al-Siha | MEI, 2018
12
ISU OBESITI
“SAYA hanya mengamalkan pengambilan
oat pada waktu pagi dan malam selain ke
gimnasium dan mengikut pelan pemakanan
yang betul daripada jurulatih. Hasilnya saya
hilang sebanyak 96 kilogram dalam masa 5
tahun. Semuanya bermula dari diri sendiri,
jika saya boleh, anda juga pasti boleh!".
IZZAT ZIN “SANGAT susah mencari baju yang sesuai,
bahkan pergerakan juga sangat terbatas.
Saya mengambil keputusan untuk berubah
dengan menyertai program JK1M, dibawah
bimbingan jurulatih Hisyamuddin Siddiq.
Akhirnya saya hilang 70 kilogram tanpa
sebarang suplemen. Tiada yang mustahil,
jangan mengalah dan usaha selagi kita
belum sampai ke penamat".
Jurulatih Kecergasan dan Zumba
Berat dahulu: 140kg | Berat sekarang: 84kg MUHAMAD HAIZAD ZOLPANI
Kakitangan Kerajaan
Berat dahulu: 150kg | Berat sekarang: 80 kg
“SAYA juga selalu menjadi bahan ejekkan
kawan-kawan. Terutamanya ketika naik
kenderaan awam. Gemuk, berbau, pingul
besar, dan budak duduk dua kerusi, ini
gelaran yang diberikan. Kesannya, saya
menjadi kurang yakin dan tidak bergaul.
Penyakit pula datang satu persatu. Saya
menyertai program JK1M selama enam
mingu dan belajar tentang senaman dan
pemakanan. Saya kerap ke gimnasium dan
melakukan senaman kardio hampir setahun.
Kesannya, saya hilang 30 kilogram dalam
masa 15 bulan".
MUHAMMAD RAMDAN A. BAKAR
“WALAPUN saya sudah berjaya menurunkan
31 kg dalam masa enam bulan, tetapi saya
belum mencapai berat badan yang ideal
dan masih berusaha. Apabila berat badan
berkurang, pergerakan menjadi lebih mudah
dan saya bebas melakukan aktiviti lasak
seperti mendaki gunung, bersukan dan
membawa anak-anak beriadah. Sekurang-
kurangnya tiga kali seminggu. Diet yang
sihat, adalah diet yang istiqomah".
MOHAMAD AZIZI ABDUL RAHMAN
Pembantu Tadbir di Padiberas Nasional
Berhad (BERNAS)
Berat dahulu: 133.5kg | Berat sekarang: 102.5kg
Eksekutif Jualan
Berat dahulu: 125 kg | Berat sekarang: 80kg
“KALAU berkawan dengan Anum, pastinya
kita akan gemuk juga. Ini ejekan yang tidak
akan saya lupakan. Malu sungguh waktu
itu dan saya tekad untuk berubah. Saya
menyertai program Jom Kurus 1 Malaysia
(JK1M) dan juga aktiviti berbasikal (RPM)
dan berjaya hilang 30 kilogram dalam masa
6 bulan. Tetapkan matlamat dan teruskan
usaha mencari jalan untuk berubah".
AZIZATIL ANUM OMAR “SAYA dihina dan digelar ‘hyppo’ oleh
rakan-rakan dan saudara-mara. Namun,
kritikan dan penghinaan saya jadikan
motivasi untuk hilangkan berat badan
sebanyak 52 kilogram setakat ini. Kawal cara
makan dan sentiasa lakukan senaman serta
merujuk pada yang pakar bagi mengelakkan
kesalahan. Untuk kesan yang lebih efektif,
lakukan senaman secara beramai-ramai
supaya sentiasa bersemangat. Jika mahu
diet, mental harus kuat".
Eksekutif IT dan Jurulatih Aerobik
Berat dahulu: 110kg | Berat sekarang: 80kg MOHD HAIRI JAMALUDDIN
Penyelia Tapak Elektrik
Berat dahulu: 160kg | Berat sekarang: 108kg
“DULU lebih kepada ‘tak kisah’. Bagi saya,
alang-alang dah besar, biarkan sahaja. Bagi
saya, memiliki saiz badan yang besar ada
kelebihannya, walhal banyak masalah pula.
Antaranya, ketika menaiki pengangkutan
awam seperti LRT. Kerusi yang ada sangat
kecil untuk saya dan terpaksa duduk
melebihi orang biasa. Saya juga mengalami
kesukaran bernafas ketika tidur.
“Kalau hendak melihat anak membesar,
kurangkanlah berat badan,” kata-kata doktor
ini mengubah segalanya dan saya tekad
untuk menjadi ayah yang lebih sihat, cergas
serta menjadi contoh kepada anak-anak.
Saya berjaya kurangkan 107 kilogram dalam
masa 3 tahun”.
Tip
dari 20
individu
berjaya
kurus
SYED MUSTAQIM SYED YUSOFF
Syarikat IT
Berat dahulu: 191kg | Berat sekarang: 84kg
“SAYA memang tidak mengamalkan
sebarang suplemen kerana saya
menghidap hipertensi dan diabetes. Jadi,
saya hanya menjaga kualiti senaman dan
mengawal pemakanan. Pada awalnya, saya
tidak mengambil nasi, roti, mee dan gula.
Saya lebihkan pengambilan buah-buahan
sebagai snek. Hingga ke hari ini, saya masih
mengawal kadar gula dan garam dan
kurang mengambil makanan segera dan
yang diproses”. “SELALU migrain dan disahkan tekanan
darah saya tinggi iaitu 170/100. Perkara
ini membuat saya tersentak dan mula
memikirkan nasib anak-anak sekiranya
berlaku apa-apa kepada saya. Saya dinasihati
doktor supaya menurunkan berat badan
dan mengamalkan hidup sihat. Sejak
januari 2017 hingga sekarang saya hilang 32
kilogram. Masalah sakit lutut yang dialami
membuatkan saya lebih bersemangat untuk
kurus”.
JAMUSYAHIDA MOHAMMAD WAN NURAZLEENA BT WAN
MOHAMAD NAWAWI
Pembantu IT di DHL IT Services Cyberjaya
Berat dahulu: 125kg| Berat sekarang: 78kg
Cheras, Eksekutif Senior
Berat dahulu: 85kg| Berat sekarang: 53kg
“MUNGKIN cerita saya sedikit berbeza daripada mereka
yang pernah menurunkan badan. Benarlah kata orang,
perjalanan hidup ini seperti ombak di lautan, ada pasang
surutnya. Pernah mempunyai berat badan 220 kilogram
pada awal Januari 2014, dan dengan bersenam, mengawal
pemakanan dan menyertai program JK1M, saya berjaya
turun sebanyak 95 kilogram pada Jun 2015. Namun,
dek mengidam kek setiap hari, berat saya kemudian
meningkat sebanyak 135 kilogram. Pengalaman lampau
menyedarkan saya untuk kembali aktif bersenam dan
mengawal pemakanan, terutamanya pengambilan gula.
Kini saya 120 kg dan bagi saya 120 kg hari ini adalah
lebih baik dari 120 kg yang dahulu kerana badan saya
sudah mula berotot dan lebih tegap. Kesilapan adalah
pengajaran paling terbaik. Apa yang penting, jangan
kembali kepada berat asal”.
MUHAMMAD AIZAT ABDUL RAZAK
Perunding Perniagaan di Startlah Innovation PLT
Berat dahulu: 220kg | Berat sekarang: 120kg