januari, 2019 | al-Siha
JOM SIHAT
Nasi punca gemuk?
Majoriti rakyat Malaysia makan nasi
sebanyak dua atau tiga kali sehari
tinggi serat. Hal ini kerana, pen-
gambilan serat yang wajib diambil
adalah 20 hingga 30gm sehari. Dan
sekiranya anda anti-karbohidrat,
tentulah pengambilam serat anda
tidak mencukupi,”katanya.
KELEBIHAN SERAT
Kita
disarankan
mengambil
50 hingga
65 peratus
karbohidrat
dalam diet
harian.
Oleh Norzira Syarini
Mohammed Pauzi
N
asi adalah salah satu
sumber karbohidrat
utama bagi rakyat
Malaysia. B oleh
dikatakan majoriti
ra kyat Ma l ay s i a
makan nasi sebanyak dua atau tiga
kali sehari.
Menurut Pakar Pemakanan Aka-
demi AAA Visio, Surainee Wahab,
nasi merupakan sumber karbohidrat
yang rendah kalori.
“Satu senduk nasi putih kosong
bersamaan dengan 100 kalori. Kand-
ungan jauh lebih rendah berban-ding
nasi lemak, nasi goreng atau nasi
briyani,”katanya.
Tambah beliau, di Malaysia trend
pengambilan makanan berkabohi-
drat sebenarnya semakin menurun.
“Sekiranya benar nasi punca
kegemukan, pastilah trend kegemu-
kan akan menurun selari dengan
penurunan pengambilan makanan
berkabohidrat.
ditambah dalam makanan semasa
penyediaan atau pemprosesan
makanan. Contohnya, gula yang
ditambah dalam minuman. Gula
yang ditambah dalam makanan
semasa memasak atau menghidang
makanan, ditambah semasa pem-
prosesan makanan,”katanya.
Biasanya industri menggunakan
gula dalam bentuk sirap jagung atau
sirap jagung fruktosa tinggi.
“Gula dalam minuman ringan,
gula dalam kuih muih, gula dalam
susu pekat manis. Pada tahun 2007
Malaysia negara yang kedua paling
banyak menggunakan gula selepas
US iaitu 48.7kg setahun untuk
seorang individu,”katanya.
Kajian di Lembah Klang juga
mendapati penggunaan gula adalah
sebanyak 9 sudu teh sehari untuk
setiap seorang.
“Kita disarankan mengambil
50 hingga 65 peratus karbohidrat
dalam diet harian. Daripada saranan
itu, 50 peratus adalah dari sumber
Selain daripada gula, serat juga
adalah kumpulan makanan yang
berkabohidrat. Sekiranya anda
tidak mengambil karbohidrat, tentu
pengambilan serat tidak mencukupi.
“Serat sangat kritikal dalam
pencegahan pelbagai penyakit
kronik. Pengambilan serat yang
mencukupi penting untuk mencegah
pelbagai penyakit kronik seperti
penyakit jantung, darah tinggi dan
kanser.
Jelasnya, serat juga penting untuk
menstabilkan gula dalam darah serta
mengawal berat badan.
“Serat juga penting untuk sistem
pembuangan dan juga pembuangan
sisa-sisa dan toksin dalam badan.
Tambah beliau, seseorang
yang mengamalkan diet kurang
karbohidrat, sebahagian besarnya
mengurangkan makanan dalam
kumpulan gula bebas.
“Memang akan berlaku penguran-
gan berat badan. Sebab pengambilan
gula bebas ini yang menyebabkan
berlakunya lebihan kalori. Tetapi
ingat, untuk jangkamasa panjang
anda harus mengambil serat yang
mencukupi. Sasarkan 20 hingga
30gm sehari.
Serat yang tidak mencukupi
boleh menyebabkan peningkatan
risiko serangan jantung dan berat
badan berlebihan. Lebih-lebih
lagi jika anda hanya mengamalkan
pengambilan protein yang tinggi
kandungan lemak dan kolestrol.
— al-Siha
Kajian MANS 2014
GULA RINGKAS
MEMUDARATKAN JENIS GULA RINGKAS Minuman berkarbonat 45.7%
Karbohidrat terbahagi kepada tiga
jenisiaitu gula ringkas, kanji dan
serat. Masalah yang kita hadapi
sekarang adalah pengambilan gula
ringkas dalam kategori gula bebas.
“Gula bebas ini adalah gula yang Susu pekat manis 51.3%
Minuman bermalta ( bersusu atau bergula) 59.1%
Minum teh samada susu atau gula 70.4%
Kuih muih tempatan 79.9%
PERATUS(%)
15
Diet pesakit gout
Gout berlaku apabila terdapat lebihan asid urik
dlm darah membentuk kristal pada sendi-sendi.
Menurut Pakar Pemakanan Akademi AAA
Visio, Surainee Wahab, Asid urik terhasil daripada
makanan yang tinggi kandungan purin. Purin juga
terhasil secara semulajadi dalam badan, tetapi
boleh didapati dalam sesetengah makanan.
Makanan Pencetus Serangan Gout
1. Organ dalaman haiwan seperti hati, limpa,
paru, perut, jantung dan banyak lagi.
2. Daging merah.
3. Makanan laut seperti udang, mussel, lobster
dan banyak lagi.
4. Alkohol dan bir.
5. Gula ringkas yang terdapat dalam minuman
ringan.
Makanan perlu elak ( bagi pesakit gout)
1. Organ dalaman haiwan.
2. Daging merah seperti daging lembu, kambing
dan daging babi.
3. Makanan laut seperti udang, kerang, sotong,
scallops, clams, ikan sardin, tuna.
4. Makanan dan minuman manis.
5. Buah yang tinggi fruktose seperti epal,
pir, anggur, tembikai, kurma( sekiranya
tiada serangan, boleh ambil dalam kuantiti
sederhana).
Makanan yang perlu dihadkan pengambilan
1. Jus buah-buahan walaupun tanpa gula.
2. Roti putih, produk bakeri, nasi putih, biskut.
Makanan disarankan
1. Ayam( bahagian kurang lemak).
2. Lentil seperti dal, kacang soya, kacang hitam.
3. Pisang
4. Oat
5. Beras perang
6. Buah-buahan dua hidangan setiap hari
7. Sayur-sayuran. Kajian mendapati walaupun
sesetengah sayur tinggi kandungan purin
tetapi ianya tidak meningkatkan risiko
serangan gout.
8. Minum kopi ( tanpa gula).
Saranan Utama
1. Kurangkan berat badan jika berlebihan berat
badan
2. Bersenam secara teratur. Lari sekurang-
kurangnya 6km setiap hari mengurangkan 50
peratus risiko gout.
3. Makan makanan tinggi serat seperti oat,
beras perang, lentil.
4. Minum banyak air kosong.
5. Kurangkan makanan tinggi lemak tepu seperti
daging, kulit ayam, organ dalaman, makanan
bersantan dan makanan bergoreng.
6. Sumber protein pilih yg kurang lemak, produk
tenusu rendah lemak dan lentil seperti kacang
dal, soya, kacang hitam dan lain-lain.