Di Malaysia, sekatan media juga
berlaku terhadap wartawan untuk
membuat liputan sidang media harian
di Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Media hanya dihadkan kepada
‘media rasmi sahaja’ iaitu RTM dan
agensi berita nasional Bernama.
Namun keadaan ini berbeza dengan
sidang media Ketua Pengarah
Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah
di kementerian itu di Putrajaya
apabila ia dibuka kepada semua media
dengan penguatkuasaan langkahlangkah
pencegahan, termasuk
penjarakan sosial, pemeriksaan suhu
badan dan pemakaian penutup mulut
dan hidung.
Hal ini juga diutarakan oleh
Naib Pengerusi Kesatuan Wartawan
Kebangsaan Malaysia (NUJM)
Farah Marshita Abdul Patah yang
berpendapat bahawa sekatan
terhadap wartawan adalah cabaran
kepada mereka jika soalan mereka
tidak selaras dengan agensi berita
negara. Beliau juga berpendapat
bahawa perlu ada wakil media yang
lebih luas untuk membuat liputan dan
ini termasuk liputan sidang akhbar
utama kerajaan.
Situasi ini jelas menunjukkan
tentang ancaman kebebasan media
di sebalik apa yang terjadi. Pelbagai
cara boleh diterap bagi memastikan
ahli media tidak melanggar
arahan (PKP). Pihak media akur
dan memahami keperluan untuk
penjarakan sosial, tetapi jika wakil
mereka di sekat dan satu sidang
media dimonopoli oleh media arus
perdana atau agensi berita nasional,
maka semak dan imbang akan hilang.
Disamping itu, menurut tinjauan IFJ
yang berjalan antara 26 April dan 28
April di kalangan 1,308 wartawan
juga mendedahkan ancaman lain
terhadap kebebasan akhbar di
tengah-tengah wabak Koronavirus.
Antara ancaman lain, majoriti
kakitangan dan wartawan bebas di
lapor menerima pemotongan gaji,
hilang pendapatan, elaun dibatalkan
atau keadaan kerja semakin teruk.
Lebih satu perempat daripada
responden tidak mempunyai
peralatan penting bagi membolehkan
mereka bekerja dengan selamat di
rumah, manakala satu daripada empat
wartawan kekurangan peralatan
perlindungan ketika bekerja di
lapangan.
Hal ini bukan sahaja
mendedahkan petugas media kepada
risiko kesihatan tetapi meletakkan
diri mereka dalam zon bahaya
walaupun tidak dapat bekerja di
dalam keadaan yang selamat.
Walaubagaimanapun, masih
terdapat media dan wartawan yang
terus menjalankan kewajipan bagi
memberikan maklumat, memastikan
kebertangungjawaban kerajaan
dan mendidik masyarakat dalam
mempertahankan demokrasi.
Tahun ini, Malaysia sekali lagi
menaiki tangga kebebasan akhbar
Reporters Without Borders (RSF)
dengan memetik persekitaran yang
lebih “santai” terhadap wartawan.
Menurut carta kebebasan akhbar
RSF pada 2020, Malaysia menaiki 22
anak tangga dan kini di kedudukan
101 daripada 180 buah negara yang
dipantau.
Ini merupakan tahun kedua
berturut-turut Malaysia menaiki
tangga dalam carta kebebasan
akhbar. Ia juga merupakan tahun
kedua berturut-turut Malaysia
dinamakan sebagai negara yang
membuat perubahan besar dalam
kedudukan berkenaan.
malaysia naik 22 anak tangga
dan kini di kedudukan 101
- reporters without border (rsf)
SASARAN EDISI 82 63