januari, 2019 | al-Siha
pena pakar
09
pil tangguh haid
Oleh
dr. MuhaMMad
iZZaT abduL raZak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita &
Kehamilan
“S
aYa nak pergi umrah, macamana nak
tangguhkan haid?”
Terdapat dua cara untuk menang-
guhkan haid dengan menggunakan
kaedah hormon. Pertama, dengan
mengambil pil kombinasi progesteron
dan estrogen atau kedua nama lainnya pil perancang
kehamilan gabungan combine oral contraceptives) atau
mengamalkan pil yang mengandungi progesteron sahaja.
hOrmOn WaniTa
Dalam kitaran haid yang normal terdapat dua jenis
hormon wanita yang penting iaitu estrogen dan
progesteron.
Progesteron ialah hormon yang terhasil selepas ovu-
lasi berlaku pada hari ke-14 haid. Paras progesteron akan
memuncak tinggi dan terus berada pada paras yang tinggi
jika berlaku persenyawaan dan implantasi (penempelan)
embrio pada dinding rahim.
Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, maka paras
hormon progesteron akan turun dan dinding rahim akan
meluluh (luruh) dan keluar sebagai darah haid. Dengan
mempunyai pengetahuan berdasarkan kitaran haid ini,
hari seseorang wanita sepatutnya didatangi haid boleh
diperlambatkan dengan mengawal atur paras hormon
di dalam badan.
mengambil sebarang “cuti rehat selama 7 hari atau 4 hari.”
Sesiapa yang mengambil pil perancang sememangnya
sedia maklum bahawa mereka perlu mengambil pil satu
biji sehari selama 21 hari (jika satu paket mengandungi
21 biji bagi pil jenama seperti Loette, Yasmin, Minulet,
Mercilon, Marvelon, Gynera) atau perlu mengambil pil
sebiji sehari selama 24 hari (bagi pil jenama Yaz).
Pengambilan pil terus menerus ini boleh dilakukan
berterusan selama 3-5 paket berturut-turut. Lazimnya ,
wanita akan berada di Mekah lebih kurang 2 minggu bagi
yang mengerjakan umrah, saya mencadangkan ambil 2
paket sahaja.
pengamBilan Bagi jemaah
Bagi jemaah yang akan berada di Mekah dan Madinah
selama 30 hingga 45 hari untuk mengerjakan haji, saya
mencadangkan pil tersebut perlu diambil dalam 4
atau 5 paket. Bagi sesiapa yang menginginkan kaedah
pil perancang kehamilian gabungan ini sebagai cara
menangguhkan haid, saya syorkan agar pil ini dapat
diambil lebih awal beberapa bulan sebelum bertolak
untuk mengerjakan umrah atau haji.
Tujuannya adalah untuk memberikan ‘kesan’ yang
lebih efektif. Ketika mengambil pil ini, dinding rahim
akan terus menebal tetapi ovulasi tidak akan berlaku.
Jika mahu menggunakan Pil progesteron sahaja :
Jika tidak mahu menggunakan pil perancang diatas,
kaedah lain adalah dengan menggunakan hormone
progesteron sahaja.
COnTOh pil
Antara contoh pil hormon tersebut termasuklah Primo-
lut-N (Noretisterone), Provera (Medroxyprogesterone
acetate) dan Duphaston (Dydrogesterone). Kesemua
pil ini adalah antara contoh hormon progesteron yang
biasa digunakan untuk mengawal atur kitaran haid. Pil
ini boleh diambil pada dos 5mg atau 10mg sebanyak dua
atau tiga kali sehari dan diambil berterusan sehingga
pulang daripada mengerjakan haji atau umrah.
Cara pengamBilan pil kesan sampingan
Sekiranya berhasrat untuk menggunakan Pil Perancang
Kehamilan Gabungan (COCP) :
Wanita yang mengamalkan pil perancang keluarga
sebagai langkah mencegah kehamilan, pengambilannya
boleh diteruskan secara terus menerus ( continuous ) .
Apa yang saya maksudkan adalah selepas habis pil 21 biji
atau 24 biji itu, teruskan dengan paket yang baharu tanpa Walau bagaimanapun, perlu diingatkan terdapat
beberapa kesan sampingan ketika pengambilan pil ini.
Kesan sampingan - termasuklah mual dan loya, penda-
rahan yang sedikit yang tidak menentu pada awalnya
(breakthrough bleeding) dan kembung perut (bloating).
Akan tetapi, bukan semua orang akan mengalami kesan
sampingan ini
Pil norethisterone perlu diambil 3 hari sebelum
haid dan diambil selama dua minggu sebelum
‘breakthrough bleeding’ berlaku.
Selepas berhenti mengambil pil noretisterone ini, haid
akan datang dalam masa 2-3 hari. Perlu saya ingatkan di
sini bahawa haid turun selepas ditahan untuk beberapa
minggu akan lebih banyak dari biasa.
Saya syorkan puan-puan berjumpa dengan doktor
untuk maklumat lanjut bagi melewatkan haid puan.
