1st Edition 2020 | Page 65

Remdesivir Pada asalnya direka untuk mengubati penyakit Ebola dan virus-virus yang berkaitan, namun tiada menunjukkan apa-apa kesan. Namun begitu, ubat ini mempunyai kesan anti-tular terhadap SARS dan MERS yang menyebabkan virus korona pada haiwan. Lopinavir dan Ritonavir Gabungan ubat yang digunakan untuk pesakit HIV ini telah diuji di sebuah kohort kecil di China tetapi tidak berkesan terhadap pesakit yang tenat. Pengkaji menganggap ketiadaan kesan itu disebabkan ia diuji ke atas pesakit COVID-19 yang teruk. Chloroquine dan Hydroxychloroquine Banyak saluran berita dan hantaran media sosial menganggap ubat ini ialah antara penawar yang berpotensi untuk mengubati COVID-19. Interferon-B Digabungkan dengan Lopinavir dan Ritonavir - kombinasi ubat ini menunjukkan kesan terhadap MERS haiwan. “Inilah peluang kita, sebagai sebuah komuniti global, untuk menentang gelombang pandemik ini. Malaysia akan menjadi rakan kongsi yang penting dalam kaji selidik ini untuk menilai rawatan yang berpotensi yang lebih berkesan, dan menyelamatkan nyawa dalam pertempuran global untuk melawan virus ini.” Dr Ying-Ru Lo, Ketua Misi dan Wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, memberi jaminan bahawa kaji selidik ini akan mematuhi semua piawaian keselamatan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Pesakit pertama untuk menjalani ujian ‘Solidarity Trial’ telah didaftarkan pada 21 April lalu. Antara kriteria pesakit yang boleh mengikut ujian ini ialah pesakit dewasa COVID-19 yang dimasukkan ke hospital KKM. Sebelum menjalankan ujian tersebut, pesakit terlebih dahulu diperiksa sama ada rawatan yang digunakan untuk ujian ini sesuai dijalankan ke atas mereka. Jika tidak, maka pesakit tidak akan dibenarkan untuk mengikuti ujian ‘Solidarity Trial’. Terdapat fakta yang menarik mengenai salah satu ubat antivirus yang dinamakan Remdesivir itu. Remdesivir ialah ubat yang sangat susah untuk diakses dan 127 negara akan dibekalkan dengan ubat ini tanpa perlu membayar royalti kepada syarikat Gilead Sciences di dalam perjanjian yang ditangani oleh lima syarikat generik di India dan Pakistan. Syarikat-syarikat tersebut ialah Cipla, Ferozsons Laboratories, Hetero Labs, Jubilant Lifesciences dan Myla. Gilead Sciences, sebuah syarikat kajian biofarmaseutikal yang terletak di Amerika Syarikat, menciptakan ubat ini untuk melawan penyakit seumpama dengan Ebola. Ubat ini hanya merupakan satu ubat eksperimental yang tidak mempunyai keselamatan atau keberkesanan yang ditetapkan. Akan tetapi, ubat ini telah diberikan kebenaran penggunaan untuk kecemasan oleh US Food and Drug Administration dan hanya boleh digunakan di dalam Kaji Selidik Solidariti Global ini. SASARAN EDISI 82 65