al-Siha : January 2019 | Page 11

JANUARI, 2019 | al-Siha ISU: ROKOK 11 Udara bersih, hak kita OLEH HUANG RUIFU K ITA semua memerlukan udara bersih untuk men- jalani kehidupan yang sihat dan kuat. Selalunya, hak asasi ini dilihat begitu jelas dalam dunia yang semakin pesat membangun. Kita selalu menghabiskan banyak masa di kawasan tertutup, persoalannya udara bersih dilihat sangat penting meskipun di rumah, pejabat, sekolah, pusat kesihatan mahupun dimana- mana sahaja. Ramai di kalangan kita yang mengam- bil mudah mengenai udara bersih ini. Bagaimanapun, kebelakangan ini, jerebu bermusim seringkali menyelubungi dan mengganggu kehidupan kita, dan udara bersih pastinya satu komoditi yang jelas sekali perlu diterokai. Apabila kita berbicara mengenai pencemaran udara, kita cenderung untuk menunding jari kepada industri, trafi k dan pembakaran terbuka, dalam kata lainnya, sebagai pelaku utama. Sekiranya kita benar- benar menganalisis udara yang kita sedut ini, jelas sekali merokok mencemarkan udara dan bumi. Namun begitu, tidak begitu jelas bagaimana atau berapa banyak asap Penyelidikan menunjukkan pencemaran udara dihasilkan oleh asap rokok adalah 10 kali lebih tinggi berbanding asap kereta berenjin diesel pada pendedahan terhadap asap tembakau di tempat kerja tertutup, pengangkutan awam, tempat awam tertutup dan tempat- tempat awam lainnya, jika perlu. KESAN ASAP SEKUNDER rokok yang boleh menyebabkan semua ini tercemar. BAGAIMANA MEROKOK MENGANCAM ALAM SEKITAR Satu tanggapan salah yang biasa dalam kalangan penghisap rokok adalah mereka hanya membahayakan diri mereka sahaja. Hakikatnya, mereka bukan sahaja mem- bahayakan diri mereka, tetapi juga bumi, semua orang dan apa sahaja yang ada di bumi, sama ada generasi kini mahupun generasi akan datang. Kajian menunjukkan rokok mengan- dungi lebih 4,000 bahan kimia yang disedut dan dilepaskan ke udara. Penyeli- dikan menunjukkan pencemaran udara dihasilkan rokok adalah 10 kali lebih tinggi berbanding asap kereta berenjin diesel. Asap tembakau menghasilkan bahan zarah halus, elemen pencemaran udara paling berbahaya kepada kesihatan. Pokok selalu dibandingkan dengan paru-paru dalam badan kita kerana ia menjalankan fungsi yang sama seperti yang Kesan merokok kepada bayi dan kanak-kanak JANIN ibu mengandung dan bayi baharu lahir terdedah kepada asap sekunder lebih mudah dihinggapi sindrom bayi mati mengejut. Ibu bapa yang merokok menyebabkan simpton pernafasan dan perkembangan paru- paru yang lemah pada Kanak-kanak terdedah kepada jangkitan paru-paru (Pnemonia). anak mereka. BOLEH BAWA MAUT Setiap pendedahan kepada kimia penyebab kanser di dalam asap tembakau boleh membawa penyakit maut dan kanak-kanak terutamanya amat mudah diserang. Kajian WHO juga mendapati anak-anak kecil yang terdedah kepada asap sekunder di rumah dua kali ganda kemungkinan untuk mula merokok berbanding mereka yang tidak terdedah. Kanak- kanak yang terjejas akibat asap sekunder juga lebih berkemungkinan untuk berfi kiran positif terhadap tabiat merokok. Menyedari kesan maut merokok dan asap sekunder, jelas sekali kita semua perlu bekerjasama untuk mengembalikan hak asasi kita menghirup udara bersih, dan al-Siha menyokong sepenuhnya sebarang usaha ke arah persekitaran yang lebih bersih dan sihat. dilakukan paru-paru, pada skala global. Dengan semua pencemaran yang ditapis oleh pokok untuk kita, adalah tidak wajar untuk sesiapapun daripada kita menambah apa yang tidak perlu ditambah di udara. Kita perlu bernafas dan tiada sesiapapun perlu merokok. PUNCA MASALAH KESIHATAN SERIUS Hakikatnya debu halus atau bahan zarah (PM) daripada 10 µm (PM10) kepada sehalus 2.5µm (PM2.5) boleh menyebabkan masalah kesihatan jantung dan paru-paru yang serius. