al-Siha : April 2018 (Issue 1) | Page 25

TENTANG WANITA
APRIL, 2018 | al-Siha 25
TENTANG WANITA

5 punca miss V gatal

M

ENGALAMI masalah faraj gatal boleh membuat seseorang tidak selesa, adakalanya menyakitkan. Sekiranya mengalami masalah kegatalan yang teruk, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan yang sesuai. Berikut antara 5 penyebab kepada masalah ini.
Norsyaheera Young Rockie Ahli farmasi, Farmasi Gpharmax Kuala Berang, Terengganu
PUNCA FARAJ GATAL
1. Jangkitan kuman: Persekitaran faraj yang sihat disebabkan oleh keseimbangan flora yang bertindak menjaga faraj dari jangkitan bakteria. Faraj akan berasa gatal dan mungkin berbau busuk. 2. Penyakit kelamin( STD) contohnya chlamydia, herpes, gonorrhea juga adalah punca kegatalan faraj. 3. Jangkitan kulat biasanya disebabkan mengandung, hubungan seks, dan sistem immun yang rendah. Selain gatal gatal, keputihan yang tebal juga boleh berlaku. 4. Menopause: Penghasilan Estrogen yang menurun juga menyebabkan dinding faraj menipis dan kering. Ini juga akan menyebabkan kegatalan. 5. Penggunaan bahan kimia contohnya tisu wangi, pencuci wanita wangi, sabun wangi
Cara merawat:
• Jangkitan kuman memerlukan antibiotik.
• Jangkitan yis memerlukan anti kulat yang terdiri daripada ubat yang dimasukkan ke dalam faraj atau tablet untuk makan.
• Menopause memerlukan krim estrogen.
Menopause: Penghasilan Estrogen yang menurun juga menyebabkan dinding faraj menipis dan kering. Ini juga akan menyebabkan kegatalan.
LAWAK MENGUBAT STRES
Zaki: Awak tudung awak cantik, tapi sayang.
Aminah: Sayang kenapa?
Zaki: Akhirnya awak panggil saya sayang juga.
Cara mencegah:
• Menggunakan kondom ketika melakukan hubungan seks.
• Elakkan melakukan hubungan seks sehingga betul betul pulih dari simptom.
• Elakkan mencuci atau mengelap faraj dengan bahan kimia seperti kertas tisu wangi atau pencuci feminin.
• Gunakan air paip biasa dan sabun yang tiada pewangi untuk membersihkan faraj
• Lap dari depan ke belakang selepas membuang air.
• Tukar seluar dalam setiap hari.
• Jangan menggaru faraj yang gatal kerana akan menyebabkan jangkitan semakin teruk.
Cara memilih pencuci wanita:
• Lembut dan tidak merengsakan kulit. Kerana kulit di bahagian faraj adalah sangat sensitif. Pastikan pencuci wanita itu tidak menyebabkan kulit hilang kelembapan.
• pH yang seimbang akan membawa kepada keseimbangan flora yang sihat dan tiada jangkitan bakteria.
• Bahan yang natural. Elakkan pencuci wanita yang menggunakan paraben dan pewangi tiruan.
APA KATA WANITA
Bagaimana prosedur pap smear dijalankan? Ujian Pap Smear dilakukan dengan menggunakan spekulum atau berus serviks yang akan dimasukkan ke dalam faraj. Sel permukaan serviks akan diambil menggunakan spatula atau berus serviks dan kemudian dihantar ke makmal.
Berapa lama masa yang diambil untuk mengetahui keputusan ujian? Keputusan akan diperoleh selepas beberapa minggu melakukan ujian kerana pihak makmal harus memeriksa dengan teliti. Keputusan akan dimaklumkan secepat mungkin.
Bila waktu yang sesuai untuk melakukan ujian ini? Ujian ini boleh dilakukan pada bila-bila masa, kecuali pada masa haid dan nifas. Sehari sebelum melakukan ujian Pap Smear, pastikan anda tidak melakukan hubungan seks dan menggunakan sebarang ubat di dalam faraj.
Berapa lama jangka masa untuk sel normal menjadi sel kanser? Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara dua hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap tiga tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks.
Sebelum ini saya asyik mengelak apabila diminta melakukan ujian pap smear kerana risau dengan prosedur yang akan dijalankan. Namun, prosedur sebenar mudah dan cepat tidak seperti yang di sangka. Pap smear ujian penting untuk mengesan jangkitan kelamin dan kanser servik”. – Hasnidar Jaafar
“ Dua kali saya melalui ujian pap smear untuk memastikan kesihatan rahim. Saya diberitahu pesakit yang melakukan ujian akan dihubungi pegawai berkenaan sekiranya sampel yang diambil mempunyai masalah”. – Huda Md Yusoff
“ Masa melahirkan anak pertama, saya masih tidak tahu mengenai pap smear. Tapi selepas melahirkan anak kedua, saya melalui ujian pap smear ini. Prosesnya mudah dan tidak menyakitkan.” – Nurmalidyana Mohd Azami
“ Kali pertama saya melakukan ujian ini adalah pada 2017, selepas melahirkan anak kedua. Saya sarankan supaya ujian pap smear ini dilakukan oleh semua wanita bagi mengesan penyakit berbahaya seperti kanser.” – Nor Azimah Abu Osman