KEWARTAWANAN
-Muhammad Harrith
Kebebasan Akhbar
Malaysia
Tahun 2020 adalah antara
tahun yang mencabar buat
seluruh dunia apabila
dikejutkan dengan satu
wabak yang dikenali sebagai
Koronavirus (COVID-19) dan
telah diisytiharkan oleh Ketua
Pengarah Organisasi Kesihatan
Sedunia (WHO) sebagai Kecemasan
Kesaihatan Awam pada 30 Januari
2020.
Disebalik semua langkah
berjaga-jaga untuk menepis semua
kemungkinan dari dijangkiti
COVID-19, peranan agensi media
ternyata penting untuk sentiasa
memaklumkan orang ramai tentang
keadaan semasa di mana masyarakat
harus akur dengan perintah berkurung
dan duduk di rumah.
Namun, di samping pelbagai
isu yang datang bersama pandemik
COVID-19, terdapat pelbagai cabaran
yang menduga ahli media untuk terus
berjuang ketika ini. Menurut kajian
yang dijalankan oleh Persekutuan
Wartawan Antarabangsa (IFJ), tiga
daripada empat wartawan di 77 negara
menghadapi sekatan, halangan atau
ugutan dalam melaporkan mengenai
wabak Covid-19.
SASARAN EDISI 82 62