al-Siha : January 2019 | Page 16

16 al-Siha | januari, 2019 TENTANG WANITA Dihina kerana vitiligo Vitiligo atau sopak adalah penyakit kulit yang dihidapi oleh 0.5 hingga 2 peratus penduduk dunia. Ia merupakan masalah pigmentasi kulit yang menyebabkan tompok-tompok putih di bahagian badan dengan sebaran secara simetri pada kulit manusia Kepada mereka yang mengalami penyakit vitiligo, usah malu keluar dari kepompong anda dan lakukan segala hal yang anda inginkan dengan bebas!” Oleh PUTRA MOKHTER D iejek dan dipandang pelik oleh orang ramai kerana vitiligo atau sopak, inilah pengalaman hidup yang terpaksa dilalui oleh Sonya Danita Charles, 25 tahun. “Ketika berusia 8 tahun saya mendapati hanya ada satu tompok kecil sahaja di bahagian muka. Jadi, saya dan keluarga menganggap ia sekadar panau biasa. Tetapi lama-kelamaan ‘tompok merebak ke seluruh badan termasuklah pada bahagian mata, telinga dan tangan,” katanya. HALANGAN Menurut Sonya, keadaan tersebut menye- babkan keyakinan dirinya berkurang selain malu untuk berhadapan dengan masyara- kat sekeliling terutama ketika di bangku sekolah. “Saya pernah digelar sebagai anjing kurap dan gelaran ini membuatkan saya kerap menangis dan tidak termotivasi untuk ke sekolah kerana tidak sanggup menahan hinaan mereka. Tambah Sonya, pada awalnya dia ter- paksa memakai baju yang boleh menutup bahagian lengan dan tangannya kerana rasa malu selain memikirkan stigma masyarakat sekeliling. “Ada antara mereka yang fikir saya disim- bah asid atau terlibat kebakaran,”katanya. Sonya Danita Charles kerap menghiasi helaian majalah fesyen kerana keunikan yang dimilikinya. dari melakukan semua rawatan, dan hanya mengambil suplemen biasa seperti vitamin C dan B-Complex selain suntikan melato- nin,” katanya. PANDANGAN BERBEZA RAWATAN “Saya telah mencuba pelbagai jenis rawatan dan pernah menemui pakar kulit, tetapi kami mendapati bahawa suntikan yang diberi mengandungi steroid dan tidak bagus untuk badan. Saya juga pernah mencuba rawatan pancaran sinar UV yang dipanggil light therapy tetapi keadaan kulit semakin teruk dan akhirnya saya berhenti • Satu perdua (1/2) pesakit menghidap penyakit ini sebelum berumur 20 tahun dan satu pertiga (1/3) pesakit mempunyai sejarah keluarga yang positif. • Vitiligo dikaitkan dengan penyakit autoimun seperti diabetes mellitus, tiroid, pernicious anemia dan penyakit Addison. • Terdapat lima jenis vitiligo: Umum (Generalized), Setempat (Local), Bersegmen (Segmental), Acrofacial dan Umum (Universal). Perspektif pakar mengenai vitiligo W arna kulit memainkan peranan penting bagi seseorang yang menghidap vitiligo. Negara Afrika mempunyai peratusan yang tinggi iaitu 3.4 peratus penghidap vitiligo, dimana 30 peratus adalah disebabkan faktor genetik. Menurut Pakar Dermatologi Pusat Berubatan Prince Court, Dr. Guru Ratnavelu (gambar), vitiligo adalah penyakit yang tidak boleh disembuhkan atau dibaikpulih namun masih boleh dirawat. Bermula dengan satu tompok kecil dan semakin besar sehingga ke seluruh anggota badan. “Proses perkembangannya tidak agresif dan agak lambat kerana ia memakan masa bertahun untuk merebak ke seluruh badan,”katanya. Tambah Dr. Guru, salah satu sebab terjadinya vitiligo ini adalah apabila seseorang itu memiliki banyak pigments melanin dan juga mempunyai masalah dengan sistem imun badan. Kisah hidup Sonya berubah selepas melan- jutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dalam bidang fesyen dan perniagaan. “Pandangan masyarakat negara tersebut agak berbeza dimana keadaan saya diang- gap unik. Apa yang lebih mengujakan, saya dianggap seperti manusia lain dan normal. Semenjak dari itu saya mula berani mengenakan pakaian yang tidak menutupi lengan selain turut berani untuk berada di hadapan khalayak ramai. Sesungguhnya saya lebih menghargai apa yang saya ada,” katanya. KARIER MODEL Siapa sangka, Sonya yang bekerja sebagai pengurus pemasaran ini mempunyai minat yang mendalam dalam dunia permodelan, malah wajahnya kerap menghiasi helaian majalah fesyen kerana keunikan yang dimilikinya. “Ini membuktikan bahawa setiap manu- sia itu memiliki keunikan masing-masing yang harus disyukuri. Katanya, meskipun ragu-ragu untuk menceburkan diri dalam bidang ini pada awalnya, namun sokongan kuat dari kelu- arga dan rakan-rakan, membuatkan Sonya begitu bersemangat dan tidak sangka sudah hampir setahun menceburkan diri dalam bidang ini. “Penerimaan masyarakat juga sangat positif. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang menghargai keunikan yang ada pada diri saya,” katanya. NASIHAT “Kepada mereka yang mengalami penyakit vitiligo seperti saya, usah malu untuk berada di hadapan orang ramai, malah keadaan kulit ini menjadikan kita lebih unik dan harus berasa bangga dengannya. Keluar dari kepompong anda dan lakukan segala hal yang anda inginkan dengan bebas!,” katanya. — al-Siha