Penggunaan hormon-hormon tidak 100 % menjamin
haid dapat ditangguhkan sehingga puan kembali ke
Malaysia kerana masalah ‘break through bleeding’ agak
sukar dibendung kerana dinding rahim yang terlalu tebal
tetap akan luruh. Tambahan pula, jika selalu terlupa atau
tidak mengikut waktu mengambilnya, maka pendarahan
boleh terjadi.
Perlu diingatkan pada puan-puan, kaedah hormon ini
hanya melambatkan datangnya haid, BUKANNYA mem-
berhentikan haid supaya puan-puan boleh beribadah.
Jika haid sudah datang, ubat-ubatan hormon ini tidak
lagi boleh membantu.
Saya doakan agar semua selamat mengerjakan ibadah
umrah dan kembali dalam keadaan sihat sejahtera.
— al-Siha
keharmonian keluarga adalah sumber kekuatan diri dalam
mencapai matlamat hidup. Seseorang itu sanggup bekerja
kuat dan gigih kerana mencari rezeki memberi nafkah,
tempat tinggal dan pendidikan anak-anak.
Anak-anak boleh menjadi sumber kekuatan dalam
mendaki puncak jaya. Tetapi jika terlalu memikirkan
kekayaan dan kejayaan sehingga kurangnya masa yang
berkualiti bersama isteri dan anak-anak maka apa yang
diperolehi menjadi kurang bermakna. Oleh itu biarlah
lambat kaya asalkan punya masa untuk keluarga daripada
cepat kaya hingga tergadai semuanya.
4. Dari segi kesihaTan
Ramai orang yang mengejar impian hingga lupa
menjaga kesihatan diri dengan makan tanpa berfi kir
dan memberi alasan sibuk untuk melakukan
senaman. Akhirnya, duit simpanan habis
membayar bil klinik dan kos perubatan di hospital.
Syukurlah kalau sudah menyediakan payung
dengan mengambil insuran kesihatan tetapi apa
maknanya mencari harta dan kekayaan sekiranya
kita tidak mampu menikmatinya kerana terlantar
sakit?
Sebab itulah, dalam sibuk bekerja nilai kesihatan
perlu dijaga. Ada duit tetapi makan terpaksa berpantang
kerana kencing manis atau gout. Ada rumah tetapi masa
lebih banyak dalam wad di hospital. Oleh itu, jagalah
kesihatan ketika masih sihat kerana mencegah lebih baik
dari merawat.
5. Dari segi keWangan
Ramai orang bekerja tetapi tidak mempunyai simpanan.
Malah duit yang tersimpan dalam akaun Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) juga habis hanya dalam masa
beberapa tahun selepas bersara kerana tidak terlebih
dahulu membuat perancangan kewangan peribadi.
Jadikan menyimpan sebagai satu tabiat.
Simpanlah sekurang-kurangnya sepuluh peratus dari-
pada pendapatan kasar kita ke satu akaun yang tidak akan
diusik walau apa keadaan sekali pun. Pastikan wang itu
disimpan di tempat yang betul agar ia boleh berkembang
dan jangan lupa diagihkan zakat.
6. Dari segi sOsial
Ada orang yang terlalu mahu mencapai impian dan matla-
mat hingga lupa bersosial dan menjalankan tanggung
jawab sosial. Kita tidak boleh hidup tanpa jiran, saudara
mara dan rakan taulan. Dari semasa ke semasa kita pasti
memerlukan mereka. Oleh itu sikap menyendiri atau
melakukan semuanya seorang diri bukanlah satu perkara
yang sihat.
Bersosial boleh mengurangkan tekanan kerja dan
membolehkan kita mempelajari sesuatu daripada orang
lain. Begitu juga dengan tanggung jawab sosial. Seba-
hagian daripada rezeki yang kita perolehi itu ada hak
orang lain ke atasnya. Oleh itu usahakan menanam azam
untuk lebih menyumbang kepada orang sekeliling kerana
makna hidup adalah pada apa yang boleh kita berikan dan
sumbangkan.
7. Dari segi pemBangunan Diri
Apabila masuk tahun baru bermakna meningkatlah usia
kita setahun lagi. Sewajarnya kita menjadi lebih berpen-
galaman, berpengetahuan serta lebih bijak membuat
keputusan. Malangnya, ada orang yang apabila bertambah
tahun tetapi tiada apa-apa perubahan dan kemajuan
dalam diri dan pencapaiaannya. Apa yang diperolehi
setiap tahun sama sahaja hasilnya. Oleh itu aspek pem-
bangunan diri sangat penting agar hidup tidak pada takuk
yang lama. Carilah ilmu dan pengalaman.
Kalau perlu sambung belajar maka sambunglah. Kalau
perlu menghadiri kursus dan latihan maka hadirlah.
Sekurang-kurangnya letakkan sasaran berapa buah buku
yang mahu dihabiskan pembacaannya sepanjang Tahun
2019 ini. — al-Siha