al-Siha : May 2018 (Issue 2) | Page 10

al-Siha | MEI, 2018 10 ISU OBESITI SELEPAS RAMADAN! P astinya ramai yang menghela nafas lega kononnya visi untuk menguruskan badan akan tercapai terutama di bulan Ramadan. Benar, ada individu yang hilang berkilo-kilo berat badannya sepanjang ramadan, tetapi tidak kurang juga dengan mereka yang berat badannya semakin meningkat hari demi hari. Ikuti perkongsian dari penghias akhbar al-Siha, Dr. Shazril Shaharuddin yang lebih dikenali sebagai Dr. Say ini tentang penjagaan kesihatan dan kecergasan demi mengelakkan obesiti selepas Ramadan. OLEH PUTRA MOKHTER [email protected] FOTO AM_STUDIO [email protected] S ENAMAN SEBELUM ATAU SELEPAS BERBUKA? “Waktu terbaik untuk bersenam di bulan Ramadan adalah selepas berbuka. Untuk kesan yang efektif, elak berbuka dengan juadah berat seperti nasi dan sebaiknya berbuka dengan kurma dan air. Senaman boleh dilakukan selepas menunaikan solat terawih. Masa yang terbaik untuk menjamah juadah yang dibeli adalah selepas senaman. Ini dapat menyeimbangkan tubuh badan dan mengelakkan kita dari dehidrasi”. Senaman selepas sahur adalah tidak disarankan kerana bimbang tubuh akan berada dalam keadaan dehidrasi yang teruk dan akhirnya badan mulai lemah. “Ramai yang menganggap bahawa selepas sahur adalah waktu yang paling bagus untuk bers