1st Edition 2020 | Page 94

KESIHATAN GAMBAR HIASAN - Nur Ilya Natasha Tampak gempal pada fizikal luaran pastinya sering dikaitkan dengan tahap kolestrol yang tinggi dalam badan. Begitulah persepsi masyarakat apabila melihat individu yang betubuh besar mempunyai kolestrol yang tinggi dalam badan berbanding mereka yang betubuh ramping. Persepsi ini bukanlah benar sepenuhnya malahan mereka yang mempunyai kolestrol tinggi dalambadan tidak disebabkan oleh rupa paras fizikal sahaja namun ia bergantung kepada cara kehidupan harian kita. Gejala ini terhasil berasaskan kondisi kolesterol di dalam darah yang telah melebihi kadar yang normal pada 170 mg/dl ke bawah ke 200 mg/dl ke atas. Kolesterol dikenali sebagai sejenis lemak di dalam badan yang menyerupai seperti lilin, putih dan berminyak. Selain itu, lemak dan kolesterol ini akan berkumpul di bahagian organ tubuh badan seperti hati, hempedu dan lain-lain. Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan bahawa, kolesterol dan lemak diperlukan bagi tubuh badan anda untuk berfungsi. Kolesterol ini diperlukan untuk memproduksi sel-sel sihat, sejumlah hormon, dan vitamin D namun jika berlebihan, ia dapat membawa mudarat dalam diri individu. SASARAN EDISI 82 94