antara informasi yang sahih dan
palsu. Kewujudan portal Sebenarnya.
my memainkan peranan penting dalam
memberi kefahaman dan informasi
yang sahih berkaitan berita yang tular
ketika wabak ini berlaku.
Tindakan yang perlu diambil oleh
orang ramai dalam usaha mengekang
penyebaran berita palsu daripada terus
berleluasa adalah dengan sentiasa
berhati-hati sebelum berkongsi
sebarang maklumat yang belum
pasti kesahihannya. Oleh itu, rakyat
seharusnya menyelidik maklumat dan
kesahihan berita tersebut sebelum
menekan butang ‘forward’, ‘share’
atau ‘post’ di mana-mana platform
yang ada bagi mengelakkan kekeliruan
dalam masyarakat.
Penyebaran berita palsu dalam
kalangan masyarakat mencerminkan
tindakan tidak bertanggungjawab oleh
segelintir individu yang mungkin ada
kepentingan sendiri mahupun hanya
sekadar suka-suka. Mereka sepatutnya
memikirkan kesan dan impak daripada
perbuatan mereka itu terhadap orang
lain atau negara. Janganlah bersikap
acuh tak acuh ketika negara sedang
memerangi wabak COVID-19 ini
dengan menyebarkan berita tidak sahih.
Rakyat Malaysia seharusnya
menggembleng tenaga membantu
kerajaan menghentikan penularan
wabak ini. Sekiranya banyak berita
palsu yang tular di media-media sosial
tidak dapat dibendung, masyarakat
sendiri yang akan tanggung akibatnya
dan hidup dalam kekeliruan tanpa
mengetahui kesahihan sesuatu berita
tersebut.
Sekiranya pihak yang menyebarkan
berita palsu ini ditangkap, kerajaan
tidak akan berkompromi atas
tindakan tersebut. Dalam usaha untuk
mengekang penyebaran berita palsu
ini, Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia (SKMM) serta Polis
Diraja Malaysia (PDRM) berganding
bahu memantau perkara ini dan akan
mengambil tindakan yang tegas
terhadap si pelaku.
Antara pihak lain yang terlibat
dalam menangkis berita palsu
berkaitan penularan wabak COVID-19
di negara ini adalah Pasukan Respons
Pantas (PRP) yang ditubuhkan
oleh Kementerian Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (KKMM).
Pasukan Respons Pantas (PRP) ini
bertanggungjawab memberi penjelasan
mengenai kesahihan sesuatu berita
palsu yang tersebar.
Untuk mendapatkan maklumat
sahih mengenai sesuatu berita
yang tular, orang ramai disarankan
melayari laman portal Sebenarnya.
my atau menyertai saluran Telegram
Sebenarnya.my sebelum berkongsi
sebarang maklumat kepada orang lain.
SASARAN EDISI 82 72