al-Siha : January 2019 | Page 10

10 al-Siha | JANUARI, 2019 ISU: ROKOK Pelaksanaan larangan menghisap rokok Tindakan tegas dari kerajaan perlu dilaksanakan demi kesihatan rakyat Malaysia OLEH NORZIRA SYARINI MOHAMMED PAUZI M ALAYSIA merupakan ahli parti kepada World Health Organization (WHO) Framework Convention On Tobacco Control (FCTC) semenjak tahun 2005. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, sebagai anggota parti, Malaysia perlu melaksanakan semua obligasi-obligasi yang telah ditetapkan. “Polisi larangan merokok secara menyeluruh dilaksanakan berdasarkan Artikel 8 , WHO FCTC iaitu melindungi orang ramai daripada bahaya asap rokok,”katanya. Tambah beliau, pewartaan kawasan larangan merokok di bawah Peraturan 11, Peraturan- Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT 2004) dilakukan bertujuan melindungi orang ramai terutamanya golongan bukan perokok daripada terdedah kepada bahaya asap rokok. Selain itu, antara tujuan lain adalah untuk membudayakan amalan tidak merokok dalam kalangan masyarakat Malaysia dengan menghadkan kawasan yang dibenarkan merokok terutama di kawasan tumpuan orang awam. Amalan merokok merupakan risiko utama kepada komplikasi penyakit tidak berjangkit seperti kanser, penyakit kardiovaskular dan penyakit paru-paru kronik. “WHO menganggarkan lebih 20,000 lelaki dewasa di Malaysia mati setiap tahun akibat tabiat komplikasi merokok,”katanya. Akibat kesan komplikasi dan kematian yang tinggi, merokok telah memberi kesan kepada ekonomi negara dalam pelbagai aspek termasuk beban kos yang tinggi bagi merawat penyakit akibat merokok, menjejaskan produktiviti akibat pekerja sering tidak sihat dan menyebabkan kerugian kepada negara akibat kematian pramatang. — al-Siha Kesan merokok kepada kerajaan sekiranya polisi tidak dikeluarkan J UMLAH perokok pasif termasuk second hand smoker dan third hand smoker akan meningkat saban tahun. “Kajian telah membuktikan bahawa risiko untuk mendapat penyakit adalah lebih tinggi bagi golongan ini berbanding perokok aktif,”katanya. Kaji selidik Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia 2011 menunjukkan rakyat terdedah kepada asap rokok di lokasi seperti (lihat perangkaan). Selain itu, terdapat juga peningkatan jumlah perokok baharu di kalangan remaja perempuan berusia 13 ke 15 tahun dari 4.2 peratus pada tahun 2003 kepada 5.7 peratus pada tahun 2017. “Ini menunjukkan remaja juga mudah terpengaruh dengan amalan merokok apabila mereka selalu disogok dengan aksi ini terutamanya di tempat- tempat awam seperti kedai makan,” katanya. PERBELANJAAN KERAJAAN MENINGKAT Beliau juga tidak menafi kan bahawa laran- gan dilaksanakan berikutan belanjawan kerajaan dalam usaha merawat pesakit melibatkan perokok semakin meningkat. “Pihak kerajaan terpaksa berbelanja besar setiap tahun untuk menampung kos perubatan akibat komplikasi asap rokok,” katanya. LOKASI PERATUS (%) Kafe dan kedai kopi 85% Bar atau kelab malam 70% Malaysia dan 26.1 peratus daripada keselu- ruhan bajet KKM. “Ini merupakan satu beban kewangan yang besar kepada Kerajaan Malaysia. Restoran 71% MENELAN KOS RAWATAN TINGGI Tempat kerja 40% Rumah 38% Kajian projeksi yang dibuat oleh KKM pada 2017 pula menunjukkan bahawa jika kawalan tembakau di Malaysia tidak diperkukuhkan dan aktiviti merokok tidak berkurang, kerajaan bakal menanggung beban kos rawatan yang sangat tinggi iaitu RM7.40 bilion pada tahun 2025. “Kos rawatan ini dibuat projeksi berdasarkan kajian Health Care Cost of Smoking in Malaysia (AlJunid et al., 2007) dan pertumbuhan penduduk sebanyak 1.5 peratus (Jabatan Statistik Malaysia, 2015) dalam masa 5 tahun. Tambah beliau, golongan perokok baharu terutama di kalangan pelajar seko- lah semakin bertambah. Ini meningkatkan beban kerajaan melalui peningkatan kos rawatan akibat kesan langsung dan tidak langsung dari bahaya asap rokok. “Diharap perokok dapat menghormati golongan bukan perokok dan sekaligus berhenti merokok. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan perokok di Malaysia bagi menjayakan sasaran Malaysia bebas dari asap rokok menjelang tahun 2045. Peratusan terdedah asap rokok. Jelasnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah bekerjasama dengan universiti tempatan dan antarabangsa di dalam menjalankan kajian dan penyelidikan mengenai kos ekonomi berkaitan merokok. “Kajian seperti “Health Care Cost in Malaysia” telah dijalankan pada tahun 2007 oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama KKM dan hasil kajian mendapati kos tahunan untuk merawat bagi tiga penyakit berkaitan merokok seperti kanser peparu, ischaemic heart disease, dan Chronic Obstructive Pulmonary Disease adalah sebanyak RM 2.92 billion di mana 67.5 peratus adalah kos yang ditanggung oleh Kerajaan (kos penyedia perkhidmatan) dan 32.5 peratus adalah kos yang ditang- gung oleh pesakit,” katanya. Jumlah ini adalah bersamaan 0.7 peratus daripada Gross Domestic Product (GDP) Usaha kerajaan untuk mengurangkan bilangan perokok tegar di kalangan rakyat. Selain memperkasakan peraturan yang sedia ada iaitu Peraturan-Peraturan Kawalan hasil Tembakau 2004 (PPKHT) melalui penguatkuasaan di tempat makan terbuka ini, Kementerian Kesihatan Malaysia juga sentiasa melaksanakan kawalan tembakau berpandukan saranan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO. Aktiviti kawalan tembakau antara lain adalah seperti berikut: A) Mengadakan pengiktirafan BLUE Ribbon bagi premis yang mengamalkan polisi tidak merokok secara sukarela. b) Program advokasi kepada kanak-kanak sekolah dan remaja melalui Doktor Muda dan IMFree untuk memberi pendedahan tentang bahaya asap rokok dari awal di peringkat sekolah rendah dan menengah. c) Mengadakan Amaran Kesihatan Bergambar pada kotak- kotak rokok d) Melarang sebarang promosi pengiklanan dan penajaan rokok dan produk e) Menyediakan Perkhidmatan Berhenti Merokok yang terdiri daripada Klinik Berhenti Merokok di klinik-klinik dan hospital kerajaan serta bekerjasama dengan klinik, hospital serta farmasi swasta melalui program perkhidmatan berhenti merokok mQuit. f) Mempertingkatkan kesedaran awam berkaitan bahaya merokok dan kesankesannya kepada kesihatan. g) Bekerjasama erat dengan Kementerian/Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan, Persatuan, Pertubuhan dan lain-lain bagi mempertingkatkan tahap facebook.com/KPKMalaysia pro. [email protected] kesedaran awam tentang bahaya merokok dan perokok pasif serta penguatkuasaan yang dijalankan.