MEI, 2018 | al-Siha
11
ISU
FOTO: AM_STUDIO
Jangan lakukan
senaman kerana
mahu tampil cantik
dan popular, kerana
ia tidak akan kekal
lama. Lakukan demi
kesihatan untuk
kebaikan masa
hadapan”. – Dr. Say
Jadi, saya lebih sarankan agar
mereka melakukan ‘weight
training’ untuk membakar lemak
dan kalori dalam tubuh”.
Seperti Dr. Say sendiri, selain
dari weight training, beliau turut
melakukan aktiviti berenang
untuk memastikan otot badannya
kekal 'fit' di bulan Ramadan.
“Saya lakukan ‘weight training’
setiap 2 kali sehari. Selebihnya
adalah masa saya untuk berehat.
Berehat bererti, saya lakukan
aktiviti sukan yang lebih
santai tetapi tinggi tahap
bebanannya, seperti berenang.
Jadi sepanjang Ramadhan
memang saya lebih banyak
menghabiskan masa untuk
berenang selepas berbuka”.
80% ADALAH
DARI PEMAKANAN
Senaman bukanlah faktor
utama untuk menurunkan
berat badan. Malah
hanya 20% sahaja faktor
senaman mempengaruhi
saiz badan seseorang.
80% adalah tertumpu
kepada faktor
pemakanan yang sihat
dan seimbang. Menurut
Dr. Say, masyarakat
hari ini begitu taksub
dengan pelan diet yang
dicadangkan kepada
mereka.
“Saya langsung
tidak percaya dengan
keberkesanan sesebuah
pelan diet itu untuk menjadikan
anda seorang yang sihat kerana
ia lebih memfokuskan kepada
bentuk badan yang diidamkan
oleh pengamalnya. Dari sudut
negatifnya, apabila seseorang
itu sudah mencapai bentuk
badan yang mereka inginkan,
peratusan untuk mereka kembali
kepada tabiat lama amat tinggi.
Seperti yang saya katakan, ia
lebih kepada psikologi terhadap
kepuasan diri sendiri. Mengenai
aspek pemakanan, saya sarankan
kepada mereka yang obesiti, usah
tertipu dengan pelan diet, malah
ubah gaya pemakanan yang sihat
secara keseluruhan dan bukan
untuk jangka masa pendek. Pilih
makanan yang sihat dan jauhi
makanan segera dan diproses”.
JALAN SINGKAT
UNTUK KURUS
Hari ini ramai yang mahu
mengambil ‘jalan singkat’
untuk menurunkan berat badan.
Menurut Dr. Say, sikap ini tidak
mendatangkan faedah kepada
mereka yang menggunakan cara
mudah untuk tampil cantik,
malahan, ia akan memberi kesan
yang memudaratkan pada masa
akan datang.
“Perkara pertama yang harus
mereka tahu adalah senaman
merupakan proses yang panjang.
Ramai orang kita mahu kurus
dengan cepat. Kalau dalam masa
sebulan badan tidak turun 5
kg, terus kecewa dan putus asa
untuk kurus. Untuk pengetahuan,
kadar normal adalah seminggu
bersamaan 1 kg. Maksudnya,
SIAPA DR SAY?
• Lahir pada 17
Oktober 1988.
• Belajar kursus
perubatan di
Bangalore, India
selama 5 tahun di
bawah pengurusan
MSU.
• Menjadi popular
di kalangan rakyat
Malaysia kerana
memiliki wajah yang
tampan, badan yang
segak dan bekerjaya
sebagai seorang doktor.
• Menjadi pengacara
bagi program
My Doctors yang
disiarkan di Astro
Ria.
• Kini, Dr. Say
bergiat aktif dalam
menyuarakan
pandangan melalui
program motivasi dan
kempen kesedaran
tentang kesihatan.
untuk cara yang sihat dan normal,
optimumnya adalah sebulan
bersamaan 4 kg. Bagi mereka yang
menurunkan berat badan lebih
cepat dari itu kerana mengambil
supplement mahupun suntikan,
saiz badan yang kurus tidak tahan
lama. Situasi ini berlaku kerana
apabila mereka sudah mendapat
saiz badan yang diidamkan, dan
sudah mula mengurangkan
diet, maka saiz badan akan
membesar dengan cepat kerana
tubuh mereka masih lagi tidak
biasa dengan perubahan yang
mendadak. Jangan percaya
dengan mana-mana produk yang
menjanjikan propaganda kosong
kononnya boleh mengurangkan
20 kg dalam masa seminggu
ataupun sebaliknya, kerana
itu semua bertujuan mengaut
keuntungan sendiri”.
“Obesiti tidak sihat. Jika
diberi pilihan kepada saya untuk
marah atau kasihan kepada
mereka yang berbadan besar,
saya pilih untuk marah. Bukan
kerana menghina atau mengejek,
tetapi kerana mereka ini tidak
berusaha untuk menukar corak
hidup ke arah yang lebih sihat.
Ramai yang memberi alasan
genetik. Sedangkan, banyak cara
dan alternatif yang boleh mereka
amalkan untuk menurunkan
berat badan. Saya percaya
masih ada segelintir kelompok
masyarakat yang selesa berbadan
besar. Kata mereka, bahagia
dalam keadaan sebegitu. Tahukah
anda obesiti boleh menganggu
kesuburan? Sesiapa yang
menghidap obesiti, terutamanya
lelak, berisiko tinggi untuk
mengalami Erectile Dysfunction
(ED), mati pucuk.
Bagi wanita pula, obesiti
boleh menghasilkan cyst yang
merencatkan fungsi ovari, dan
menyebabkan ia tidak berfungsi
dengan baik. Jadi apa lagi alasan
anda untuk tidak mengubah corak
hidup kepada yang lebih sihat dan
berkualiti? Usah salah kan bulan
Ramadan yang hadir cuma sekali
setahun, usah juga