14
al-Siha | JANUARI, 2019
ANAK OH ANAK!
Waspada kecederaan
terbakar dan melecur
Kecederaan yang boleh
menyebabkan kecacatan
sepanjang hayat
90
PERATUS kemalan-
gan terbakar atau
melecur melibatkan
kanak-kanak ber-
laku di rumah.
Menurut Pakar Perunding
Bedah Pediatrik dan Timbalan Ketua Jabatan Bedah Pedi-
atrik Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur, Dr.
Mohd Yusof Abdullah (gambar), data kemasukan kanak-
kanak ke wad kebakaran di Institut Pediatrik di Lembah
Klang, Negeri Sembilan, dan Selatan Perak masing-masing
menunjukkan peningkatan.
“Sebelum 2010, kemasukan mencatatkan bawah 100
orang, namun jumlah tersebut dilihat semakin bertambah
pada tahun 2016, seramai 163 orang,” katanya.
Tambah beliau, data terbaharu dari hospital Melaka
menunjukkan 56 orang kanak-kanak dimasukkan ke wad
berkenaan pada tahun 2018 setakat ini.
bertujuan menekan parut dan
mengelakkan parut tebal.
“Keadaan cuaca panas
menyebabkan ketidakselesaan
yang adakalanya menyebabkan
kegatalan dan luka, hal ini
mendorong kecederaan sukar
sembuh,"katanya.
Jelas beliau, penjagaan luka yang
melibatkan sendi seperti leher dan ketiak, perlu
diberikan lebih perhatian.
“Apabila berlaku contracture, pesakit akan dirujuk ke
bahagian pembedahan plastik bagi mendapatkan rawatan
lanjut,” jelasnya.
JANGAN LETAK BENDA ASING
Dari kajian yang dijalankan, masih ada segelintir
masyarakat yang meletakkan benda asing selepas insiden
seperti kicap, ubat gigi, putih telur, tepung, jeli gamat dan
sebagainya.
Terbakar
tahap 3.
Terbakar
tahap 2.
Terbakar
tahap 1.
Tindakan me-
letakkan benda asing
sebenarnya boleh menjadi punca
jangkitan, luka lebih dalam dan memanjangkan lagi proses
rawatan.
“Orang ramai dinasihatkan supaya hanya membasah-
kan anggota terlibat dengan air paip selama 10 hingga 15
minit bagi tujuan menghilangkan haba, kemudian balut
dengan clean wrap dan bawa anak-anak ke hospital dengan
segera. — al-Siha
Apa yang anda perlu tahu?
Khatan bayi perempuan
PUNCA KES
Jelas Dr Yusof, kes seumpama ini secara amnya boleh dielak
dan dikurangkan. Namun, atas faktor sosioekonomi, me-
ningkatkan lagi risiko kejadian yang tidak diingini ini berlaku.
“Keadaan rumah yang kecil, sempit dan ruang yang
terhad menyebabkan ibu atau bapa terpaksa mendidihkan
air menggunakan cerek elektrik di lantai, dan kawasan
tersebut mudah di capai oleh kanak-kanak,” katanya.
OLEH NURUL FADHLIN
CHE ISMAIL
I
RAWATAN PENYEMBUHAN
Kecederaan yang dialami berpotensi untuk sembuh,
namun bergantung kepada jenis kecederaan.
“Terkena minyak panas, terbakar, biasanya mengambil
masa yang lebih lama untuk sembuh.
Jelas beliau, kulit mempunyai dua lapisan, iaitu epider-
mis dan dermis. Kecederaan disebabkan oleh air panas
biasanya melibatkan epidermis, dan mengambil masa satu
hingga dua minggu untuk sembuh.
“Tetapi sekiranya kecederaan melibatkan dermis pula
mengambil masa dua minggu atau lebih selain turut meli-
batkan lebih dari satu kali pembedahan seperti tampal kulit
(skin graft).
Datuk Dr. Musa
Mohd Nordin, Bekas
Presiden Islamic
Medical Association
of Malaysia dan
Konsultan Padietrik
dan Neonatalogis.
SU berkhatan bagi bayi perempuan
kembali dibangkitkan apabila
wujud permintaan untuk dikaji
semula berikutan perselisihan faham
berhubung kaedah bersunat bayi
perempuan Islam yang disamakan
dengan teknik Female Genital Mutila-
tion (FGM) yang diamalkan dalam
beberapa budaya di dunia.
