al-Siha : January 2019 | Page 13

januari, 2019 | al-Siha ISU: ROKOK 13 Kempen Riben Biru Matlamat kempen adalah untuk memperkasa dan mengiktiraf individu, kumpulan, institusi, kerajaan tempatan dan pertubuhan lainnya untuk terus berusaha menjadikan tabiat merokok di tempat awam sebagai luar kebiasaan dan mewar-warkan persekitaran bebas-rokok K EMPEN Riben Biru hasil ini- siatif Western Pacifi c Division Pertubuhan Kesihatan Sedu- nia (WhO) pada 2012 di Singapura dan secara rasminya dilancarkan di Malaysia pada 2013 oleh Kementerian Kesihatan. Matlamat kempen adalah untuk memperkasa dan mengiktiraf individu, kumpulan, institusi, kerajaan tempatan dan pertubuhan lainnya untuk terus berusaha menja- dikan tabiat merokok di tempat awam sebagai luar kebiasaan dan mewar- warkan persekitaran bebas-rokok. WhO telah mengekstrapolasi bahawa pendedahan kepada asap sekunder adalah ancaman utama kepada kesihatan awam. Penyelidikan menunjukkan tiada paras selamat pendedahan kepada asap sekunder, dengan pendedahan sekejap sahaja kepada bahan kimia boleh menyebab- kan penyakit kardiovaskular. penyebab Kematian seRius Pada 2010, dianggarkan lebih 600 ribu orang meninggal dunia setiap tahun di seluruh dunia akibat pendedahan kepada asap sekunder dan 28% daripada kematian itu membabitkan kanak-kanak. Di asia dan Pasifi k, lebih separuh wanita dan kanak- kanak kerap terdedah kepada asap sekunder di tempat awam dan rumah. Faktor utama ini mendorong WhO untuk tampil dengan kempen meningkatkan kesedaran terhadap bahaya mero- kok dan juga ancaman asap sekunder kepada orang awam. WhO menggalakkan kementerian kesihatan negara anggot- anya untuk mengambil sepenuhnya pemilikan kempen kebangsaan sejajar dengan objektif Pelan Tindakan Seran- tau untuk Inisiatif Bebas Tembakau di Rantau Pasifi k Barat (2010-2014). Pelan tindakan itu menggalakkan negara anggota untuk membangunkan sistem mengiktiraf secara umum sumbangan besar sekutu dan rakan kongsi selain untuk memperkukuh usaha mobilisasi sosial berkaitan persekitaran bebas rokok. bagaimana ia dilaKsanaKan WhO menubuhkan beberapa strategi pelaksanaan yang akan digunakan Kriteria Persijilan TErDaPaT tiga kategori anugerah untuk presentasi kepada pertubuhan, pergerakan atau individu yang telah menyumbang dalam sokongan kepada dasar bebas-rokok: peRsiJilan Ini diberikan kepada mana-mana premis atau pergerakan yang telah melaksanakan kawasan tertutup dan/atau terbuka bebas- rokok. kementerian kesihatan negara ang- gota. Pertamanya untuk menubuhkan jawatankuasa pemandu bagi mem- bangunkan pelan mengiktiraf individu atau kumpulan dengan keupayaan untuk memantau secara berkesan. Selain itu, pelaksanaannya akan turut mengandungi mesyuarat orien- tasi, mencipta simbol untuk kempen kebangsaan, memutuskan rangka masa untuk pencalonan dan resit permohonan, kriteria pemilihan dan menganjurkan acara umum bagi men- gumumkan penerimanya. — al-Siha anugeRaH Komuniti Riben biRu 1 2 3 1 2 TEMPaT Kampung Malaysia Raya, Sungai Besi, Kuala Lumpur Kampung Sg. Jerneh, Lubuk China, Melaka Kampung Parit Rampai, Pontian, Johor BEYOND PrEMIS Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang Branch Jengka Campus Putra Specialist Hospital (Malacca) Sdn Bhd aNuGEraH PENCaPaIaN TErBaIK Restoran Hussain Nasi Kandar (Sejahtera Suci Sdn Bhd) anugeRaH dan pensiJilan Riben biRu 2018 PErKara 1. Pengiktirafan keseluruhan dan akreditasi Riben Biru 2018 2. Semenanjung Malaysia: a. Anugerah Riben Biru bagi premis bebas rokok (Non-PPKHT) b. Anugerah Komuniti Riben Biru c. Anugerah Beyond Riben Biru d. Anugerah Pencapaian Cemerlang 3. Berdasarkan kategori Bebas Asap Rokok: a. Restoran / Tempat-tempat makan b. Hotel / Homestay / Rumah tetamu c. Tempat Pelancong d. Pusat Pameran e. Tempat-tempat Awam f. Premis Perniagaan (Hypermarket, Kedai Runcit, Kedai Basikal, Kedai Haiwan Peliharaan) g. Pusat Pemprosesan Ayam h. Pusat Kebajikan Masyarakat TOTaL 155 Premis 109 Premis 103 premis 3 tempat 2 premis 1 penerima 39 premis 25 premis 4 premis 2 premis 10 premis 15 premis 5 premis 3 premis aNuGEraH MEDIa Ia dianugerahkan kepada media massa, bercetak mahupun elektronik sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan kerja- kerja promosi dan mewujudkan kesedaran mengenai dasar-dasar bebas-rokok sejajar dengan objektif kempen Riben Biru. aNuGEraH PENCaPaIaN CEMErLaNG Ini diberikan kepada advokasi persekitaran bebas-rokok. KrITErIa • Menunjukkan komitmen pengurusan dengan kenyataan bertulis menandakan bahawa premis berkenaan mengamalkan dasar bebas-rokok. • Mempamerkan paparan kenyataan/dasar bebas-rokok pada papan tanda tidak kurang daripada saiz A3. • Dasar bebas-rokok disebarkan kepada ahli dan pelanggan. • Memasang papan tanda “Dilarang Merokok” secukupnya di mana-mana kawasan paparan premis, terutama di pintu masuk. • Tidak menjual rokok/produk tembakau atau sebarang produk dikaitkan dengan pengeluar jenama atau rokok. • Tidak menaikkan poster atau sebarang bentuk periklanan/promosi rokok. • Tidak menyediakan sebarang kemudahan untuk merokok, termasuk bekas abu rokok, tong sampah dilengkapi bekas abu rokok dan kawasan/bilik merokok. • Tidak mempamerkan sebarang aktiviti merokok di premis. • Memasang poster mengenai bahaya merokok dan pendedahan kepada ancaman asap sekunder termasuk mengedarkan risalah kepada anggota atau pelanggan. • Memudahkan/menyediakan/menguruskan perkhidmatan berhenti merokok kepada anggota yang merokok. • Usaha pemilik atau penghuni premis dalam mempromosikan kempen premis bebas-rokok yang kreatif. • Mempunyai mekanisme/pendekatan yang boleh dijalankan untuk memastikan tiada sesiapapun yang merokok di premis berkenaan. Maklumat dipetik daripada laman sesawang Kempen Riben Biru di www.myblueribbon. org.my