KEWARTAWANAN
Kaji Selidik
SOLIDARITI
- Mulia Yasmina Harman
Dalam musim pandemik COVID-19, pakar-pakar
kesihatan di seluruh dunia sedang berusaha
mencari penawar kepada virus yang semakin
merebak dengan pantas ini. Malaysia adalah
antara negara yang terpilih untuk menjalankan ‘Solidarity
Trial’ dilancarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) untuk menguji ubat-ubatan COVID-19.
Antara sembilan buah hospital dari seluruh Malaysia
yang dipilih untuk menyertai kaji selidik ini termasuklah
Hospital Tuanku Fauziah, Hospital Sultanah Bahiyah,
Hospital Penang, Hospital Sungai Buluh, Hospital Kuala
Lumpur, Hospital Melaka, Hospital Tengku Ampuan Afzan,
Hospital Umum Sarawak dan Hospital Queen Elizabeth.
Kaji selidik antarabangsa ini diketuai oleh Dr Chow Ting
GLOBAL
Soo, Pakar Perunding Penyakit Berjangkit Hospital Penang,
bersama pasukan beliau yang terdiri daripada 16 orang pakar
perubatan dan ahli farmasi penyakit berjangkit di hospital
masing-masing.
Tidak asing lagi bahawa Malaysia mempunyai sistem
penjagaan kesihatan yang diiktiraf tinggi di mata dunia
sehingga membenarkan pakar-pakar kesihatan Malaysia
untuk berganding bahu dengan WHO bagi mencari penawar
kepada virus menular ini.
Lebih daripada 45 negara yang mempunyai pesakit
COVID-19 disarankan untuk ikut serta di dalam usaha
WHO untuk menguji rawatan yang mampu merawat virus
ini. Empat protokol rawatan akan digunakan di dalam kaji
selidik ini.
SASARAN EDISI 82 64