al-Siha : May 2018 (Issue 2) | Page 16

al-Siha | MEI, 2018 16 PENA PAKAR DR. TABASSUM KHAN Pengarah Urusan, AJ Pharma Holding Ketahui, bukan dipengaruhi: Menyanggah mitos & menerapkan kebenaran berkaitan vaksinasi AKLUMAT tidak tepat berkaitan perubatan yang tersebar luas di Internet dan media sosial telah menimbulkan rasa takut terhadap imunisasi dalam kalangan rakyat Malaysia. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, bilangan ibu bapa yang enggan mendapat vaksin untuk anak-anak mereka telah meningkat semenjak beberapa tahun kebelakangan ini. Berdasarkan data dari tahun 2016, pengaruh media sosial dan Internet adalah antara faktor utama penolakan vaksin dalam kalangan ibu bapa. Sempena Minggu Imunisasi Dunia yang menjelang tiba, pihak AJ Biologics Malaysia telah mengambil inisiatif untuk membincangkan isu-isu yang berkait rapat dengan punca penolakan vaksin dan bagaimana untuk mengubah beberapa tanggupan salah yang lazim dalam kalangan masyarakat. M MITOS #1: Vaksin menyebabkan autisme 20 tahun telah berlalu