MEI, 2018 | al-Siha
15
ISU
Pacemaker paling
kecil kini di IJN
Gambar: FB Negaraku
• Tidak memerlukan
pembedahan
• Mengembalikan
degupan jantung normal
OLEH NORZIRA SYARINI
EJAYAAN Institut Jantung
Negara (IJN) menjadi
hospital pertama di Asia
Pasifik dan di negara ini yang
memperkenalkan implan
Pacemaker (perentak jantung) Micra
Transcatheter Pacing System (TPS) terkecil
bersaiz sebesar kapsul vitamin begitu
membanggakan.
Bukan sekadar bersaiz kecil, malah berat
TPS ini cuma dua gram sahaja. Micra TPS
ini adalah pacemaker terbaharu keluaran
Medtronic yang dicipta untuk membantu
memulihkan kesihatan jantung.
Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Seri
Dr Mohd Azhari Yakub berkata, pacemaker
tersebut tidak memerlukan sebarang
pembedahan di bahagian dada pesakit
sebaliknya proses tersebut dilakukan
melalui urat femoral (paha) dengan torehan
paling minimum.
“Tiada wayar atau leads diperlukan
untuk menyambung pacemaker kepada
jantung, tetapi alat serampang tines akan
K
Pacemaker seberat dua gram, paling kecil
di Asia Pasifik.
digunakan bagi membolehkan ia menghantar
denyutan elektrik dan menetapkan kelajuan
jantung menerusi elektrod pada akhir
pacemaker.
“Penggunaan implan ini juga boleh
membantu mengembalikan degupan jantung
normal selain mengekalkan denyutan yang
sesuai agar jantung dapat mengepam darah
dengan baik sekaligus membekalkan oksigen
mencukupi buat pesakit.
Tambah beliau, pacemaker ini juga
berpotensi memberi faedah kepada lebih
sejuta pesakit di peringkat global setiap
tahun.
Mudah
pengsan
mungkin
tanda sakit
jantung
S
AKIT jantung boleh berlaku apabila pesakit mempunyai
masalah seperti tekanan darah tinggi, serangan jantung
atau kencing manis yang mencederakan otot jantung.
Menurut Perunding Kardiologi Pantai Hospital Kuala
Lumpur, Datuk Dr. Sanjiv Joshi, kerosakan yang berlaku
menyebabkan jantung sukar untuk mengepam atau
berdenyut seperti biasa.
DR Mohd Azhari memberi keterangan mengenai pacemaker terbaharu ini pada sidang
media di IJN.
Datuk Dr. Sanjiv Joshi, Perunding Pakar kardiologi Pantai
Hospital Kuala Lumpur.
Jelasnya, ramai yang tidak sedar, keadaan dimana
seseorang yang mudah pengsan, atau pengsan secara tiba-
tiba berkemungkinan mengalami masalah jantung.
“Pesakit juga mungkin mudah pitam, dan dalam
keadaan ini, doktor perlu memastikan terlebih dahulu
adakah pesakit benar-benar diserang sakit jantung dengan
melakukan beberapa ujian tertentu seperti pemeriksaan ECG
(electrocardiogram) dan pemeriksaan darah.
Jantung yang sihat berupaya mengepam 10,000 liter darah
sehari dan berdenyut kira-kira 100,000 kali sehari, iaitu
antara 60 hingga 80 kali seminit.
Tegasnya, simptom serangan jantung adalah berbeza
antara individu dan lazimnya seseorang akan berasa kurang
selesa, sakit bahagian tengah atau keseluruhan dada.
Tetapi ada juga pesakit yang tidak berasa sakit, cuma
sedikit kurang selesa di bahagian dada. Ada juga pesakit yang
tidak berasa sakit apa-apa, tiba-tiba rasa tercungap-cungap
dan sukar bernafas.
“Antara rawatan yang diberikan kepada pesakit, ialah
ubat untuk mencairkan darah dan pembedahan angioplasty,”
katanya.