1st Edition 2020 | Page 71

ini kerana, pelbagai pendapat atau pandangan yang disuarakan boleh menggugat keamanan negara dan keharominan masyarakat. Sebagai contoh, berita palsu mengenai Malaysia akan menjalankan perintah berkurung yang disebarkan melalui hantaran di Twitter bertarikh 16 Mac 2020, yang menjadikannya ‘trending’ berikutan penularan COVID-19 menyebabkan segelintir masyarakat mengalami situasi pembelian panik. Kesan daripada penyebaran maklumat palsu tersebut, banyak pasar raya, kedai serbaneka, dan pasar raya besar kehabisan stok makanan dan keperluan harian disebabkan pembelian panik oleh rakyat di negara ini. Selain itu, terdapat berita tular mengenai beberapa kawasan yang disenarai sebagai kawasan yang mempunyai individu dijangkiti virus ini. Tanpa kita sedari, apabila berita sebegini disebarkan tanpa usul periksa akan memberi kesan kepada penduduk di kawasan yang terlibat serta menyebabkan orang ramai menjadi panik. Tular juga di media sosial berkaitan isu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan selama 5 fasa. Namun begitu, maklumat ini telah disenaraikan sebagai berita palsu oleh kerajaan Malaysia. Hal ini kerana, masyarakat tidak perlu sewenangwenangnya menentukan fasa-fasa PKP yang akan dijalankan oleh pihak kerajaan yang akhirnya hanya akan menyebarkan kekeliruan kepada orang ramai. Tidak kurang juga berita tular mengenai cara mencegah penularan wabak COVID-19 ini dengan menggunakan bawang putih sahaja. Segelintir masyarakat yang kurang pengetahuan tentang sifat-sifat virus ini akan percaya bulat-bulat apa yang disebarkan di media sosial yang hanya akan mendatangkan mudarat kepada diri individu tersebut. Informasi berkaitan wabak COVID-19 ini seharusnya difahami oleh segenap lapisan masyarakat bagi memudahkan mereka mengenal pasti Antara contoh berita palsu yang tular SASARAN EDISI 82 71