DEWASA VETERAN al-Siha | APRIL, 2018
26
DEWASA VETERAN al-Siha | APRIL, 2018
MITOS DAN FAKTA KESIHATAN
• Kebanyakan pesakit sedar tentang masalah mereka apabila sudah berada di tahap kritikal iaitu Tahap 3 hingga 5
• Kaedah pemindahan buah pinggang adalah yang paling berkesan untuk merawat masalah buah pinggang
Dato’ Dr. Zaki Morad – Pakar Buah Pinggang dan Neprologist, Hospital KPJ Ampang Puteri.
RAWATAN
1. Lakukan pemeriksaan awal.
2. Rawatan sedikit rumit untuk mereka yang kritikal.
3. Pesakit tahap 1 atau 2 masih mempunyai peluang besar untuk sembuh.
4. Rawatan Dialisis Peritoneal( DP) mungkin lebih mudah dan selesa namun ia boleh menyebabkan infeksi tunel dan radang peritoneum kalau tidak dilakukan dengan betul.
R
AMAI pesakit buah pinggang hanya sedar tentang masalah mereka apabila sudah berada di tahap kritikal iaitu Tahap 3 hingga 5. Menurut Dato’ Dr. Zaki Morad, Pakar Buah Pinggang dari Hospital KPJ Ampang Puteri, ini menyukarkan mereka untuk pulih dengan cepat kerana keadaan buah pinggang mereka berada pada tahap serius.
PROSEDUR RAWATAN TERBAIK BUAT PESAKIT
Biasanya pesakit akan menjalani rawatan dialisis yang menggunakan mesin hemodialisis untuk sembuh. Selain itu, kaedah rawatan Dialisis Peritoneal( DP) yang boleh dilakukan di rumah menjadi pilihan pesakit kerana lebih senang dan selesa. Namun, menurut Dato’ Dr. Zaki, kaedah pemindahan buah pinggang adalah yang paling berkesan untuk merawat masalah buah pinggang.
“ Di Malaysia, kaedah ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan sedangkan ia adalah sebuah kaedah rawatan yang berkesan. Mungkin bagi masyarakat kita, mereka berasa takut dan sentiasa mempunyai persepsi bahawa penderma akan mengalami komplikasi apabila mendermakan buah pinggang kepada pesakit. Untuk makluman, negara kita mengharamkan sistem jual-beli buah pinggang. Maka, penderma haruslah dari ahli keluarga, suami, isteri, kawan rapat, ibu bapa, mahupun saudara-mara terdekat( first and second degree cousin)”.
TIADA KOMPLIKASI BAGI PENDERMA BUAH PINGGANG
Penderma buah pinggang tidak akan menerima apa-apa masalah kesihatan apabila mendermakan buah pinggang kepada pesakit. Menurut Dato’ Dr. Zaki, pemindahan buah pinggang tidak menghalang pasangan berkahwin untuk mendapatkan zuriat kerana ia tidak menganggu proses kesuburan.
“ Suka saya katakan disini, khususnya bagi golongan muda yang sihat dan aktif, anda dialu-alukan untuk menderma buah pinggang anda kerana ia adalah kaedah rawatan yang disarankan untuk pesakit buah pinggang pulih seperti biasa”.
Tambahnya lagi, proses pemindahan
Pemindahan buah pinggang elak bergantung dialisis
FAKTA!
Angka pesakit buah pinggang meningkat ke
43,000 orang pada Disember 2016.
85 % pesakit menggunakan rawatan hemodialisis.
10 % pesakit menjalani kaedah Dialisis Peritoneal( DP). Selebihnya adalah pemindahan buah pinggang.
Kajian pemindahan buah pinggang sudah dilakukan sejak
70 tahun dahulu.
Di Malaysia, 3 hingga 4 ribu kes melibatkan pemindahan buah pinggang.
Sumber: Pakar Buah Pinggang, Hospital KPJ Ampang Puteri
OLEH PUTRA MOKHTER putra. mokhter @ revonmedia. com
TAHAP KEROSAKAN BUAH PINGGANG
1. Sakit buah pinggang terdiri dari 5 tahap.
2. Pada tahap pertama, buah pinggang masih lagi berfungsi seperti biasa namun sudah ada simptom-simptom sakit buah pinggang.
3. Tahap kedua pula, fungsi buah pinggang hanya tinggal 80 % dan pada tahap ketiga ia bertukar kepada 50 %, dan akhirnya pada tahap keempat iaitu 30 % dan kelima hanya tinggal 15 %.
FAKTA KESIHATAN YANG MENGEJUTKAN!
Kopi boleh menangkis kemurungan Satu kajian dari Harvard School of Public Health menunjukkan, jika seorang perempuan meminum kopi empat cawan atau lebih dalam masa sehari, ia akan menurunkan risiko kemurungan sebanyak 20 %. Kajian awal yang dijalankan kepada lebih lapan puluh ribu wanita juga mendedahkan, seorang wanita yang meminum lebih dari 2 cawan kopi sehari kurang rasa untuk membunuh diri.
Mesin ATM sama kotor dengan tandas Ujian kebersihan yang dilakukan di Britain mendapati mesin wang sama kotor dengan tandas awam. Pakar mengelap pada papan kekunci mesin wang serta tandas dan mendapati kedua-duanya mempunyai bakteria yang sama yang boleh menyebabkan penyakit.
Gula boleh menjejaskan kesihatan seperti merokok Walaupun gula sepeti tidak membahayakan diri seperti mana merokok, hakikatnya, makanan manis boleh membahayakan diri, sama seperti menghisap rokok. Menurut sekumpulan pengkaji dari Universiti Carlifornia, gula adalah bahan perosak sama seperti alkohol dan rokok. Menurut mereka lagi, pengambilan gula perlulah dihadkan.
( sumber: https:// alongxp. com / 10-fakta-kesihatanyang-mengejutkan /)
buah pinggang harus dilakukan secara teratur kerana para penderma akan dilakukan ujian kesihatan untuk memastikan tiada masalah kesihatan yang kronik. Malah, bagi pesakit buah pinggang itu sendiri, mereka diberi pilihan untuk memilih rawatan dialisis, Dialisis Peritoneal( DP) ataupun pemindahan buah pinggang sekiranya mereka tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.
Bagi pesakit yang berumur 60 tahun juga boleh melakukan kaedah pemindahan buah pinggang ini jika mereka tidak mempunyai penyakit lain seperti kanser, sakit jantung mahupun strok melainkan kegagalan buah pinggang. Sama juga seperti pesakit yang muda dan di pertengahan usia. Menurut beliau, jika penderma mempunyai dua buah pinggang yang sihat dan diberikan satu kepada pesakit, ia tidak akan mengurangkan fungsi buah pinggang penderma itu, malah penderma boleh menjalani kehidupan seperti biasa. al-Siha
PUNCA SAKIT BUAH PINGGANG
• Kencing manis antara penyebab kegagalan buah pinggang.
• Pesakit buah pinggang akan mengalami gejala Hypogylcemia apabila pesakit mengambil suntikan insulin.