al-Siha : April 2018 (Issue 1) | Page 24

TENTANG WANITA al-Siha | APRIL, 2018
24
TENTANG WANITA al-Siha | APRIL, 2018

Elak kelahiran anak sindrom down

• Boleh berlaku kepada mana-mana wanita tanpa mengenal usia
• SD ialah penyakit konginetal yang terjadi sekiranya seseorang dilahirkan mempunyai 3 salinan kromosom 21

T

IDAK ada pasangan berkahwin yang sanggup melihat anak yang dikandung lahir sebagai sindrom down. Setiap daripada mereka pastinya mengharapkan cahaya mata yang memiliki kesempurnaan fizikal dan mental bagi menambahkan lagi keceriaan rumahtangga dan ikatan kasih sayang.
Namun, siapa sangka, insan kecil yang dikandung selama 9 bulan 10 hari lahir sebagai anak Sindrom Down( SD). Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Fetal dan Ginekologi, Dr Raman Subramaniam berkata, kelahiran anak SD ini sebenarnya boleh berlaku kepada mana-mana wanita tanpa mengenal usia malah kepada wanita yang masih muda.
Jelasnya, di jabatan padeatrik sendiri menunjukkan purata mereka yang memiliki anak SD ini ada dari kalangan mereka yang berusia 20 atau awal 30 tahun.
Dr Raman Subramaniam, Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Fetal dan Ginekologi.
OLEH NORZIRA SYARINI norzira. syarini @ revonmedia. com
“ Risiko memiliki anak sindrom down lebih tinggi bagi seorang ibu yang berusia lebih dari 38 tahun atau lebih dari 40 tahun,” katanya.
Dr Raman berkata, SD ialah penyakit konginetal yang terjadi sekiranya seseorang dilahirkan mempunyai 3 salinan kromosom 21. Bagi seorang yang normal, mereka ini sepatutnya mempunyai 2 salinan kromosom sahaja. Dalam erti kata lain, anak SD ini lahir disebabkan lebihan kromosom.
“ Dari segi genetik, hanya 1 % peratus sahaja wanita berusia 40 tahun memiliki anak sindrom down dan 2 % sahaja bagi wanita yang berusia 44 tahun,” katanya.
Walaupun SD ini dianggap serius tetapi ia sebenarnya boleh dicegah. Terdapat beberapa cara yang boleh dijadikan panduan terutama buat kaum ibu, supaya anak yang dikandung nanti lahir sempurna.
Menurut Dr Raman, ramai wanita yang memilih untuk lambat berkahwin atas faktor kerjaya. Oleh itu, mereka membuat keputusan untuk berkahwin lebih lambat. Keadaan ini sebenarnya boleh menyebabkan mereka lewat mengandung dan kesuburan terjejas.
“ Seorang ibu yang pernah mengalami masalah keguguran atau pernah melahirkan anak yang cacat, mereka hendaklah merujuk kepada doktor atau pakar untuk mengetahui puncapunca yang menyebabkan kelahiran anak cacat ataupun Sindrom Down. Melalui pemeriksaan ini juga, kita dapat mengetahui puncanya, seterusnya mengambil langkah pencegahan segera,” katanya.
Jika kehamilan sudah terjadi, pencegahan untuk merawat tidak mungkin lagi dapat dijalankan walaupun dengan melakukan pemeriksaan darah atau kromosom dari cairan ketuban serta ari-ari seseorang. Di samping itu, dengan adanya kemudahan teknologi yang canggih dalam bidang perubatan sekarang, ibu-ibu yang mengandung kini boleh menjalani ujian untuk mengesan gejala Sindrom Down sebagai langkah awal.
Namun begitu, wanita yang berusia 37 tahun dan ke atas berkemungkinan mendapat anak atau bayi Sindrom Down adalah kira-kira satu dalam setiap 138 kehamilan di dunia.
Oleh itu, prosedur terbaru yang dikenali sebagai Ujian Imbasan Kehamilan Tiga Bulan Pertama, atau FTPS dapat memberikan penilaian yang lebih tepat mengenai kemungkinan Sindrom Down. Ujian ini boleh dijalankan oleh ibu – ibu mengandung dari minggu 11 hingga minggu 14 kehamilannya.

Pap smear kesan kanser servik dari awal

UJIAN PAP dikenali sebagai Pap Smear( ujian papanicolaou). Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks. Kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser.

Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser. Ujian pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser.
Ikuti penjelasan Saidatul Suraya, Jururawat( pusat saringan kesihatan UM) ini mengenai ujian pap smear.
Saidatul Suraya, Jururawat( pusat saringan kesihatan UM)
Siapa yang perlu melakukan ujian pap smear? Ujian pap smear perlu dilakukan oleh wanita yang mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah berusia 70 tahun. Wanita yang aktif dalam hubungan seksual juga digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama dua tahun. Sekiranya keputusan itu negatif, digalakkan untuk mengulangi ujian ini setiap tiga tahun sekali.