al-Siha : January 2019 | Page 12

12 al-Siha | januari, 2019 ISU: ROKOK Rakyat mula bangkit! Baru-baru ini, terdapat petisyen dibuat oleh sekumpulan NGO berkaitan isu kesihatan di Malaysia yang menyokong inisiatif zon larangan merokok di restoran. #SupportRESTART telah ditandatangani oleh lebih daripada 120,000 orang dalam talian. Ini menunjukkan bahawa ramai yang menolak tabiat merokok. Petisyen itu dibuat menerusi change. org, di mana orang ramai boleh memberi sokongan kepada gerakan itu dan mendapatkan cip tanda sokongan. Menurut beberapa laporan, majoriti rakyat Malaysia menyokong inisiatif itu, malah perokok juga turut memberi respon yang positif. Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meletakkan syarat sehingga enam bulan kepada premis untuk mematuhi peraturan baharu larangan merokok di tempat-tempat awam. Larangan ini merangkumi semua jenis rokok termasuklah e-rokok, vape dan ‘shishas’. Namun begitu, terdapat beberapa restoran terkenal yang telah memulakan usaha mengekang gejala merokok di premis mereka, sama ada di tempat duduk dalaman atau luaran. Lembaga Pempromosi Kesihatan Malaysia, Wan Azrin Izani Wan Mohd Zain turut merasa terkejut dengan tindakan sesetengah restoren yang menyambut baik kempen ini dengan menjadikan restoren mereka sebagai pusat larangan merokok. “Bagi kebanyakan perokok, perlawanan bola adalah masa yang paling kritikal untuk merokok di restoren. “Oleh sebab itu, salah satu Anugerah Riben Biru telah diberikan kepada cawangan nasi kandar di Kedah dan Pulau Pinang kerana mereka bukan sahaja mengisytiharkan sebagai kawasan bebas merokok tetapi juga tidak beroperasi selama 24 jam dan sama sekali tidak menyiarkan perlawanan bola sepak. “Demikian itu, restoren mereka menjadi tempat terbaik untuk membawa keluarga bersama kanak-kanak dan bayi menikmati hidangan dengan tenang, “ katanya. Malaysia ke arah budaya bebas rokok Lembaga Pempromosi Kesihatan Malaysia (MHPB) teraju usaha bebas rokok di Malaysia B ahaya merokok kepada kesihatan tubuh badan telah lama dibuktikan melalui kajian serta penyakit yang kian meningkat. Pel- bagai usaha telah dilakukan termasuklah menaikkan harga, menarik subsidi, mengh- entikan iklan, penjualan secara berlesen serta meletakkan gambar-gambar mengerikan pada kotak rokok. Namun, semua itu hanya tinggal kempen semata-mata. Walau bagaimanapun, baru-baru ini kerajaan secara tegas akan memperluaskan zon larangan merokok terutama di kawasan awam seperti restoren, gerai-gerai makan serta premis-premis perniagaan. Usaha ini dilihat bakal menjadi satu pencetus ke arah budaya bebas merokok. Sejak beberapa tahun lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memulakan kempen anti-rokok melalui Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau. Sebagai menyokong konvensyen itu, Kempen Riben Biru akhirnya diwujudkan untuk mempergiatkan lagi gaya hidup bebas rokok dalam kalangan ahli perniagaan, organ- isasi dan individu di Malaysia. Kempen ini turut memberi pengiktirafan kepada mereka agar menjadi contoh kepada orang lain. Kempen Riben Biru di Malaysia Kempen Riben Biru di Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2013 di mana Kementerian Kesihatan melalui Lembaga Pempromosi Kesihatan Malaysia (MHPB) telah bekerjasama memacu budaya bebas rokok dalam kalangan organisasi di negara ini. Sejak lima tahun lalu, MHPB telah menandatangani rangka kerja bersama WHO sebagai penyokong utama anti- rokok di negara ini. Dalam usaha menggerakkan kempen ini, MHPB turut bekerjasama dengan beberapa organisasi dan NGO supaya matlamat berjaya diperolehi. Menurut Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat MHPB, Wan Azrin Izani Wan Mohd Zain, institusi itu tidak terlalu ketat menjalankan