1st Edition 2020 | Page 70

KEWARTAWANAN Frasa ‘Tidak Pasti Jangan Kongsi’ sangat sinonim dengan situasi penyebaran pelbagai berita terutama di ambang wabak COVID-19 di negara ini. Terdapat pelbagai jenis informasi atau berita yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak berkaitan situasi pandemik yang dihadapi oleh kira-kira hampir seluruh negara di dunia. Penyebaran informasi melalui platform media sosial pada zaman ini adalah sangat pantas tanpa mengenal had dan sempadan. Hanya dengan sekelip mata informasi dapat sampai ke pengetahuan orang ramai tanpa perlu menunggu lama. Situasi ini sangat membimbangkan kerana berkemungkinan berita yang disampaikan adalah tidak benar atau tidak sahih. Sejak akhir-akhir ini, terdapat peningkatan jumlah kes berita palsu berkaitan situasi pandemik COVID-19 ini. Umum mengetahui COVID-19 merupakan kumpulan virus baru yang wujud dalam kalangan masyarakat tanpa diketahui asal-usul virus tersebut. Oleh itu, tiada kajian spesifik tentang antivaksin serta cara mematikan virus tersebut di dalam badan manusia. Kes penyebaran berita palsu di negara ini yang bertambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan amat membimbangkan banyak pihak. Hal TIDAK PASTI JANGAN KONGSI - Nur Syuhada Ramli SASARAN EDISI 82 70