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan dua juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat bahan zarah kecil di udara. Masalah kesihatan lainnya turut diton- jolkan. Sebagai contoh, kajian baru-baru ini menunjukkan hubungkait antara paras pencemaran udara zarah yang lebih tinggi dengan jumlah bayi yang mengalami kekurangan berat ketika dilahirkan. ASAP SEKUNDER Terima kasih kepada kempen anti-merokok yang giat dijalankan oleh sektor awam dan swasta, rakyat Malaysia kini menjadi lebih berpengetahuan dalam pelbagai bentuk penyakit jantung, paru-paru dan kanser yang disebabkan oleh tabiat merokok. Sep- erti diketahui umum merokok juga boleh menyebabkan kuku dan gigi kehilangan warna selain kesan kerosakan kosmetik. Namun, satu daripada isu yang paling tidak diambil perhatian dalam keseluru- han persamaan adalah kesan maut asap sekunder. Menurut Artikel 8 Konvensyen Rangka Kerja WHO mengenai Kawalan Tembakau, iaitu perjanjian kesihatan antarabangsa yang ditandatangani dan diratifi kasi oleh Malaysia, bukti saintifi k secara tegasnya memantapkan bahawa pendedahan kepada asap tembakau menyebabkan kematian, penyakit dan hilang upaya. Ia menyatakan pihak-pihak terbabit perlu mengguna pakai dan melaksanakan langkah menyediakan perlindungan dari- Garis panduan WHO menyatakan tiada paras selamat bagi pendedahan kepada asap sekunder, yang menyumbang kepada pelbagai penyakit serius yang seringkali membawa maut, termasuk penyakit jantung, masalah pernafasan, dan kanser paru-paru dan kanser lainnya. Persekitaran bebas asap sepenuhnya tanpa pengecualian adalah satu- satunya langkah terbukti berjaya melindungi orang ramai daripada asap sekunder. Amat menarik untuk mengambil maklum garis panduan WHO menetapkan bahawa bilik merokok berasingan dan sistem pengudaraan atau ventilasi tidak dapat menghalang pendedahan kepada asap sekunder. Kerajaan dijangka mengekal- kan sokongan padu kepada undang-undang sebaik ia diwartakan menerusi penguatkua- saan proaktif dan seragam yang mampu mencapai tahap pematuhan yang tinggi. Selain garis panduan bertulis yang padu daripada WHO mengenai asap sekunder, pelbagai kajian turut mengesahkan asap sekunder mengandungi karsinogen, bahan toksik dan gas beracun. Pengimejan Khusus yang dijalankan beberapa kajian mendedahkan kesan maut asap sekunder. Para penyelidik menunjukkan dengan men- gunakan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), pendedahan jangka panjang kepada asap sekunder boleh menjadi pembunuh. Pengimejan MRI digunakan adalah jenis khusus yang menggunakan warna untuk menunjukkan kawasan paru-paru yang rosak dan yang masih baik. Sebagai contoh, penyelidik dari Jabatan Radiologi, Hospital Kanak-kanak di Philadelphia, Amerika Syarikat menunjukkan yang pendedahan jangka panjang kepada asap sekunder menyebabkan kerosakan struktur paru-paru yang jelas meningkatkan risiko kanser paru- paru dan emfi sema. Emfi sema adalah penyakit paru-paru dimana alveoli atau kantung paru-paru rosak menyebabkan kesukaran untuk oksi- gen secukupnya memasuki aliran darah dan merembes sisa karbon dioksida daripada aliran darah. Ia biasa berlaku dalam kalan- gan perokok dan menjadi pembunuh utama di banyak negara yang tabiat merokok begitu tersebar luas. — Al-Siha Persekitaran bebas asap sepenuhnya tanpa pengecualian adalah satu-satunya langkah terbukti berjaya melindungi orang ramai daripada asap sekunder.