GAMBAR HIASAN
Walaupun masih lagi
dalam tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan
(PKP), Ketua Pengarah
Kesihatan Datuk Seri Dr. Noor Hisham
bin Abdullah tetap menyarankan orang
ramai untuk menderma darah bagi
mengendalikan beberapa kes seperti
hemofilia yang memerlukan bekalan
darah secara berterusan.
Menurut beliau, tempoh PKP dilihat
membantu dalam mengurangkan kes
trauma, kemalangan dan permintaan
darah semakin berkurang. Namun,
cabaran utama bagi memperolehi
bekalan darah yang mencukupi adalah
dengan mendapatkan penderma secara
sukarela dalam jangka masa panjang.
Di Malaysia, pendermaan darah
dilakukan secara sukarela tanpa
dikenakan sebarang bayaran jika
dibandingkan dengan negara India di
mana darah boleh dijual-beli.
Walaubagaimanapun, kebanyakan
orang awam selalu memberi pelbagai
alasan apabila diminta mengambil peranan
untuk menderma darah. Keadaan
ini menjejaskan kuantiti darah yang
diperlukan oleh Pusat Darah Negara
(PDN) sejak kebelakangan ini.
Menderma darah bukanlah
kelaziman dalam sebahagian besar
rakyat Malaysia .Bekalan darah
negara bergantung kepada kesudian
atau keprihatinan orang awam untuk
menderma darah.
Penderma darah sukarela yang
telah memenuhi kriteria-kriteria yang
telah ditetapkan perlu mengubah
sikap dengan melibatkan diri untuk
menderma darah.
Antara kriteria penderma yang
layak menderma darah termasuklah
sihat tubuh badan, berat badan 45
kilogram ke atas, tidur minimum 5 jam
dan tiada masalah kesihatan. Sekiranya
seseorang memenuhi kriteria ini,
merela layak menderma darah kepada
agensi kesihatan yang bertauliah.
Persepsi negatif bahawa menderma
darah boleh mendatangkan pepnyakit,
kegemukan dan lemah perlu dibuang s-
SASARAN EDISI 82 60
ama sekali sebaliknya derma darah
mampu memberi manfaat kepada
penderma dan masyarakat.
Impak Dari Penyusutan Bekalan
Darah
“Apabila menjelang bulan
Ramadan, setiap tahun kita akan
mengalami kekurangan bekalan darah
di pusat darah negara dan terkini
kekurangan darah yang dimaksudkan
adalah sebanyak 30 peratus,” berikut
memetik ucapan daripada Ketua
Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr
Noor Hisham bin Abdullah dalam
sidang media harian PKP.
Menurut Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO), 14 Jun merupakan
tarikh di isytiharkan sebagai Hari
Derma Darah Sedunia bertujuan untuk
mengalakkan masyarakat menderma
darah kerana setitik darah mereka
mampu menyelamat kan nyawa ramai
orang yang memerlukan.
Namun begitu, situasi global
meliputi seluruh negara kini sedang m-