kampen. Promosi ini dilakukan secara langkah demi langkah. Tidak seperti di Filipina yang mengehadkan bilangan pengambilan rokok sehari. “Kaedah kami tidak terlalu ekstrim. Kerajaan bertang- gungjawab menguat kuasakan undang-undang sementara kami menjalankan usaha mendidik orang ramai. Jelas Wan Azrin, sasarannya kini adalah untuk mendapatkan NGO dan organisasi lain untuk sama-sama menyokong usaha dan program ini. Hanya dengan cara itu, langkah ini boleh dijalankan secara berkesan dalam mengurangkan perokok di kalangan rakyat Malaysia. “Pada hari ini, peratusan perokok yang berusia 18 tahun ke atas adalah 23.1 peratus. Walaupun bilangannya keli- hatan agak kecil, namun sebenarnya ia bersamaan dengan 1 dari 4 orang perokok di Malaysia. Oleh itu, salah satu matlamat yang diputuskan dalam Konvensyen Rangka Kerja WHO mengenai Kawalan Tem- bakau adalah dengan mengurangkan jumlah berkenaan kepada 15 peratus menjelang tahun 2025. Dan menurun kepada 5 peratus menjelang 2045. Cabaran Walaupun inisiatif kerajaan ini dilihat sangat baik untuk kesihatan umum, namun reaksi orang awam bagaikan tiada apa-apa. Ini kerana kekuatan membeli rokok di Malaysia masih tinggi. Orang ramai mempunyai akses yang mudah untuk mendapatkan rokok. Walaupun harganya telah dinaikkan beberapa tahun kebelakangan ini, namun hanya sedikit sahaja yang terkesan dengan tindakan berkenaan. Tabiat ‘saya tahu tidak bermakna saya lakukan’ di kalan- gan kita semua juga menjadi penyebab sukar berhenti merokok. Terdapat pelbagai cara yang telah dilakukan termasuklah iklan TV, imej mengejutkan pada pek rokok dan kes-kes yang membawa maut akibat rokok, tetap tidak diendahkan. “Kita semua tahu mengenainya, perokok juga tahu Papan tanda larangan merokok perlu dipamerkan di semua premis makanan. tentangnya. Namun kelaziman mereka terus berlanjutan. Oleh sebab itu, kita perlu perluaskan cara advokasi supaya kita dapat mengekang perkara ini satu masa nanti. Strategi negara bebas rokok “Kempen Riben Biru di Malaysia telah banyak mengiktiraf pertubuhan di negara ini sejak penubuhannya. Peneri- maan diakreditasi ini menunjukkan bahawa keinginan untuk berada dalam persekitaran bebas asap sangat tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia," kata Wan Azrin. Setakat ini sebanyak 155 premis berjaya menjadikan persekitaran mereka bebas rokok melalui pensijilan Riben Biru pada tahun 2018. “Dengan inisiatif kerajaan yang bakal dilaksanakan pada tahun ini, kami telah mempergiat dan memperlu- askan kempen Riben Biru ke kawasan perkampungan dan kawasan luar bandar. Ini kerana majoriti perokok di Malaysia adalah tinggal di kawasan luar bandar. “Sebenarnya ramai tidak tahu bahawa sudah terdapat beberapa negeri yang telah menjalankan kempen ini. Antara yang menonjol adalah Melaka. Zon bebas rokok seperti di Bandar Warisan Dunia Melaka, Melaka Raya, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Pusat Bandar Alor Gajah, Jasin dan MITC. Manakala negeri-negeri lain yang turut menjalankan program bebas rokok termasuklah Johor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Sarawak, dan Pahang. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada program ‘Bandaraya Bebas Asap Rokok’ yang bermula pada tahun 2010. Setakat ini, terdapat 33 zon di negara ini yang telah diisytiharkan sebagai zon bebas rokok. Semua usaha ini merupakan hasil kerjasama antara Kerajaan Negeri dan MHPB. — al-Siha “Sebenarnya ramai tidak tahu bahawa sudah terdapat beberapa negeri yang telah menjalankan kempen ini. Antara yang menonjol adalah Melaka. Zon bebas rokok seperti di Bandar Warisan Dunia Melaka, Melaka Raya, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Pusat Bandar Alor Gajah, Jasin dan MITC." – Wan Azrin