi
sokongan penuh dan mendorong
pesakit untuk sentiasa mengawal
tahap gula di rumah dan
menyimpan rekod. Keluarga juga
perlu mendalami ilmu berkaitan
diabetes.
Suntikan insulin dan suntikan
GLP-1 agonist perlu dibuat
sendiri oleh pesakit kecuali
sekiranya pesakit telah uzur
atau amat tua. Pesakit diabetes
yang uzur atau sudah lanjut usia
(tua) perlu di awasi oleh ahli
keluarga atau penjaga sepanjang
masa, dan tidak wajar dibiarkan
berseorangan di rumah.