enghadapi pandemik novel-koronavirus
(COVID-19) yang mengancam bekalan
darah pada peringkat kebangsaan
mungkin mendatang kan pelbagai
risiko kesihatan terhadap masyarakat
yang menghidapi masalah berkenaan
darah.
Bekalan darah pada jumlah
1,500 beg menggambarkan keadaan
darah negara pada tahap genting bagi
menampung keperluan untuk lima hari.
Oleh itu, PDN mengambil langkah
bergerak maju untuk menambah
bekalan darah sekurang- kurangnya
3,500 beg untuk keperluan selama
seminggu kerana setiap hari 400-500
unit darah diperlukan untuk disalurkan
kepada Unit Transfusi Perubatan di
hospital kerajaan dan swasta.
Kempen Derma Darah
Tujuan utama kempen derma darah
diadakan pada tempoh PKP adalah
untuk membantu masalah kekurangan
bekalan darah di hospital seluruh
negara. PDN kini memaklumkan darah
yang berada dalam keadaan kritikal
ialah darah jenis O sebanyak 40 peratus.
Sepanjang tempoh PKP, orang
ramai yang ingin menderma darah perlu
mendaftar melalui dalam talian terlebih
dahulu selain saringan kesihatan dan
COVID-19 akan dijalankan sebelum
orang ramai dibenarkan menderma
untuk memastikan program derma
darah berjalan secara terkawal.
Menteri Kanan (Kluster
Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob dilaporkan berkata dalam
sidang media harian PKP, pergerakan
penderma darah untuk ke hospital
dan klinik kesihatan telah diluluskan
dalam mesyuarat terbaru untuk tujuan
menderma darah namun terhad,
bermula jam 10 pagi hingga jam 10
malam.
Kenyataan ini disokong lagi
oleh Ketua Pengarah Kesihatan yang
menggalakkan orang ramai yang ingin
pergi ke hospital untuk menderma
darah tanpa perlu bimbang dengan
sekatan jalan raya kerana pihaknya
telah berbincang dengan Ketua Polis
Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Beliau menambah, mereka yang i-
ngin pergi ke hospital untuk menderma
darah tidak perlu risau kerana sebaik
sahaja penderma pergi ke hospital,
mereka akan dibekalkan surat
berkenaan dengan kempen menderma
darah.
Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) tidak menghalang masyarakat
yang ingin menderma darah kepada
PDN, hospital kerajaan dan hospital
swasta sepanjang tempoh PKP.
Penderma darah yang mempunyai
buku merah boleh ditunjukkan kepada
pihak polis sekiranya mereka melalui
sekatan jalan raya.
Oleh itu, PDN
mengambil
langkah bergerak
maju untuk
menambah bekalan
darah sekurangkurangnya
3,500 beg untuk
keperluan selama
seminggu kerana
setiap hari 400-
500 unit darah
diperlukan untuk
disalurkan kepada
Unit Transfusi
Perubatan di
hospital kerajaan
dan swasta.
Kriteria
Menderma
Darah
1.
2.
3.
4.
Sihat tubuh badan
Tiada penyakit
kronik
Berat melebihi
45 kilogram
Tidur melebihi
5 jam
5.
Tidak mengambil
alkohol
SASARAN EDISI 82 61