FGM dilakukan kepada kanak-
kanak perempuan di antara umur
lima hingga sembilan tahun sebagai
lambang kebudayaan dan kewanitaan
dengan memotong keseluruhan kelentit
atau kemaluan dalam (excision labia
minora) atau keseluruhan kemaluan
luar (infibulation labia majora).
Namun, terdapat sesetengah budaya
menjahit sepenuhnya kemaluan wanita
selepas melakukan pemotongan.
PERNAH DIHARAMKAN
Tahap kecederaan akibat melecur dan terbakar.
KES MELECUR DAN TERBAKAR
MELIBATKAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA
TAHUN 2005 HINGGA 2015
PENYEBAB KECACATAN
Meskipun luka sudah kering dan kanak-kanak diberi
kebenaran untuk pulang, penjagaan selepas rawatan
juga perlu diberikan perhatian terutama bagi anak-anak
yang mengalami hypotrophic scars dimana mereka dina-
sihatkan untuk memakai baju khas (pressure garment)
Umur
Bilangan (%)
Bawah 1 tahun
34.4%
1 hingga 3 tahun
44 %
Lebih 5 tahun
21.6 %
Kes melecur dan terbakar melibatkan kanak-kanak di
Malaysia tahun 2005 hingga 2015
Jantina
Bilangan (%)
Perempuan
62.2%
Lelaki
37.8%
Setakat tahun
2016, UNICEF
menganggarkan
sebanyak 200 juta
wanita dari 27 hingga
30 buah negara yang
mengamalkan FGM
masih hidup.
Pada tahun 1970-an, amalan FGM
ini telah diharamkan kerana men-
datangkan banyak kesan negatif
kepada kesihatan wanita. Antaranya
menyebabkan kesakitan yang kronik,
pendarahan yang teruk, jangkitan
kuman, sukar membuang air kencing,
menghalang pengaliran darah haid,
risiko cyst, sukar mengandung, kom-
plikasi semasa bersalin dan kematian.
Amalan ini banyak dilakukan di
beberapa buah negara seperti Afrika,
Timur Tengah dan Asia.
TEKNIK BERKHATAN
Walau bagaimanapun, FGM sama sekali
berbeza dengan teknik berkhatan bagi
bayi perempuan dalam kalangan umat
Islam. Ia dilakukan dengan melukakan
sedikit kelentit menggunakan jarum
atau pisau khas. Biasanya, bayi
tidak menangis dan hampir tiada
kesan darah. Ia dilakukan bertujuan
untuk mengelakkan kekotoran pada
kemaluan bayi terbabit. Namun per-
soalannya, adakah kesan berkhatan
sama seperti FGM?
Bekas Presiden Islamic Medical
Association of Malaysia dan Konsultan
Padietrik dan Neonatalogis, Datuk
Dr. Musa Mohd Nordin berkata,
berkhatan dalam kalangan bayi
perempuan sama sekali tidak digalak-
kan di dalam Islam memandangkan ia
tiada manfaat kepada kaum wanita.
KELEBIHAN UNTUK BAYI LELAKI
“Berkhatan bagi lelaki terbukti memi-
liki banyak kelebihan berdasarkan
kajian yang telah dibuat sebelum ini.
Antaranya, mengelakkan jangkitan
kelamin, risiko kanser zakar lebih
rendah, risiko HIV lebih rendah, elak
risiko jangkitan di kawasan sesalur
kencing dan sebagainya.
“Walaubagaimanapun, berkhatan
bagi bayi perempuan tidak men-
datangkan sebarang manfaat sama
ada baik atau buruk kepada kesihatan
wanita berdasarkan kajian yang
pernah dibuat sebelum ini.
“Islam menganjurkan umatnya
melaksanakan perkara-perkara
yang mendatangkan manfaat dan
meninggalkan perkara-perkara yang
merosakkan. Dalam hal ini, ulama’-
ulama’ sedunia sependapat bahawa
berkhatan bagi bayi perempuan tidak
di galakkan memandangkan tidak
memberikan kebaikan kepada wanita
itu sendiri,” katanya.
“Malah, sebaliknya mendatang-
kan fitnah kepada umat Islam dan
menimbulkan salah faham kepada
golongan tertentu dengan menya-
makan berkhatan dengan amalan
FGM. Oleh sebab itu, adalah lebih baik
tidak dilakukan agar kesucian agama
lebih terbela.
Jelas Dr. Musa, dakwaan yang
mengatakan berkhatan bagi bayi lelaki
mampu mengurangkan nafsu syahwat
wanita juga sama sekali tidak benar
dan ia hanyalah mitos semata-mata.
— al-Siha