1st Edition 2020 | Page 95

Selain daripada itu, ia terbahagi kepada dua jenis iaitu kolesterol baik (high density lipoprotein atau HDL) dan kolesterol buruk (low density lipoprotein atau LDL). Jenis yang baik, akan dibawa ke dalam darah kembali ke hati dan diproses untuk dikeluarkan daripada tubuh badan. Bagi kolesterol yang buruk, ia akan berada pada dinding saluran darah dan boleh menyumbatkan arteri serta meningkatkan risiko serangan jantung atau strok. “Berat badan berlebihan, merokok, kepentingan merawat penyakit yang berisiko menyebabkan serangan jantung dan angin ahmar seperti Diabetes Mellitus (Kencing Manis) dan Hypertension GAMBAR HIASAN (Darah tinggi) saban hari dibicarakan. Memang benar, empat perkara itu adalah faktor risiko boleh ubah serangan jantung,” dikatakan oleh Dr Dr Sazwan Reezal Shamsuddin Pakar Perubatan Kecemasan, ahli Persatuan Tweet Perubatan Malaysia Kadar kolesterol telah menyebabkan 2.6 juta kematian di seluruh dunia dan berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (National Health and Morbidity Survey) 2015, kadar bilangan warga Malaysia yang menghidap dislipidemia dan berumur 18 tahun ke atas adalah 47.7% (9.6 juta). Kebelakangan ini, kadar penghidap kolesterol bukan sahaja tinggi dalam kalangan orang dewasa, malah mereka yang muda juga. Kadar kolesterol yang tinggi pada golongan muda dikenali sebagai Hiperkolesterolmia Familial, dimana ia dipengaruhi oleh faktor keturunan. Jika seseorang individu itu mempunyai sejarah keluarga menghidap kolesterol yang tinggi, amat penting untuk mereka melakukan ujian saringan dalam memastikan kesihatan diri sentiasa terjaga. Terdapat beberapa artikel yang menyatakan bahawa kadar kolesterol pada wanita adalah lebih rendah berbanding golongan lelaki namun begitu kaum wanita sering mengalami perubahan paras kolesterol dan akan lebih meningkat ketika hamil. SASARAN EDISI 82 95