Sebanyak 75 peratus kolesterol dalam tubuh badan
adalah daripada genetik, dan 25 peratus selebihnya didapati
dari diet dan gaya kehidupan seharian. Di saat anda memilih
pemakanan yang mengandungi kolesterol, seperti daging,
ikan dan susu, tubuh yang berada di keadaan normal akan
mengeluarkan kelebihan kolesterol yang ada namun ia
bergantung kepada tahap genetik individu berkenaan.
GAMBAR HIASAN
Contoh - contoh makanan bagus untuk dimakan bagi
mengurangkan kolesterol
Cara diet dan pemakanan memainkan peranan utama
bagi mengelakan perkara yang tidak diingini berlaku. Kadar
kolesterol baik dan buruk akan berubah mengikut rutin harian
diet seseorang. Menghadkan pengambilan berlemak tepu
dan pengambilan minuman alkohol dapat mengurangkan
peratus kolesterol di dalam badan.
Seterusnya cara pengawalan terbaik adalah dengan
melebihkan makanan yang mengandungi serat terutamanya
serat larut. Serat larut adalah sejenis makanan yang
mengurangkan serapan kolesterol di dalam darah seperti
oats, kekacang dan buah - buahan.
Lain daripada itu, setiap individu digalakkan untuk
melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya 30
minit, lima kali seminggu dan cuba sedaya upaya untuk
mengurangkan tabiat menghisap rokok. Oleh yang demikian,
20 minit tanpa merokok dapat menurunkan kadar tekanan
darah dan kadar denyutan tinggi pada jantung.
Tambahan pula, anda dapat mengurangkan kadar
kolesterol dengan mengamalkan makanan tambahan seperti
vitamin dalam pemakanan anda. Walaubagaimanapun,
pengambilan makanan tambahan seperti suplemen akan
mengambil masa yang lama untuk mengawal paras
kolesterol di dalam badan akan tetapi pengamalan ini amat
baik untuk golongan yang mempunyai genetik kolesterol
kerana ia dapat mengawal tahap kolesterol di tubuh badan
dengan stabil.
SASARAN EDISI 82 96